Rabu, Oktober 03, 2012

FERI HANGUS, PENUMPANG TERKANDAS

Feri hangus, penumpang terkandas

ORANG ramai melihat kebakaran sebuah feri di Terminal Feri Labuan semalam.

LABUAN 3/10/2012– Beratus-ratus penumpang di Terminal Feri Labuan di sini gempar apabila sebuah feri yang mampu memuatkan hampir seribu penumpang tiba-tiba terbakar semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu menyebabkan beratus penumpang yang mahu menuju ke pekan Menumbok terkandas apabila keseluruhan kabin penumpang dan bilik jurangan hangus.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika para penumpang bersiap-siap untuk menaiki Feri Wawasan Perdana berkenaan bagi perjalanan menuju ke Menumbok yang dijadualkan pada pukul 7.30 pagi.

Jarak perjalanan antara Labuan ke Menumbok kira-kira 25 kilometer dengan tempoh perjalanan selama sejam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari dapur kantin dalam kabin penumpang sebelum merebak ke seluruh feri tersebut.

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

7 ulasan:

  1. Yang penting tiada yang terkorban dalam kejadian ni.

    BalasPadam
  2. Satu-satunya cara untuk ke tanah besar buat masa ini ialah dengan Feri Kimanis yang dikendalikan Juta Bonus, sebuah syarikat berpangkalan di Sabah.

    BalasPadam
  3. Kerajaan perlu mencari jalan bagi menangani masalah ini. Mungkin ada alternatif lain bag menangani isu ini.

    BalasPadam
  4. Harap tidak ada pihak yang cuba memutar belitkan mengenai isu kebakaran feri ini dengan politik.

    BalasPadam
  5. Penduduk Labuan sememangnya menginginkan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan denga tanah besar Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diharap pembinaan jambatan labuan tu ada dalam bajet 2013.

      Padam
  6. Diharap tiada kemalangan jiwa

    BalasPadam