Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan

Selasa, November 13, 2012

LAYARI FACEBOOK LEBIH 3 JAM JEJAS MENTAL

Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental

Kuching 12/11/2012: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

REMAJA ANTARA 3 DITAHAN MENYAMAR POLIS

Remaja antara 3 ditahan menyamar polis

TIGA termasuk dua remaja ditahan selepas menyamar sebagai polis di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Dua remaja antara tiga yang ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis ketika cuba untuk memeras ugut seorang penunggang motosikal warga Pakistan di Jalan Loke Yew di sini awal pagi ini.

Lebih mengejutkan, kesemua mereka mempunyai lebih 10 kelengkapan polis termasuk sijil kepolisan, siren polis, kad e-komuniti polis, wisel, walkie-talkie, but polis, sarung tangan polis dan T-Baton yang boleh dilaraskan.

Ketiga-tiga suspek masing- masing berusia 15, 18 dan 20 tahun itu diberkas semasa sedang menahan lelaki warga asing itu yang berusia 32 tahun.

DIREKTORI LUCAH RM30

Direktori lucah RM30

LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit.

LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit.

KUANTAN 10/11/2012: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Ahad, September 23, 2012

KES REMAJA HAMIL LUAR NIKAH: 'SATU KELAHIRAN SETIAP HARI'

Kes Remaja Hamil Luar Nikah: 'Satu Kelahiran Setiap Hari'

KLANG September 22, 2012: Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

Isnin, Jun 11, 2012

BERJUDI DI KALANGAN REMAJA SEMAKIN POPULAR DENGAN PENINGKATAN KASINO DI INTERNET

Berjudi Di Kalangan Remaja Semakin Popular Dengan Peningkatan Kasino Di Internet

PETALING JAYA: Golongan yang berjudi kini terdiri daripada golongan yang lebih muda dengan jumlah mereka yang mencuba nasib berjudi di internet semakin meningkat.

Selain perjudian di kasino dalam talian, terdapat juga penjudi muda serendah usia 13 yang bertaruh keputusan perlawanan bola sepak di sekolah.

Presiden Pusat Pemulihan Penjudi Malaysia, David Chiang berkata golongan muda yang berjudi menunjukkan 'trend' membimbangkan, dengan sebahagian daripadanya sudah menjadikannya sebagai tabiat ketika berumur 15.

Sabtu, Jun 09, 2012

TEENAGE GIRLS ADVISED TO USE INTERNET, FACEBOOK WISELY

Teenage girls advised to use Internet, Facebook wisely

KOTA KINABALU June 9, 2012: Teenage girls are advised to be cautious and use the Internet and Facebook wisely in a positive way.

Chief Commissioner of Girl Guides Association Malaysia Sabah Branch, Normah Datuk Jaffar, said girls should not keep wanting to have fun without using their intellect to assess a situation.

Isnin, Jun 04, 2012

MALAM MALANG ABANG PENGANTIN

Malam malang abang pengantin

CARI...anggota polis bersama suspek mengesan senjata yang digunakan  menyerang mangsa.CARI...anggota polis bersama suspek mengesan senjata yang digunakan menyerang mangsa.

RANAU 04 Jun 2012: Hanya kerana terlanggar bahu ketika asyik menari di majlis perkahwinan adiknya, seorang lelaki yang juga abang pengantin perempuan maut apabila lehernya ditumbuk menggunakan buku lima oleh seorang tetamu dalam kejadian di Balai Raya Kampung Giring-Giring, di sini, kelmarin.

Ahad, Mei 20, 2012

NEW S'KAN, BEAUFORT COMMUNITY COLLEGES TO START INTAKES SOON

New S'kan, Beaufort community colleges to start intakes soon

Tawau May 20, 2012: Two new state community colleges will begin their respective intakes this year, said State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun.

Masidi, who is also Sabah Education executive councillor, said the community college in Sandakan would start admitting students next month, while that in Beaufort, year-end or January, next year.

Rabu, Mei 02, 2012

REMAJA BUNUH AYAH KANDUNG

Dua pisau bunuh ayah

TRAGEDI...ahli keluarga  membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.

REMAJA BUNUH BAYI SENDIRI

Benam bayi dalam baldi

SIASAT...anggota  forensik memeriksa mayat bayi yang  ditanam dua remaja.

SIASAT...anggota forensik memeriksa mayat bayi yang ditanam dua remaja.

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercayai mencekik dan melemaskan bayi lelaki yang dilahirkannya dalam baldi berisi air Ahad lalu, sehari sebelum menanam mayat bayi itu dalam semak berhampiran kawasan kilang di Taman Ria Jaya di sini, keesokannya dengan bantuan teman lelakinya berusia 17 tahun.

Khamis, April 19, 2012

FACEBOOK ANTARA PUNCA KES ROGOL

Onar teman laman sosial

KUANTAN 2012/04/19: Pengaruh dan penggunaan Internet tanpa sempadan yang semakin berleluasa termasuk laman sosial facebook dikesan menjadi punca berlakunya jenayah rogol di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata medium itu yang sepatutnya menjadi bahan rujukan positif disalahgunakan hingga mengundang perlakuan jenayah dan masalah sosial lain di kalangan pelajar serta remaja.

Isnin, Mac 19, 2012

PEMANDU TEKSI DIROMPAK DAN DIJERUT LEHER HINGGA MATI OLEH 4 REMAJA PENDATANG ASING TANPA IZIN

Tanam mayat di pantai

BEAUFORT 19 March 2012: Misteri kehilangan seorang pemandu teksi sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dengan kesan jerutan dipercayai dibunuh sebelum ditanam di Pantai Sawangan, Kuala Penyu, di sini.

Mayat Chin Kui Fui, 42, ditemui tertanam di pantai itu jam 5 petang kelmarin susulan tertangkapnya empat suspek remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun, Jumaat lalu.

Khamis, Disember 08, 2011

GADIS MENGAMUK KERANA DIHALANG NAIK PESAWAT JUMPA BOYFREN

Gadis mengamuk apabila dihalang temui teman lelaki untuk menaiki pesawat

8th Dec 2011 : LABUAN: Seorang gadis tempatan mengamuk dan cuba mencederakan dirinya di Lapangan Terbang Labuan apabila hasratnya mahu menaiki pesawat ke Kuala Lumpur untuk menemui teman lelakinya dihalang oleh ibunya.

Gadis berusia 19 tahun berasal dari Kampung Ganggarak naik berang dan mengamuk apabila dihalang oleh keluarganya ketika cuba melepasi balai berlepas sehingga ibunya memaksa meminta bantuan Polis Lapangan Terbang.

Selasa, Disember 06, 2011

REMAJA DI PANAH TENGKUK

image----------- Gambar Hiasan -----------

Panah tengkuk

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital dengan sebatang anak panah masih terpacak di tengkuknya selepas diserang lebih 10 lelaki di Persisiran Traulsen, di sini, kelmarin.

Isnin, November 21, 2011

SABAH RECORDED THE HIGHEST NUMBER OF CHILDREN BORN OUT OF WEDLOCK

'Promiscuous teens linked to social woes'

KOTA KINABALU 21 Nov 2011 : Many Sabah teenagers have engaged in sex before marriage.

This has resulted in pregnancy out of wedlock, which in turn, led to criminal abandonment of  illegitimate babies, said a study undertaken by  Universiti Malaysia Sabah (UMS).

According to the study, despite a presence of strong religious and traditional values among the people in Sabah, there were still many teenagers who engaged in pre-martial sex.

Recently, Deputy  Women, Family and Community Development Minister Datuk Heng Seai Kie revealed Sabah recorded the highest number of children born out of wedlock with 41,490, followed by Selangor (18,983) and Sarawak (17,570).

Sabtu, Oktober 22, 2011

GIRL CLAIMS RAPED BY 14-YEAR-OLD BOY

Girl claims raped by boy

KENINGAU Oct 22, 2011: A 14-year-old girl claimed she was raped by a 14-year-old boy during a drinking spree with five other friends in a village near here.

The victim, who is a form two student, made a police report at 7.30pm on Thursday at the district police headquarters, said district police chief Deputy SuperintendentZahari Mohamed here yesterday.

“A 14-year-old suspect who attended the same school and in the same form was arrested by police on the same day of the incident for further investigations,” he said.

Khamis, Oktober 20, 2011

REMAJA 15 TAHUN DITAHAN SELUDUP 10 PATI

Remaja ditahan seludup 10 PATI

Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memeriksa tempat duduk belakang sebuah kereta yang membawa sepuluh PATI di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di Arau, Perlis, semalam.

ARAU 19 Okt. - Walaupun usianya baru 15 tahun, namun seorang remaja lelaki telah ditahan kerana menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, semalam.

Isnin, Oktober 10, 2011

REMAJA HABISKAN MASA 4 JAM SEHARI LAYARI INTERNET, KERAP MENIPU, ANTISOSIAL

image(Gambar Hiasan)

60,000 pelajar kita ketagih FB

KUALA LUMPUR 2011/10/10 : Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Ahad, Ogos 21, 2011

REMAJA 13 TAHUN MAUT DIPANAH PETIR KETIKA GUNA TELEPON BIMBIT

 Gadis maut dipanah petir

TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.

Ahad, Ogos 14, 2011

IBU TERKEJUT ANAK 14 TAHUN HAMIL ANGKARA BAPA TIRI

Ibu terkejut anak 14 tahun hamil

(GH) KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.

Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.