18/01/2011 – Penaung Kelab Sukan & Rekreasi Kg. Silou En. Hasbi Jumin hari telah menyerahkan Sijil Penghargaan & Terima Kasih atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Tuan Anthony Jullah Jurutera Daerah Bekalan Air Ranau dalam kejayaan Pasukan Bolasepak Kg. Silou Ranau (KASIRA) menjadi Johan Bolasepak Piala YB. Tan Sri Bernard Dompok baru-baru ini.
MASYARAKAT BERILMU HIDUP BERKUALITI... Berita yang mempunyai kesan kepada kehidupan masyarakat Kg. Silou, Ranau, Sabah (formerly known as North Borneo), Malaysia... Gunung Kinabalu... Whenever we're afraid, it's because we don't know enough. If we understood... enough, we would never be afraid... 分かりました... "Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya"... BLOG ADALAH CATATAN HARI INI UNTUK RUJUKAN HARI ESOK...
Selasa, Januari 18, 2011
Ahad, Januari 09, 2011
KAMPUNG SILOU RANAU (KASIRA) JOHAN PIALA YB TAN SRI BERNARD G. DOMPOK
8hb. Januari 2011 - Pasukan Bolasepak KASIRA (Kampung Silou Ranau) telah menjadi Johan Piala Kejohanan Bola Sepak Full Team Piala YB. Tan Sri Bernard G. Dompok Daerah Ranau Kali Ke 8 selepas mengalahkan pasukan Kundasang 2-1.
Ahad, November 14, 2010
Selasa, November 02, 2010
18 & 19/09/2010 - PROGRAM E-COMMUNITY UMSKAL DI KG SILOU RANAU
Pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKL) di bawah penyeliaan pensyarah En. Mohd Yuszren B. Yusak telah mengadakan PROGRAM E-COMMUNITY selama 2 hari bertempat di Pusat ICT Kg. Silou Ranau.
Program e-community tersebut bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada penduduk kampung berkenaan dengan e-commerce. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan seperti Pengenalan Kepada Komputer, Etika dan Keselamatan Dalam Internet, dan sebagainya.
Seramai 28 orang penduduk Kg Silou terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa telah menyertai progaram ini.
Jumaat, Oktober 22, 2010
UCAPAN TAKZIAH
Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Wahab Bin Sairin.
Allahyarham Wahab Bin Sairin telah kembali ke Rahmatullah pada 18hb. Oktober 2010 (Petang Isnin) di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan PALIMA Kg. Paka Ranau pada 19/10/2010.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Jumaat, September 10, 2010
Isnin, Ogos 09, 2010
9/08/2010 – MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN DANA WAKAF TUNAI UNTUK TAPAK BARU MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU YANG DISAKSIKAN OLEH PENGARAH JHEAINS DATUK HJ. AMRI BIN HJ. SURATMAN
9/8/2010 – Bertempat di Gerai Wanita GDW Kg. Silou telah berlangsung majlis ringkas penyerahan dana wakaf tunai untuk tapak masjid baru Masjid Nur Hikmah Kg. Silou Ranau. Majlis ini telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ybhg. Datuk Hj. Amri Bin Hj. Suratman, Pegawai JHEINS Ranau, Wakil MUIS, AJK Masjid Daerah Ranau, AJK Masjid Nur Hikmah Kg. Silou Ranau dan penduduk Kg. Silou.
Menurut pengerusi Masjid Nur Hikmah Kg. Silou, En. Md. Hasbi Jumin, dana wakaf tunai untuk tapak masjid sebanyak RM25,000.00 telah disumbangkan oleh individu secara iklas untuk mendapatkan tapak masjid baru. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengarah JHEAINS Datuk Hj. Amri Hj. Suratman, Pn. Hajah Bainun Gintua, JHEAINS Ranau, AJK Masjid Pekan Ranau, AJK Masjid Nur Hikmah dan individu yang telah membantu dan menyumbangkan dana tunai dan idea untuk mendapatkan tapak untuk mendirikan masjid baru Nur Hikmah Kg. Silou.
Sekali lagi jutaan terimakasih diucapkan untuk yang telah membuat sumbangan amal jariah ini, hanya ALLAH s.w.t sahajalah yang dapat membalas segalanya. Amin.
Sejarah ringkas Masjid Nur Hikmah Kg. Silou
Surau Kg. Silou telah didirikan pada tahun 1991 yang telah diusahakan oleh Allahyarham saudara Aziz Wong Ang Koi bersama mantan Ketua Kampung Silou pada masa itu Tuan Hj. Jalil Gabat.
Tapak Surau Kg. Silou adalah merupakan “road reserve”. Peruntukan pembinaan bangunan surau dari kerajaan pada masa itu adalah sebanyak RM35 ribu ringgit.
Pada bulan Oktober tahun 2008 surau Kg. Silou telah dinaik taraf kepada status Masjid dan telah dinamakan MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU.
Senarai Pengerusi Surau / Masjid
-
Tuan Hj. Jalil Bin Gabat
-
En. Mohd. Harman Abdullah
-
En. Hasbi Bin Jumin
Jemaah Kariah Masjid Nur Hikmah adalah terdiri daripada penduduk beberapa buah kampung iaitu dari Kg. Silou, Kg. Kituntul Baru dan Kg. Matan dan kampung sekitarnya.
PERMASAALAHAN
Masaalah Masjid sekarang adalah bangunan yang sudah lama dan lantai yang telah dimakan anai-anai, pendawaiana lama dan juga status tapak Masjid merupakan “road reserve”.
Keperluan semasa ialah tapak yang lebih sesuai, di cadangkan membeli lot di depan masjid sekarang dan di beri peruntukan pembinaan bangunan baru memandangkan pada masa ini masjid tidak lagi dapat menampung jemaah masjid yang semakin bertambah terutama semasa solat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
PENYELESAIAN
Kerajaan melalui JHEAINS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM190,000 untuk membina sebuah masjid baru bagi menggantikan masjid lama. AJK dan jemaah Masjid Nur Hikmah Kg. Silou merakamkan bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah di atas peruntukan ini dan amat berharap pembinaan masjid baru ini dibuat secepat mungkin agar jemaah kariah masjid dapat menunaikan ibadah mereka dalam keadaan yang lebih selesa.
------
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. al-Baqarah (2): 261).
“Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), yaitu sedekah Jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, anak shaleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)
MAJLIS PENYERAHAN DANA WAKAF TUNAI
Jumaat, Ogos 06, 2010
6/08/2010 - MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASIN SERTA CERAMAH AGAMA SEMPENA KETIBAAN BULAN RAMADHAN DI MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU
Bacaan Doa
Ceramah Agama bertajuk “FADHILAT PUASA & RAMADHAN”
Jamuan Makan Malam “Pot Luck” Jemaah Masjid