Rabu, Januari 11, 2012

PENDUDUK BAKAR KONGSI PEKERJA KERANA TUNTUTAN TANAH ADAT TIDAK DILAYAN

image---------------------

Penduduk bakar kongsi pekerja Bornion Timber kerana tuntutan tidak dilayan

KENINGAU 11th Jan 2012: Penduduk Kg. Alab Lanas dan beberapa kampung yang terlibat bertindak membakar kongsi pekerja Bornion Timber kerana marah dengan tindakan syarikat berkenaan yang tidak menghirau tuntutan tanah adat penduduk sejak sepuluh tahun yang lalu.

Bekas Ketua Daerah Sook, Majit Adam berkata, kemarahan penduduk ada asasnya kerana selain tuntutan tanah adat tidak dihiraukan, sumber bekalan air bersih dan sumber pengairan sawah padi turut tercemar.

Katanya, pada masa ini sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih dan pengairan sawah padi semakin terancam dan dikhuatiri memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan penduduk.

“Kami bimbang sumber bekalan air bersih kami dicemari dengan racun rumput yang digunakan membersih kawasan ladang getah yang ditanam oleh syarikat berkenaan” katanya kepada New Sabah Times ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan secara aman sambil menunggu keputusan perbincangan antara pihak syarikat dan wakil penduduk di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Sook pada Isnin.

Perbincangan tertutup itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (kiri) dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred Angin (kanan).

Majit berkata, apabila penduduk merasa terancam dengan pencemaran yang berlaku dan merasa hak asasi mereka terhakis maka mereka bertindak membakar kongsi pekerja syarikat berkenaan sebagai protes atau alasan penyelesaian.

Sementara itu, Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Lanas, Mngob Kinandung berkata, beliau berpuas hati dengan campur tangan Ahli Parlimen Pensiangan yang membawa pihak syarikat dan wakil penduduk mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan tuntutan penduduk.

“Saya amat tertarik dengan pelan penyelasaian yang dicapai dalam perbincangan antara kedua-dua pihak yang dimudahcarakan oleh Kurup dan ADUN Sook Datuk Ellron Alfred Angin” katanya.

Sebagai wakil penduduk kata Mangob, beliau mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Bekas Ketua Kampung Alab Lanas, Ulin Amil pula berharap agar penyelasaian dapat dicapai dalam masa yang terdekat.

“Kami inginkan penyelasaian yang cepat berkaitan dengan tuntutan tanah adat (NCR) kami” kata Ulin.

Walau bagaimanapun, katanya, jika tuntutan tanah adat itu selasai mereka mengesyorkan agar pemilikan tanah dianugerahkan sebagai geran individu dan bukannya penganugerahan geran komunal.

---------------

25 POLIS SERANG MAHKAMAH ANAK NEGERI?

Pada 25 Ogos 2011, pihak Jabatan Perhutanan Sabah Daerah Sook yang diketuai oleh Mohamad Duraman Abdullan @ Dino telah tanpa sebarang perundingan, pemberitahuan dan keizinan telah merobohkan kedua-dua buah Rumah Adat tersebut.

Pada mulanya kes ini telah dibawa ke bicara adat peringkat kampung sehingga dua kali iaitu pada September dan Oktober tetapi tidak diendahkan oleh pihak defendan, Mohamad Duraman Abdullan @ Dino.

Akhirnya, kes ini dibawa ke Mahkamah Adat Anak Negeri Daerah Sook pada 26 Januari 2011 (No. Kes: 05/2011) dan pihak Mahkamah Anak Negeri Daerah Sook kemudiannya menetapkan tarikh 3 Mac 2011 sebagai hari perbicaraan.

Pada 3 Mac 2011, seramai lebih-kurang 100 penduduk kampong dari 9 buah kampung telah hadir bersama di Pejabat Daerah Sook untuk memberikan sokongan moral.

------------------------------

Sook villagers want police to stop logging

September 25, 2007

He alleged that the company had destroyed and damaged the graves of the villagers’ ancestors, and durian trees.

“We made the report as we wanted the police to stop the logging activities in the area until an investigation has been completed,” he said, adding the 480 villagers had built a barrier on the road to prevent the company’s staff, vehicles and equipment from entering the area.

Dahlan said he had sent a letter to Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman and the Assistant Collector of Land Revenue (ACLR) in the district on September 12 this year after the authority concerned did not act on their protest letter dated Sept 12, 2005.

18 ulasan:

  1. The government must ensure that the people's rights are protected. Hope that the necessary actions will be taken.

    BalasPadam
  2. Hope that the NCR land issue will be able to be resolve as soon as possible.

    BalasPadam
  3. Kejadian ini harus diambil iktibar kerana rakyat sudah menunggu terlalu lama untuk menuntut hak mereka.

    BalasPadam
  4. Whatever reasons given by the timber company, at least show some respects. MEanwhile, the villagers should use proper way to channel their problem.

    BalasPadam
  5. inspite what the local have to bear for the past 10 years, but still thy don't to take matters into their own hands, just for the sake of getting the attention of the state government regarding this matter.

    BalasPadam
  6. Thankfully DTK Kurup has intervene in this matter to bring both disputing parties together to discuss this matter in detail

    BalasPadam
  7. hopefully there'll be a positive outcome from the discussion that satisfy both parties involved

    BalasPadam
  8. apa tindakan yang telah diambil sebelum ini? begitu lama penduduk menghadapinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika di KM ada jalan penyelesaian bagi isu NCR, takkan di Sook tak ada jln pnyelesaian.

      Padam
  9. nampaknya penduduk kg dah hilang Sabar hingga membakar kongsi pekerja. hal ini perlu diselesaikan segera sebelum penduduk bertindak lebih agresif.

    BalasPadam
  10. kejadian seperti ni amat mengecewakan. Harap ni dapat menarik perhatian kerajaan untuk menyelesaikan masalah ni.

    BalasPadam
  11. diharap kejadian seperti tidak berulang lagi, kerajaan harus prihatin terhadap setiap aduan dan isu yang berbangkit.

    BalasPadam
  12. penyelesaian terhadap apa yang berlaku harus dicari.

    BalasPadam
  13. harap pekara ini akan dapat diselesakan secepat yang mungkin.

    BalasPadam
  14. Salah faham sebeginilah yang kita perlu elakkan. Maka perbincangan perlu dilakukan bagi mengelak perkara sebegini berulang kembali.

    BalasPadam
  15. sebelum ambil tindakan undang2 ditangan sendiri, baik guna dahulu saluran mahkamah.. jika benar tanah itu adalah tanah adat dan penduduk kampung mempunyai bukti2 kukuh untuk menuntut tanah itu, keputusan pihak mahkamah pasti akan memihak kepada penduduk kampung sebagaimana kes2 tuntutan tanah sebelum ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin wakilrakyat sudah ada cara penyelasaian kalau tidak susah YB tersebut menghadapi PRU 13
      nanti

      Padam
  16. pemimpin2 pembangkang yang sebelum ini pernah membantu penduduk kampung dalam kes tuntutan tanah patut tampil membantu penduduk kampung yang menghadapi masalah yang sama.. jangan pilih kes yang mana bantuan hanya diberikan kepada penduduk kampung yang mempunyai bukti kukuh..

    BalasPadam