Pemimpin LDP Sibuk Atau Biokot Rumah Terbuka Ketua Menteri Dan Kabinet Negeri Sabah?
KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.
Katanya lebih menghairankan apabila pemimpin kanan parti itu dapat pula menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negeri dan rumah terbuka Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang jauh di Semporna, kemudian bersama-sama ke Papar menghadiri rumah terbuka Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.
"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri," katanya.
Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Pada sambutan hari pertama Aidilfitri lepas, Presiden LDP Datuk V.K Liew menghadiri rumah terbuka di Istana Negeri, tetapi keesokan harinya tidak kelihatan kelibat pemimpin kanan LDP termasuk presidennya pada rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Sukan Likas.
Namun, pada hari ketiga Aidilfitri, Liew dan pemimpinnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Shafie di Semporna dan keesokan harinya pula bersama-sama menghadiri rumah terbuka Rahim di Papar.
Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata ketidakhadiran pemimpin kanan LDP pada rumah terbuka Ketua Menteri dan Jemaah Menteri itu menjadi bualan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia seolah-olah tidak menghormati Musa dan pimpinan negeri.
"Malahan, ia disifatkan seperti tidak mempunyai semangat kekeluargaan BN sebagaimana sepatutnya dijunjung oleh setiap parti komponen terutama dalam konteks 1Malaysia," katanya.
-----
LDP tidak boikot rumah terbuka Musa - Vui Keong
''Ramai wakil rakyat LDP termasuk saya sendiri tidak dapat hadir kerana sibuk dengan sambutan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
''Saya bagaimanapun telah meminta beberapa pemimpin kanan LDP untuk menghadiri rumah terbuka di Likas, mungkin ada orang terlepas pandang dengan kehadiran mereka,"
''Biasanya rumah terbuka ketua menteri diadakan pada hari raya pertama tetapi ia diubah kepada raya kedua pada tahun ini.
''Keadaan ini menyebabkan ramai pemimpin negeri tidak dapat menghadiri majlis itu kerana terpaksa menghadiri majlis lain yang dirancang lebih awal,"
beliau berharap Salleh boleh berfikir secara matang dan tidak membangkitkan isu yang remeh dan tidak penting.
''LDP tidak memboikot rumah terbuka Datuk Seri Musa, saya sendiri akan mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada beliau apabila ada kesempatan,"
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong
LDP is always the black sheep in BN. Especially Chin Su Phin.
BalasPadamI'm sure Musa will not be easily offended by a small matter like this. It's not compulsory for all component parties to attend.
BalasPadammgkin ada sebab tersendri mereka tak hadir rumah terbuka KM.
BalasPadamCari penjelasan dari mereka.
BalasPadamApa pun alasan LDP, ketidakhadiran mereka ke rumah terbuka KM telah menimbulkan spekulasi baru.
BalasPadamtidak semestinya pemimpin LDP ini bermusuhan/tidak sefahaman dengan KM jika tidak hadir di rumah terbuka tersebut. lihat saja KM dan Shafie yang dikatakan perang dingin tapi sewaktu KM mengadakan lawatan ke Semporna mereka berdua kelihatan mesra dan baik2 saja.
BalasPadamJangan buat kesimpulan sendiri. Kerana kesimpulan itu tersasar dari perkara yang sebenar. Adalah lebih baik jika minta penjelasan dari LDP.
BalasPadamDan pembangkang akan ambil kesempatan untuk memainkan isu ini.
BalasPadammungkin juga isu ini diperbesarkan oleh pihak2 tertentu untuk merosakkan hubungan ahli komponen BN. namun jika ada kebenarannya diharap kelemahan tersebut dapat diperbaiki demi untuk perjuangan mereka dalam BN.
BalasPadamNot a good idea to "politics" about visiting during Raya time.
BalasPadamPerkara ini tidak harus dipertikaikan. Ini cuma perkara kecil dan tidak patut diperbesarkannya. masing-masing ada pilihan sendiri.
BalasPadamTidak perlu peduli berita sebegini. Ini seakan nak merosakkan hubungan baik antara satu sama lain. Pandai-pandai buat penilaian sendiri.
BalasPadam"ketidakhadiran pemimpin kanan LDP pada rumah terbuka Ketua Menteri dan Jemaah Menteri itu menjadi bualan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia seolah-olah tidak menghormati Musa dan pimpinan negeri."
BalasPadamWhat is the purposes by saying such? Its serve no purpose yet ruin others relationship. Concentrate more on your duties and tasks, people need you more to work.
"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri,"
BalasPadamMay be they have their own reason for not being able to attend. It is not going to hurt their relationship too.
LDP harus membuat keputusan untuk masih terus berada dalam BN @pun keluar menjadi parti komponen pembangkang.
BalasPadamRasanya KM tidajlah ambil hati sangat. Tetapi cakap-cakap orang ini yang saja 'menghangatkan' keadaaan.
BalasPadamLDP mungkin tidak akan keluar daripada BN kerana masih mempunyai kepentingan tertentu untuk dijaga.
BalasPadamperkara kecil saja...harap tidak akan mempengaruhi hubungan antara LDP dengan parti komponen BN sabah yang lain.
BalasPadamini bukan isu yang harus diberi perhatian..yang penting adalah tanggungjawab kepada rakyat seperti mana yang selalu ditekankan oleh KM sabah.
BalasPadamtidak perlu diperbesarkan perkara ini..ianya bukan isu..ianya lebih kepada isu peribadi...banyak lagi yang perlu diberi perhatian seperti kemiskinan dan keciciran..
BalasPadamsetuju dengan ulasan Malim..kenyataan Salleh boleh merosakkan hubungan antara parti2 komponen..
BalasPadamperhaps on 2nd day of raya, LDP team is heading to Semporna by land (day trip)..
BalasPadamthis is not an issue...besides, don't simply speculate
BalasPadamperlu bersikap profesional dan tak payah timbulkan masalah dalam parti komponen. Lihat KM Musa langsung tak tergugat dengan perkara kecil sedemikian.
BalasPadamelakkan pergaduhan, persefahaman dan kerjasama harus ada dalam parti komponen..
BalasPadamin this case..i'm sure Datuk Musa will not be offended with this thing..small matter for datuk...tak perlu di besar2 kn... memburuk kn keadaan...kerjasama penting...
BalasPadamRasanya isu ni tidak perlu dibesarkan.
BalasPadamPenjelasan sudah diberi, isu kira settle la kan. Apa1 masalah sila2 la bawa berbincang.
BalasPadamThey really don't respect the leaders. Wonder why people even care now.
BalasPadamjanganlah besarkan isu yang kecil ini, sensitif bah..
BalasPadamPerlukah membuat berita ini? rosakkan hubungan sesama sahaja.
BalasPadammasalah biarkan mereka yang menjelaskannya.
BalasPadamI don't there's anything wrong with that,why bother about it?
BalasPadamBiarlah bah, kalau dorang tak p pun apa salahnya.. CM bukannya bising pun.
BalasPadamSaya yakin CM pun tak mahukan hal ini diperbesarkan. Yang dah berlalu tu, sudah lah :)
BalasPadamSemoga hal ini dapat ditanggani dengan baik.
BalasPadamsemuanya disebabkan oleh khabar angin sebelum ini yang menggambarkan wujud persengketaan antara LDP dengan Ketua Menteri Sabah.. sudah tentu bila ada tindakan mana2 pihak yang bertentangan dengan persefahaman antara mereka, maka timbul la persepsi atau syak wasangka bagi mengiyakan khabar angin sebelum ini..
BalasPadamlagi bagus jika perkara ini didiamkan sahaja supaya isu keretakan hubungan antara Musa dan LDP tidak menjadi2 atau menjadi bahan politik..
BalasPadammungkin mereka ada komitmen lain pada masa tersebut...
BalasPadamTidak perlu menumpu perhatian terhadap perkara remeh temeh. Asalkan mereka faham dah cukup.
BalasPadamPerkara kecil sebegini tidak harus merosakkan hubungan baik diantaranya. Melainkan jika hubungan mereka sendiri dah tidak baik.
BalasPadamAgreed to Jackson, there are many more important matter that needed to concentrate and pay attention.
BalasPadamWhois the real tiger behind the mirror? Think about it!
BalasPadamTiada kebaikan langsung laporan sebegini yang seakan merosakkan hubungan antara satu sama lain. Rakyat memerlukan anda untuk membaiki and memperkembangkan ekonomi.
BalasPadamHarap LDP dapat bersatu dengan BN lain. Jangan hanya tahu menafikan tapi sebenarnya menipu diri sendiri.
BalasPadamBiarlah LDP dengan perangai mereka. Nanti-nanti sedarlah mereka dengan apa yang mereka lakukan adakah salah atau tidak.
BalasPadamCome on la, be a mature leader.
BalasPadamSetakat hal mcm ni pun nak bising2, macam mana nak tadbir negeri?
BalasPadamSalleh, there are lots of things u gonna do.
BalasPadamSaya rasa isu ini hanya mengapi2kan LDP dan BN.
BalasPadamIndeed.
BalasPadam