Ahad, Mei 13, 2012

ABANG KAHWIN ADIK SENDIRI

Abang kahwin adik sendiri

TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram yang dikatakan mengamalkan perkahwinan sesama mahram.TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram yang dikatakan mengamalkan perkahwinan sesama mahram.

ULU BARAM 13 Mei 2012: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.

SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.

Oleh HADZLAN HASSAN

-------------------

Pasangan boleh dihukum

KUCHING 13 Mei 2012: Perkahwinan sesama ahli keluarga di kalangan masyarakat Penan masih berlaku, namun ia hanya kes terpencil dan jarang didengar ketika ini.

Ahli antropologi, Kelvin Egay John berkata, memang kes perkahwinan sesama ahli keluarga pernah dilaporkan di kawasan Tinja, berhampiran Long Baram di Miri, tetapi ia sebenarnya melanggar norma masyarakat itu.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan seumpama itu menjadi isu dan mendapat tentangan ahli keluarga serta kaum masyarakat Penan lain kerana melanggar norma masyarakat dan pohok (adat) mereka.

“Jelas perkahwinan sesama ahli keluarga dilarang, malah perkahwinan sesama saudara turut dilarang dan ia bukan adat masyarakat Penan.

“Masyarakat Penan tidak membenarkan perkahwinan dengan sepupu pertama, kedua dan ketiga, apa lagi sesama adik-beradik, walaupun mereka berasal daripada komuniti kecil. Apa yang berlaku mungkin kes terpencil atau diperbesarkan pihak tertentu.

Oleh ABDUL RAHMAN ADAM dan RABI 'ATUL 'ADAWIYAH ISMAIL

-----------------

Mohon maaf

KAMI merujuk laporan Metro Ahad berjudul ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’ pada 13 Mei 2012. Kami mendapat maklum balas daripada segelintir pembaca menyatakan rasa kurang senang berhubung laporan berkenaan.

Walaupun berdasarkan tinjauan dan wawancara dengan individu tertentu, kami ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada masyarakat Sarawak, khususnya kaum Penan yang kurang senang dengan laporan itu. Tujuan kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak.

9 ulasan:

  1. Dibesarkan oleh pihak tertentu untuk publisiti murahan

    BalasPadam
  2. fuck HADZLAN HASSAN

    BalasPadam
  3. ini adalah budaya lama, kini ia tak berlaku lagi. hal mcm ini tak seharusnya diperbesarkan.

    BalasPadam
  4. The anthropologist have stated that the Penan does not allowed marriage between blood relatives, siblings or family members. I believe this report is only a very rare case.

    BalasPadam
  5. Hope that the media will ensure their facts before making this kind of report so that it will not mislead the readers or cause uneasiness of the people involved.

    BalasPadam
  6. Rupanya masih ada yang begitu kolot walaupun dalam zaman moden ni.

    BalasPadam
  7. Ini kepercayaan mereka namun kita hanya mampu memberi pendapat.

    BalasPadam
  8. Jauh lebih baik daripada golongan mengaku moden tapi buang anak sana sini.Anjingpun mahu jaga anak sendiri.

    BalasPadam
  9. bukan saja di sarawak ba ni.. tempat2 lain pun ada juga cuma tidak dilaporkan..

    BalasPadam