Menteri Di Sabah Terbabit Kemalangan Cedera Ringan, Pengawal Peribadi Kritikal
KOTA KINABALU Ahad April 22: Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad.
Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor.
Bagaimanapun, pengawal peribadi beliau, Sairul Hamid, 51, dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kaki yang serius dan mungkin memaksa doktor memotongnya.
Pemandu, Yousrie Syah, 33, juga mengalami kecederaan dan berada di bawah pemerhatian hospital.
Difahamkan Azizah dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampungnya di Beaufort apabila pemandu yang memandu Toyata Prado dikatakan hilang kawalan di Km6 Jalan Kapayan-Lok Kawi sebelum melanggar pagar dan sebahagiannya terbabas ke dalam sebuah longkang.
Azizah dan pemandu telah dibawa ke hospital oleh polis manakala ambulans membawa pengawal peribadi.
Seorang pembantu Azizah berkata bahawa beliau dalam keadaan baik walaupun terkejut dengan kejadian itu.
Beliau dalam perjalanan pulang ke Beaufort untuk menghadiri tiga majlis rasmi.
Nasib baik cedera ringan sahaja.
BalasPadamSemoga cepat sembuh
PadamBetul, harap harap semua yang terlibat cepat sembuh.
PadamTapi pemandunya berkemungkinan akan dipotong kaki.
PadamMemnag bernasib baik beliau.
PadamDiharapkan lain kali beliau akan lebih berhati-hati. Semoga pemandu dan pengawal peribadi beliau juga sembuh seawal mungkin.
BalasPadamHarap pemandu itu tiada nita buruk terharap puan.
Padampemandu harus sentiasa beri tumpuan kepada pemanduan
BalasPadamKemalangan ini juga disebabkan oleh cuaca yang tidak baik. kadang2 walaupun berhati2 tapi tetap berlaku kemalangan. maklumla, malang tidak berbau.
PadamI dnt think it's the driver's fault.
PadamAt least everyone in that car survived.
PadamLuckily is not a serious injury, they could have been killed. This is why its important to drive safely on the road to avoid accidents that could take people lives.
BalasPadamHope this will not happen again.
PadamThis is such a lucky escape. hope it will repeat again.
BalasPadamsyukurlah dia selamat, perlu dikenal pasti kenapa pemandu tersebut tiba2 hilang kawalan, adakah ia disebabkan jalan tersebut?
BalasPadamsyukurlah Datuk Azizah Mohd Dun, harap mereka yang cedera akan cepat pulih.
BalasPadamSemoga beliau akan cepat sembuh selepas kemalangan tersebut. Penduduk Sabah akan mendoakan beliau cepat sembuh.
BalasPadamMujurlah semuanya selamat.
BalasPadamItulah malang tidak berbau.
BalasPadamyang penting semua nyawa selamat.. saya harap Datuk akan cepat sembuh dan kembali berkhidmat untuk rakyat..
BalasPadam