Tiga Didakwa Lakukan Vandalisme Pada Harta Benda Awam
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Selasa atas tuduhan merosakkan harta benda awam dengan contengan grafiti pada dinding, tiga hari lepas.
Wartawan, Sidiqin Omar, 30, pelukis grafik Mohd Fiqtriey al Haqimiey Abdul Rani@ Abdul Ghani, 27, dan ahli muzik Ahmad Husni Mohd Ali, 28, didakwa melakukan semburan cat menulis perkataan 'T.T.R 901 Turun Tibai Rosmah' pada dinding di hadapan Stesen KTM Komuter Angkasapuri di Pantai Dalam, Brickfields, pada pukul 6.10 pagi, 7 Jan lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohd Radzlan Jalaluddin yang mewakili ketiga-tiga mereka meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM500.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memerintahkan ketiga-tiga mereka melapor diri di balai polis sebulan sekali.
Mahkamah juga menetapkan 8 Feb ini untuk sebutan kes.
Kesemua tertuduh membayar ikat jamin.
Vandalisma adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Bila merosakkan benda-benda awam, cukai dari rakyat juga digunakan untuk pembaikian.
BalasPadamJika tertuduh mengaku tidak bersalah, adakah ia bermaksud bukan mereka yang melakukannya? Kalau tidak, siapa yang terlibat sebenarnya?
BalasPadammengeluarkan emosi dengan cara yang salah. kalau ya pun tidak berpuas hati janganlah sampai jadi vandalism.
BalasPadamharap ini jadi pengajaran. kejadian ini pasti memberi impak kepada kerjaya mereka.
BalasPadampatut kenakan tindakan tegas pada mereka kerana melakukan vadalisme.
BalasPadamtindakan tersebut merugikan diri mereka sendiri.
BalasPadammerosakakan harta benda awam adalah tidak bertanggungjawab dan sia-sia.
BalasPadamInilah yang kita tidak mahu berlaku. Memburukan pemandangan yang persekitaran.
BalasPadamUncivilized action by uncivilized people. What a shame.
BalasPadamMereka yang melakukan vandalisme patut dihukum berat sebagai pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.
BalasPadamtidak pasal2 Rosmah pun kena kasi jadi bahan.
BalasPadamhasil daripada didikan pakatan pembangkang, semakin ramai belia2 yang kurang ajar serta memiliki keperibadian yang ganas..
BalasPadam