Isnin, Oktober 31, 2011

KERETA API LANGGAR LORI TANGKI DI KOTA KINABALU, LETUPAN BESAR

5

1

2
3
4

Lapan Cedera Dalam Letupan Besar Akibat Kereta Api Berlanggar Dengan Lori Tangki

KOTA KINABALU: Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini lapan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.

Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. "Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. "Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakang kereta api.

------

How Long Does It Take a Train to Stop?

Trains can't stop quickly or swerve. The average freight train is about 1 to 1¼ miles in length (90 to 120 rail cars). When it's moving at 55 miles an hour, it can take a mile or more to stop after the locomotive engineer fully applies the emergency brake. An 8-car passenger train moving at 80 miles an hour needs about a mile to stop. How does this compare to other vehicles?
According to the National Safety Council:

  • A lightweight passenger car traveling at 55 miles an hour can stop in about 200 feet in an emergency—under perfect conditions—that is, if tires and brakes are in good condition and the road is dry.
  • A commercial van or bus will need about 230 feet to stop.
  • A commercial truck/trailer can stop in about 300 feet—that's the length of a football field.
  • A light rail train requires about 600 feet to stop—the length of two football fields.
  • Compared to this, the average freight train we mentioned above traveling at 55 miles an hour may take the length of about 18 football fields to stop.

Trains can't swerve—they can only follow the track. The only thing the engineer can do is apply the emergency brake.

It's Closer and Faster Than You Think!
In the same way that airplanes can seem to move slowly, your eyes can play a trick on you when a train is approaching—an optical illusion that makes a train seem farther away and moving more slowly than it really is. Don't take chances—it's easy to misjudge a train's speed and its distance, especially at night. If you see a train, just wait.

19 ulasan:

  1. Malang memang tidak berbau. Harap penyiasatan dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana kemalangan ini boleh berlaku?

    BalasPadam
  2. Saya hairan macam mana kereta api boleh terlanggar lori tangki?

    BalasPadam
  3. Ulam sebelum ko komen baik ko baca dulu artikel ni sampai habis...soalan ko kan jawapan dia dia atas...... hahahaha

    BalasPadam
  4. lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya

    Mau kena siasat lagi ka kalau macam ini punya hal?

    BalasPadam
  5. lain kali buat satu penghadang untuk laluan kereta api dan biarkan jalan itu ditutup sehingga kereta api benar2 telah melepasi jalan itu..

    BalasPadam
  6. kemalangan ini amat dashyat, syukurlah tiada kematianb berlaku dan tahniah atas kecekapan pihak bomba dalam mengawal api dari terus merebak.

    BalasPadam
  7. sepatutnya ada tanda amaran memberitahu keretapi akan melintas, dgn ini pasti kenderaan lain akan berjaga-jaga untuk memberi laluan kepada keretapi.

    BalasPadam
  8. harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang..

    BalasPadam
  9. Nasib tiada yang terkorban. Perlukah kejadian seperti berlaku lepas tu baru sibuk2 nak tingkatkan keselamatan?

    BalasPadam
  10. yang penting semuanya selamat. kerugian boleh ditebus balik.

    BalasPadam
  11. tiada amarankah keretapi akan lalu di sana pada waktu tu? ciri2 keselamatan lepas ni perlu dipertingkatkan lagi.

    BalasPadam
  12. love: keselamatan di landasan keretapi di sabah masih ditahap yg tidak memuaskan, kerana byk tempat melintasi landasan keretapi khasnya kenderaan tidak ada "pagar palang" dan ini memang mendukacitakan

    BalasPadam
  13. love: mujurlah tidak ada yang maut...harap selepas ini pihak yang bertanggung jawab perlu meneliti semula prosedur-prosedur keselamatan awam, tidak kira di bandar dan juga sekitar pedalaman seperti kawasan-kawasan kinarut, kawang, papar, kimanis, bongawan, beaufort dan tenom yang tidak memenuhi tahap keselamatan yang sepatutnya.....

    BalasPadam
  14. harap punca perlanggaran dapat dikesan agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lg.

    BalasPadam
  15. kjdian 2 d tmpat jlan haram k ini adalah salah pmandu lori 2 knapa dia x memandang kiri dan kanan sewaktu melintasi jalan haram tu knapa isu tiada ciri2 keselamatan dijalan haram dtimbulkan.masalahnya kan dah ltak signboard besar2 jalan haram siapa yang melintas dijalan haram tanggungjwab sendiri.alasan pemandu lori itu brek tidak berfungsi tdak menepati siasatan.kalau dia tau itu lori tidak ckup brek knapa mau bwa?dan barang mustahil dia tidak dengar.tidak tau n tidak nampak itu train datang bergerak melempasi kepapar kan ada bunyi hon setiap kli keretapi berjalan

    BalasPadam
  16. Baguslah tidak ada kehilangan nyawa dilaporankan.

    BalasPadam
  17. Harap Jabatan kereta Api akan mempercepatkan jalanan haram yang melintasi landasan kereta api. Ini bagi mengelak perkara sebegini berulang lagi.

    BalasPadam