Ahad, Mei 13, 2012

MAYAT DALAM TANGKI AIR

Mayat Dalam Tangki Air

Identiti belum dikenal pasti. Dipercayai sudah berada seminggu dalam tangki

TAWAU May 13, 2012: Aduan penduduk mengenai bekalan air paip tercemar telah membawa kepada penemuan mayat lelaki dewasa di dalam sebuah tangki penyimpanan air di kawasam PPR Sri Titingan, di sini.

Mayat lelaki yang dianggarkan sudah berada kira-kira seminggu dalam tangki berkenaan, ditemui kira-kira jam 9 pagi kelmarin, ketika pemeriksaan dilakukan pada setiap tangki penyimpanan air di kawasan perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, ACP Ibrahim Chin, ketika mengesahkan kejadian itu berkata mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya itu dianggarkan berumur lingkungan 20-an.

“Siasatan awal mendapati tidak ada sebarang kecederaan pada badan mangsa atau kejadian jenayah dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, usaha mengeluarkan mayat daripada tangki oleh pihak berkuasa bomba dan polis menghadapi sedikit kesukaran kerana tangki penyimpanan itu letaknya pada kedudukan yang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakub, turut meninjau usaha yang dilakukan pihak berkuasa untuk mengeluarkan mayat dari tangki berkenaan.

Dalam pada itu, Tawfiq ketika ditemui menggesa penduduk taman perumahan berkenaan agar tidak bimbang kerana pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air tercemar yang disalurkan ke rumah mereka.

“Kita akan meminta jabatan berkaitan untuk memeriksa tahap pencemaran dalam tangki penyimpanan ini sebelum ia disalurkan kepada penduduk,” katanya.

Katanya, buat masa ini bekalan air dari tangki penyimpanan itu kini dihentikan buat sementara waktu dan sekiranya perlu pihaknya akan meminta Jabatan Air untuk membekalkan air ke rumah rumah penduduk.

by Shamry M Sani

-------------------

301 PTI ditahan dalam Ops Tanduk

----------------

'Corpse in water tank' shock

Tawau: More than 2,000 residents at the Taman Sri Titingan flats had been wondering why the piped water they were consuming the past week smelled bad and was whitish.

Many could not contain their anger when water maintenance personnel during a routine inspection at 9am, Saturday, found the decomposed body of a naked man floating inside one of the nine tanks atop the 60-foot tower.

7 ulasan:

  1. perlu disiasat bagaimana mayat tersebut boleh berada di sana, apakah punca kematiannya?

    BalasPadam
  2. I wonder how did the man get into the water tanks.

    BalasPadam
  3. Bagaimana kes ni diklasifikasikan sebagai mati mengejut? hairan kenapa lelaki tersebut naik hingga sampai ke tangki yang begitu tinggi.

    BalasPadam
  4. Hairan juga bagaimana mayat boleh ada dikawasan tersebut.Sedangkan tinggi pula kawasan tersebut buat apa dia susah-susah mahu naik diatas itu.

    BalasPadam
  5. Pihak polis menjelaskan bahawa lelaki tersebut mempunyai sakit jiwa dan mungkin terperangkap setalah gagal keluar dari tangki tersebut.

    BalasPadam
  6. memandangkan mayat itu telah berada seminggu dalam tangki tersebut, bermakna tidak ada kerja2 pemantauan atau pemeriksaan dijalankan terhadap semua tangki2 ini.. bagaimana tidak ada pemeriksaan dijalankan sedangkan penduduk membayar bil air setiap bulan??

    BalasPadam
  7. apa jaminan air yang kita gunakan selama ini bersih jika tubuh manusia boleh berada dalam tangki untuk beberapa hari?? bagaimana dengan haiwan2 kecil??

    BalasPadam