Pekadin mahu buku teks sejarah dikaji semula susulan kes Lahad Datu
KOTA KINABALU 26/03/2013- Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mahu Kementerian Pelajaran segera mengkaji semula kandungan buku teks sejarah Malaysia yang diajar di sekolah, terutama rentetan sejarah pentadbiran pra-kemerdekaan atau sebelum Sabah dan Sarawak sama-sama membentuk persekutuan Malaysia.
Timbalan presidennya Nailin Gabintal berkata, terdapat keperluan yang mendesak untuk berbuat demikian ekoran kes pencerobohan pengganas, yang kononnya menuntut hak ke atas Sabah, di Lahad Datu baru-baru ini.
Katanya, buku teks sejarah Malaysia sedia ada lebih fokus kepada sejarah di Semenanjung Malaysia dan hanya sedikit sahaja sejarah mengenai Sabah dan Sarawak.
"Berdasarkan maklum balas dan tinjauan Pekadin, ramai generasi muda dan ada golongan dewasa yang masih 'samar-samar' fakta sejarah sebenar yang ada kaitan dengan kesultanan sulu sebelum Sabah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963.
KUCHING 20/12/2012: It is “normal” for our education system to produce illiterates even after they have reached Form Five.