Jabatan Kesihatan Sabah diminta jalankan siasatan terperinci
KOTA KINABALU 27/12/2012: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah diminta untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung berikutan insiden yang berlaku di hospital Lahad Datu, dimana pesakit warga tua telah dibekalkan ubat yang telah luput tempoh penggunaannya.
“Perkara seperti ini sepatutnya tidak akan berlaku dan ini harus dipandang serius oleh Jabatan berkenaan kerana ianya melibatkan kesihatan pengguna. Ubat yang digunakan selepas tarikh luput berkemungkinan besar bertukar menjadi bahan yang berbahaya yang boleh memudaratkan kepada kesihatan manusia,” kata Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sabah (CAPS), James Baga .
It said that the Department of Civil Aviation, as the authority on