Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

Jumaat, November 30, 2012

BAYI 1 BULAN MAUT DITIMPA DURIAN 2 KILO

Maut ditimpa durian 2 kilogram

NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Khamis, Oktober 04, 2012

BUDAK PEREMPUAN DILANGGAR LARI DISANGKA ANJING

Budak perempuan dilanggar lari disangka anjing

KENINGAU 4/10/2012: Seorang lelaki yang menyangka sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh seekor anjing sebaik terdengar dentuman kuat tergamam mendapati mangsa seorang kanak-kanak perempuan sebelum pemandu kenderaan itu melarikan diri dalam kejadian di Kilometer 2, Jalan Keningau-Apin-Apin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, kanak-kanak terbabit, Nurliza Azuray, 9, diseret hampir 10 meter sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan.

Rabu, Oktober 03, 2012

FERI HANGUS, PENUMPANG TERKANDAS

Feri hangus, penumpang terkandas

ORANG ramai melihat kebakaran sebuah feri di Terminal Feri Labuan semalam.

LABUAN 3/10/2012– Beratus-ratus penumpang di Terminal Feri Labuan di sini gempar apabila sebuah feri yang mampu memuatkan hampir seribu penumpang tiba-tiba terbakar semalam.

Selasa, Jun 26, 2012

HUNTER SUCCUMBS TO GUNSHOT INJURIES

Hunter succumbs to gunshot injuriesimage HOMEMADE GUN: The bakakuk and bullets that were found next to the victim’s body.

KOTA MARUDU June 26, 2012: A 59-year-old man died after he was accidentally shot by his own homemade gun (bakakuk) while hunting in the jungle at Kampung Bulud Batu, Pitas here on Saturday.

The body of Medal @ Maidar Mandut was found with gunshot wounds on his chest and neck by family members around 6.30pm.

Ahad, Mei 27, 2012

3 PARAH, 19 CEDERA RINGAN KETIKA MENYAKSIKAN PERLUMBAAN DRAG SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Muhamad Iskandar Rasiq Shaari yang cedera selepas dirempuh kereta "drag" sewaktu menonton perlumbaan itu Sabtu malam. Turut hadir di Hospital Putrajaya ialah bapa Iskandar, Shaari Bujang. Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 itu, seramai 17 orang penonton cedera manakala empat daripadanya cedera parah

--------------

3 parah, 19 cedera ringan ketika menyaksikan perlumbaan drag

Jumaat, Mei 04, 2012

PEMUDA NYARIS MAUT TERKENA LETUPAN GINSOK

‘Ginsok’ makan tuan

KENINGAU: Seorang penoreh getah kemungkinan buta apabila senapang buatan sendiri atau ‘ginsok’ yang dipegangnya tiba-tiba meletup dan merobek mata kanan, telinga dan sebahagian mukanya dalam kejadian di Kampung Gaulan, di sini, kelmarin.

Ahad, April 22, 2012

MENTERI DI SABAH TERBABIT KEMALANGAN

Menteri Di Sabah Terbabit Kemalangan Cedera Ringan, Pengawal Peribadi Kritikal

KOTA KINABALU Ahad April 22: Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad.

Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor.

Jumaat, Mac 16, 2012

ADO RENTUNG DALAM MPV

Penolong Pegawai Daerah rentung dalam kereta

PASUKAN forensik dan bomba memeriksa keadaan kereta mangsa yang musnah terbakar awal pagi kelmarin.

KOTA MARUDU Mac 16, 2012: Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu ditemui rentung dalam kereta yang dinaikinya selepas kenderaan terbabit dipercayai terbakar di Kilometer 12, Talan Tandek-Kota Marudu kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 pagi itu, mangsa Hilde Primus Peki @Hilde P Kayau, 43, ditemui rentung di tempat duduk pemandu kereta berkenaan.

Rabu, Februari 15, 2012

NINE HOMELESS AFTER FIRE DESTROYS TWO-STOREY HOUSE

Nine homeless after fire destroys two-storey house

RANAU Feb 14, 2012: A family of nine were made homeless after fire gutted their two-storey house in Kampung Nalumad yesterday. According to the house owner, Elly Ringgo, 56, who is a farmer, the family were at home in the morning when power supply was cut off. Suddenly they heard an explosion from the main switch on the first floor about 10am. Elly ran upstairs to check the explosion but was stopped by flames of fire which had started to spread. He immediately yelled at his family to leave the house.

Rabu, Januari 25, 2012

SEPARUH KEPALA HANCUR TERKENA BUNGA API

Kepala berkecai dihentam bunga api

image AHLI keluarga Shaow Yong (terbaring) duduk di sisi mayatnya di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 25 Jan 2012: Seorang lelaki maut apabila kepalanya berkecai ketika cuba memeriksa satu daripada tiga bunga api disangkakan tidak berfungsi, tetapi meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Taman Seputeh, Luyang, di sini, awal pagi kelmarin.

Ahad, Januari 15, 2012

MIRAGE BERTEMBUNG DENGAN F-15

Jet pejuang Perancis, Arab Saudi bertembung

MIRAGE VS F 15 RIYADH 2012/01/15: Pesawat pejuang Perancis, Mirage dan jet pejuang milik Arab Saudi, F-15 bertembung ketika menjalani latihan bersama di wilayah utara Tabuk.

Khamis, Disember 29, 2011

PENJUAL KUBIS RENTUNG DI KG. MONTEKI RANAU

Penjual kubis rentung tersandar

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di RanauRANAU Dis 28, 2011: Seorang lelaki warga emas tidak sempat menghadiri majlis perkahwinan cucunya apabila dia rentung di dalam bilik rumahnya yang terbakar di Kampung Monteki, Kundasang di sini, kelmarin.

Lebih menyayatkan hati, mangsa, Hamidul Abdullah, 60, yang juga penjual kubis ditemui dalam keadaan tersandar di dinding bilik dipercayai cuba menyelamatkan diri, kira-kira 11.40 malam.

Selasa, Disember 20, 2011

BANGUNAN SK TUNGOU MUSNAH TERBAKAR

Bangunan SK Tungou musnah terbakar

MUSNAH ... Keadaan bangunan utama SK Tungou selepas kebakaran itu.

RANAU Dec 19, 2011: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tungou, 21 kilometer dari pekan di sini, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.15 pagi kelmarin.

Isnin, Disember 19, 2011

RANAU TEENAGER KILLED IN CAR ACCIDENT

Teenager killed, friend seriously injured

Dec 19, 2011 RANAU: A teenager was killed while his friend suffered serious injuries after the car they were travelling in plunged into a ditch at Kampung Napong Dua, off Ranau-Timbua road early yesterday morning.

Sylvester Jhon died on the spot while his friend Jaldin Keramin, 19, was seriously injured in the 6.30am incident.

Prior to the incident they were on their way to town to sell their rubber produce.

Ahad, Disember 18, 2011

SPACECRAFT TO CRASH INTO EARTH BETWEEN JAN 6 & JAN 2012

Spacecraft to crash into earth

image A Russian spacecraft bound for a moon of Mars and stuck in Earth's orbit will come crashing back in January, according to AP.

However, its toxic fuel and radioactive material on board will pose no danger of contamination.

Between 20 and 30 fragments of the probe with a total weight of up to 200 kilograms will survive the fiery plunge and shower the Earth's surface, Roscosmos warned in a statement.

The agency said the unmanned Phobos-Ground spacecraft will plummet to Earth between Jan 6 and Jan 19, and the rough area of where the fragments could fall could only be calculated a few days ahead of its plunge.

Selasa, Disember 06, 2011

REMAJA DI PANAH TENGKUK

image----------- Gambar Hiasan -----------

Panah tengkuk

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital dengan sebatang anak panah masih terpacak di tengkuknya selepas diserang lebih 10 lelaki di Persisiran Traulsen, di sini, kelmarin.

Jumaat, November 25, 2011

LEBIH 1,000 ORANG HILANG TEMPAT TINGGAL AKIBAT KEBAKARAN

Kampung atas air musnah

image  129 rumah hangus, lebih 1,000 penduduk hilang tempat tinggal di Kampung Tanjung Aru Baru

imageMUSNAH...Beginilah keadaan perumahan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru selepas kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.

KOTA KINABALU Nov 24, 2011:  Lebih 1,000 penduduk di Kampung Tanjung Aru Baru dekat sini hilang tempat tinggal apabila 129 buah rumah di perkampungan atas air itu musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.

Khamis, Oktober 27, 2011

KEBUMI BERSAMA ‘BAKAKUK’

Kebumi bersama ‘bakakuk’

image GALI...sepasukan polis forensik menggali kubur Wahimin di Kampung Lobau Lama, kelmarin.

RANAU: Seorang lelaki yang secara tidak sengaja tertembak bapa mentuanya ketika memburu tupai di hutan Kampung Lobau Lama di sini, pada 24 September lalu, mengebumikan lelaki terbabit bersama senapang buatan sendiri dikenali sebagai ‘bakakuk’ yang digunakannya, dipercayai sebagai tanda penghormatan dan memohon kemaafan.

Rabu, Ogos 10, 2011

REMAJA 14 TAHUN KOMA DIBALING TOPI KELEDAR

Remaja koma dibaling topi keledar

 MOHAMMAD Solehin   koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.MOHAMMAD Solehin koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.

ALOR SETAR 2011/08/10: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.