Ahad, Mei 13, 2012

301 PTI DITAHAN DALAM OPS TANDUK

301 PTI ditahan dalam Ops Tanduk

KENINGAU May 13, 2012: Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) bagi Sabah dan Labuan telah memeriksa dan menangkap 301 rakyat asing dalam Ops Tanduk yang dilancarkan di daerah ini selama dua hari, berakhir kelmarin.

Ketua Penolong Setiausaha PPKP, Asisten Komisioner Abdul Aziz Alwee, berkata daripada jumlah itu, 252 ditangkap pada operasi Jumaat dan 51 orang lagi kelmarin.

Bercakap kepada media di pusat pemeriksaan dan penapisan di Dewan Masyarakat Bingkor, di sini kelmarin, beliau berkata, daripada 252 yang ditangkap pada Jumaat, 94 orang dibawa untuk dokumentasi di pusat berkenaan.

“Selepas tapisan dibuat, sejumlah 74 orang yang tidak memiliki dokumen atau memiliki dokumen palsu dihantar dan ditahan di Pusat Tahanan Sementera  (PTS) Papar pada Jumaat dengan menggunakan lori PPKP,” katanya.

Abdul Aziz berkata sementara 51 yang ditangkap dan ditahan di pusat pemeriksaan di Dewan Bingkor kelmarin masih menjalani proses tapisan.

Katanya,  operasi sepanjang dua hari itu dijalankan di sekitar bandar, kawasan setinggan dan semua tapak-tapak pembinaan termasuk pusat hiburan dan rumah-rumah sewa.

“Seramai 60 anggota terdiri PPKP, polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara terlibat dalam operasi dua hari ini,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang memiliki dokumen yang sah dibebaskan dan mereka yang tidak memiliki sebarang dokumen atau memiliki dokumen palsu ditahan di PTS untuk tujuan penghantaran ke negara asal mereka.

Abdul Aziz memberitahu, rata-rata mereka yang ditahan adalah rakyat Indonesia dan Filipina dan warga negara lain.

“Operasi bertujuan ke arah pengusiran isu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di negeri ini akan dibuat secara berterusan di sektor perladangan, tapak pembinaan, bandar-bandar, rumah-rumah sewa, setinggan dan pusat-pusat hiburan,” katanya.

Beliau berkata operasi dijalankan oleh anggota PPKP dengan cara berhemah di mana kebajikan dan kesihatan orang-orang ditangkap turut diambilkira.

Malah, katanya, segala pembiayaan, termasuk makan minum dan pemeriksaan kesihatan tahanan turut ditanggung  selain kos pengangkutan semasa penghantaran balik ke negara asal mereka dari PTS.

“Saya juga meminta orang ramai termasuk pemimpin masyarakat di negeri ini termasuk Labuan agar dapat memberi kerjasama kepada PPKP dengan menyalurkan maklumat di atas kehadiran PTI di tempat mereka agar tindakan menangkap dapat dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz meminta orang ramai termasuk pemilik ladang, tapak pembinaan tidak melindungi dan mengaji PTI yang tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

“Melindungi dan menggaji PTI adalah satu kesalahan jenayah yang serius dan mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan tegas,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang dua hari operasi itu berjalan, tidak ada perkara-perkara yang tidak diingin berlaku, semuanya berjalan baik dan lancar.

by Johan Aziz

-------------

Fake documents of illegals confiscated

Keningau: Federal Special Task Force for Sabah and Labuan (FSTF) said they are facing increasing numbers of illegal immigrants having many new kinds of false documents which were confiscated.

FSTF Principal Assistant Secretary (Operation), ACP Abdul Aziz Alwee said the situation is becoming more serious and that cooperation from the public is very much needed in order to handle such problems.

34 ulasan:

  1. Good job to PPKP for capturing 301 PTI. Maybe we don't need RCI after all.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Everyone must cooperate with PPKP in catching this PTI. Any information regarding the PTI hideouts must be informed.

      Padam
    2. Taniah kepada PPKP, harap lebih ramai PATI akan di tangkap.

      Padam
    3. Rakyat juga harus bekerjasama dalam menangani masalah Pati ini.salurkan segala maklumat berkenaan dengan pati.

      Padam
    4. What next for the PATI? Send back to their own country?

      Padam
    5. Syabas kepada Pasukan Petugas Khas Persekutuan atas usaha dan pencapaian mereka dalam Ops Tanduk ini. Teruskan usaha.

      Padam
  2. “Operasi bertujuan ke arah pengusiran isu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di negeri ini akan dibuat secara berterusan di sektor perladangan, tapak pembinaan, bandar-bandar, rumah-rumah sewa, setinggan dan pusat-pusat hiburan,”
    - setuju, satu tindakan yang patut diteruskan oleh pihak berkuasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu lebih banyak operasi di buat, agar Pati dapat di halau terus dari sabah.

      Padam
  3. isu PTI ini telah berlanjutan tanpa penyelesaian dan meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini.

      Padam
    2. kenalah cepat mencari penyelesaian..

      Padam
  4. jika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

    BalasPadam
  5. sememangnya, penubuhan RCI ini adalah permintaan dari rakyat Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. 80 over percent requested RCI to be setup.

      Padam
    2. Maximus Ongkili berkata Perdana Menteri kita mungkin akan mengumumkan pelaksanaan RCI di Sabah.

      Padam
  6. semoga ada perkembangan positif mengenai penubuhan RCI ini

    BalasPadam
  7. Harap Pm akan menunaikan janji beliau untuk menubuhkan RCI.

    BalasPadam
  8. lakukan lagi byk operasi, pasti masih ramai PATI yang bersembunyi.

    BalasPadam
  9. Nampaknya program 6P masih lagi meninggalkan PATI2 yang masih ramai berkeliaran.

    BalasPadam
  10. Tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) kerana mampu menahan 301 PATI dalam Ops Tanduk ini. Teruskan usaha memberkas PATI di Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha harus diteruskan untuk menjamin golongan ini dikawal dan dihantar balik.

      Padam
  11. Semoga bilangan PATI di Sabah mampu dikurangkan selepas ini dengan usaha PPKP dan Jabatan Imigresen.

    BalasPadam
  12. hope this problem will be solved soon.

    BalasPadam
  13. RCI is needed to identify and address the issue.

    BalasPadam
  14. Jabatan imigresenharus bertanggung jawab untuk menyekat golongan ini masuk.

    BalasPadam
  15. Not only 301, there are many more to concentrate.

    BalasPadam
  16. Imigresen harus bertanggung jawab untuk menghalang golongan tidak sah masuk ke negara kami.

    BalasPadam
  17. Operasi ini harus diteruskan.

    BalasPadam
  18. Usaha semu apihak diperlukan untuk menanggani masalah PATI.

    BalasPadam
  19. Pertubuhan RCI tidak harus ditangguhkan lagi.

    BalasPadam
  20. Teruskan lagi operasi menahan mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah.

    BalasPadam
  21. Diharapkan ops tanduk ini akan diteruskan supaya lebih ramai PATI akan ditahan. Usaha membanteras PATI dalam negeri perlulah diteruskan.

    BalasPadam
  22. tahniah, walaupun jumlah tangkapan terlalu kecil berbanding dengan statistik kewujudan PATI di negeri ini, namun jika berterusan dan kawalan sempadan sentiasa ketat, pasti masalah ini akan selesai..

    BalasPadam