PDRM Lakukan Risikan Demonstrasi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan risikan terperinci berhubung demonstrasi 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang dirancang diadakan di ibu kota Isnin ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.
Beliau berkata ketika ini, PDRM berusaha mengesan pengedar poster, kain rentang, mesej serta blog yang menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan haram itu.
"Ini menampakkan bahawa ada orang yang mendalagi perhimpunan ini, bukan sahaja dengan matlamat yang sebenar, tapi ada lagi agenda tersembunyi yang menggugat keselamatan. Ini yang menjadi kerisauan pada polis untuk tangani bagi menjaga keselamatan orang ramai," katanya dalam program Soal Jawab di TV3 rabu malam.
Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.
Salleh berkata terdapat juga maklumat bahawa ada kumpulan tertentu bakal digunakan untuk mendatangkan ancaman terhadap keselamatan mereka yang akan hadir pada perhimpunan itu.
Salleh berkata risikan juga mendapati perhimpunan itu akan diadakan di kawasan lain.
"Maklumat risikan kita mendapati bukan sahaja di mahkamah sahaja... ada lagi di tempat-tempat di sekitar ibu kota untuk diadakan perhimpunan ini.
e35
Is holding a demonstration the best way to resolve matter?
BalasPadamWe should just wait and see what are the court's decision in this case.
BalasPadamBe civilized people! Riot is not the answer. Don't let it happens even though you claim it will be a peaceful assembly.
BalasPadamdemo atau perhimpunan tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya hanya menimbulkan pelbagai kesan buruk.
BalasPadamdemo akan menjejaskan imej negara dan boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu.
BalasPadamperhimpunan seprti ini tak harus diadakan, ia hnya mengganggu ketenteraman awam. hentikanlah tindakan sedemikian.
BalasPadamJika Perhimpunan itu dapat dijamin berlaku dengan aman dan damai oleh pihak perhimpunan maka KDN pasti akan memberikan kebenaran dengan janji tersebut.
BalasPadamkenapa perlu adakan kempen untuk bebaskan Anwar? kenapa tidak untuk para banduan2 yang berada dalam penjara? adakah ini strategi terdesak Anwar serta Pakatan setelah peguam2 handalan Anwar tidak dapat membela Anwar??
BalasPadambagi saya, parti yang lebih suka menggunakan jalan singkat untuk mencapai matlamat mereka patut ditolak oleh rakyat.. parti yang suka menimbulkan huru hara serta menghalalkan apa sahaja kesalahan pemimpin2 mereka tidak layak memerintah negara ini..
BalasPadamDengar2, PKR ada kasi duit RM1,000 seorang kepada penyokong upahan.
BalasPadamPKR sudah tahu ba tu Si Anwar akan kena penjara juga tu la ada perhimpunan minta simpati dengan hakim.
BalasPadamtidak habis2 buat kekecohan. susahlah kalau berterusan macam ni. seolah2 berada di negara luar yang sering berperang pula.
BalasPadamharap2 pihak polis dapat sekat rancangan mereka untuk laksanakan gerakan tersebut. tidak mustahil juga tu ada yang diupah untuk turut serta.
BalasPadam