LUPAKAN PERGADUHAN MASA LALU, KATA MUSA
5th April, 2011 KOTA KINABALU: Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata semua anggota parti komponen BN hendaklah memandang ke ha- dapan dan bukan belakang kerana Sabah mempunyai banyak keutamaan mendesak yang perlu diberi perhatian.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan terhadap Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan baru-baru ini.
Musa juga melahirkan kebimbangan jika ke- adaan itu berterusan ianya akan diambil kesem- patan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepen- tingan.
“Ketika Sejarah telah pun menjadi catatan, rakyat hendaklah tidak membangkitkan apa yang berlaku masa lampau malah perlu menyelesaikannya dan bukan mengulangi kesilapan itu.
“Jika kita mahu bergaduh, marilah kita bersatu dan bergaduh untuk masa depan yang lebih baik. Hanya satu keutamaan yang perlu diberikan tum- puan: Memberikan hasil kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dalam kenyataannya dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, membidas balik terhadap kenyataan PBS bahawa Sabah mengalami kesukaran di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abdul Rahim berkata secara realitinya, bahwa PBS yang salah urus ekonom Sabah dan menjual dengan murah aset-aset Sabah, itulah yang dilaku- kan oleh PBS dan bukan dr Mahathir yang ber- tanggungjawab menyusahkan Sabah.
Sebuah akhbar tempatan dalam siaran 22 Macnya, memetik Dr Mahathir dalam bukunya bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, sebagai berkata ‘bekas Ketua Menteri Pairin terlepas peluang untuk memajukan Sabah sebaik memutuskan untuk keluar dari komponen BN sebelum pilihan raya umum 1990.
“Dr Mahathir telah banyak melakukan sumbangan yang berharga di Sabah, contohnya, pengwujudan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malah banyak lagi semasa di bawah kepimpinan- nya,” kata Musa.
“Dalam hubungan ini, pandangan yang diluah- kan oleh Dr Mahathir hendakalah dihormati.
“Kepimpinan BN Negeri hendaklah menuju ke hadapan dan apa juga keputusan yang dibuat berdasarkan pencapaian kata sepakat dan apa yang terbaik untuk rakyat.”
Beliau menyifatkan PBS adalah komponen BN yang berharga dan sudah tentu akan menerus- kan komitmennya untuk memberi khidmat di Sabah.
“Semangat sebenar gabungan BN berpusat pada kepentingan nasional dan itu adalah kunci yang membawa rakyat kita di Sabah, dan negara kita menjadi negara dinamik pada masa depan dan bersaing di peringkat dunia.
“Fokus kita sentiasa untuk masa depan negeri dan Sabah dan BN bersatu. Melalui cara ini, kita akan dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk memenuhi kehendak rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.
“Kita masih mempunyai banyak isu yang besar seperti usaha membasmi kemiskinan, pendatang tanpa izin dan membawa pembangunan siso ekonomi ke Sabah. Saya menyeru semua pemimpin untuk lebih kerap ‘turun padang’, un- tuk mengetahui kehendak rakyat dan memberikan hasilnya,” katanya.
Ya, kenapa masih lagi mempertikaikan isu yang sudah berlalu sedangkan kita masih ada banyak isu lain yang perlu diselesaikan.
BalasPadamTumpukan perhatian dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah demi kebaikan rakyat dan negeri Sabah.
BalasPadamAgree with Musa, Lets just move on life.
BalasPadam“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”
BalasPadamMaria Robinson.
isu lama buat apa dibangkitkan, ia telahpun berlaku. lebih baik pandang ke hadapan.
BalasPadamsetuju..yang berlalu biarkan berlalu, sekarang ini semua perlu memandang ke depan.
BalasPadamjika nak maju kena memandang ke hadapan, perkara yang berlaku dijadi iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
BalasPadamsekarang ini semua perlu bersatu padu dan sentiasa mengukuhkan kerjasama untuk membangunkan Sabah.
BalasPadamCome to think about it, Musa is right. What past is past. We should jst move forward, not backward.
BalasPadamFocus on the current important matters now.
BalasPadamserve the people and solve the issues that sabah is facing. For example, the illegal immigrant issues.
BalasPadamI couldn't agree more.
BalasPadamIni merupakan cara terbaik untuk memulakan perjalanan hidup politik yang baru.
BalasPadamNobody perfect.
BalasPadamForget the past and lets move on.
BalasPadamRasanya memang perlulah kita menuju kehadapan. Kita mesti membangunkan negeri kita. Apa yang berlaku sebelum ini biar kita jadikan sejarah lampau.
BalasPadamBetul, yang lepas itu kita jadikan pengajaran kepada kita. Apa yang perlu sekarang kita cuba untuk bersatu untuk Negeri kita ini. Kita perlu memajukannya.
BalasPadambuat apa mahu mengimbas kembali sejarah? lagi pun tiada apa yang boleh dilakukan..
BalasPadamsejarah harus dijadikan sebagai pengajaran kepada kita agar kesilapan sama tidak berulang..
BalasPadamjangan biarkan pihak2 yang berkepentingan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan BN negeri.
BalasPadamyang penting adalah masa kini dan masa depan negeri sabah..banyak lagi yang harus dilakukan dan jauh lebih penting daripada menunding jari sesama sendiri.
BalasPadamdiharap semua pihak akan mengambil nasihat dan teguran KM untuk kebaikan bersama.
BalasPadamBetul tu, kita harus teruskan perjalanan hidup ke arah yang lebih baik lagi.
BalasPadamSejarah memang sukar dilupakan namun jika ia diingat hanya utk mengeruhkan keadaan, ada baikknya hal itu dilupakan segera.
BalasPadamHal lama harus dijadikan pengajaran dan bukannya dijadikan pencetus ketegangan.
BalasPadamJusteru, semua pihak pun harus matang dalam membuat penilaian dan jangan kerana hal lama kita hidup bermusahan dan diselebungi dengan rasa tidak puas hati.
BalasPadamyang penting sekarang Sabah harus lebih membangun dan tak perlu lagi tunding jari :P
BalasPadambetul kata paquin, kita tidak perlulah menunding jari kepihak lain. Kita haruslah bersatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat kita.
BalasPadamTime never turn back, so everybody need to move on.
BalasPadamApa yang lepas, biarlah dia lepas. Buat apa nak mempertikaikannya sampai sekarang?
BalasPadamLeaders should me matured.
BalasPadamAmbil iktibar dari masa lalu saja.
BalasPadamkalau adapun perkara yang hendak dipertikaikan atau tidak puas hati, selesaikan dengan cara profesional. guna saluran yang betul iaitu melalui meja rundingan, bukannya media.
BalasPadamLet the past remain in the past, there is no use to fight over it now.
BalasPadamApa yang sudah berlalu, biarkan ia berlalu. Apa gunanya memperikaikan lagi.
BalasPadamambil iktibar dari apa yang sudah berlaku di masa lalu dan terus maju ke hadapan.
BalasPadam