PETRONAS, UMS JALIN USAHASAMA LAHIR GRADUAN BERKUALITI
KOTA KINABALU 21st August, 2011: Sabah yang merupakan antara penyumbang utama minyak dan gas negara, berpotensi besar menjadi antara kuasa ekonomi utama dalam negara berdasarkan rizab minyak dan gasnya.
Dekan Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Rosalam Sarbatly berkata pembangunan industri minyak dan gas di Sabah berkembang perlahan, memandangkan bilangan pakar dan tenaga terlatihnya yang terhad.
Rosalam berkata inilah sebab utama hubungan rapat perlu diwujudkan antara Petronas dan UMS bagi melengkapkan kekuatan masing-masing.
Beliau berkata kepakaran dan keupayaan praktikal Petronas serta program akademik UMS yang padu, akan menyumbang kepada pertumbuhan rangkaian nilai yang tinggi dalam industri minyak dan gas.
“UMS boleh melahirkan modal insan terlatih yang diperlukan untuk pelbagai aktiviti Petronas seperti penerokaan, pengeluaran dan operasi huluan, dan Petronas pula menyediakan tempat untuk pelajar mendalami cabaran sebenar industri itu.
“Selain itu, kepakaran dan keupayaan amali pegawai Petronas juga diperlukan untuk membantu memperkukuh program menerusi syarahan industri dan pertukaran pegawai,” katanya.
“Sabah menyumbang lebih daripada satu perempat keluaran minyak mentah dan gas negara, menyediakan keperluan tenaga yang diperlukan negeri itu. Di sinilah Petronas boleh memain peranan dengan meluaskan sokongan dalam menguasai kekayaan baharu menerusi latihan kepada graduan kejuruteraan serta teknokrat dalam bidang kejuruteraan minyak dan gas.
“Memang selama ini Petronas menyokong penuntut Sabah, terutama membabitkan pengajian dalam negara dan seberang laut sebagai tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), namun pembangunan sumber manusia dalam bidang ini wajar dilihat melepasi CSR,” katanya kepada Bernama di sini.
Rosalam berkata setelah mengenal pasti potensi minyak dan gas di rantau ini, UMS berpendapat bahawa isu sumber manusia, peringkat tinggi dan rendah, untuk operasi huluan dan hiliran.
Memandangkan UMS mempunyai kapasiti untuk melatih modan insan menerusi Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas turut diperkenalkan, katanya.
UMS ialah institusi pendidikan tinggi tempatan pertama yang menawarkan program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas, dan program 18 bulan itu bermula September ini, sekaligus meletakkan UMS sebagai institusi keempat di dunia yang menawarkan program itu selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Scotland.
Beliau berkata program itu bermatlamat menyediakan kumpulan graduan berkualiti dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi kehendak sektor minyak dan gas yang tinggi.
Sementara itu, Petronas kini membina Pusat Latihan Kimanis yang dijangka siap menjelang 2013. Dalam tempoh pembinaan itu, Petronas memulakan latihan kumpulan pertama 25 penuntut di Membakut sejak Julai.
Memang betul Sabah adalah penyumbang besar minyak dan gas di Malaysia. Kita patut diberikan lebih banyak peluang dalam industri ini.
BalasPadamSabah mampu menjadi lebih maju lagi dalam industri ini, kita hanya perlukan peluang.
BalasPadamSemoga usaha ini dapat merealisasikan apa yang ingin dicapai oleh kedua2 pihak.
BalasPadamPasti ini akan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi graduan dan dapat berdaya saing dalam memajukan industri ini.
BalasPadampetronas dan UMS perlu bekerjasama dalam membangunkan industri minyak dan gas negara.
BalasPadamDisamping usaha ini juga akan meningkatkan lagi nama UMS dan dapat menarik lagi ramai pelajar untuk menuntut ilmu di UMS.
BalasPadamdiharap dengan adanya program pengajian untuk kejuruteraan minyak dan gas dan Pusat Latihan Kimanis, penduduk jati Sabah mengambil peluang ini sepenuhnya agar mereka dapat memenuhi tawaran kerja dalam sektor minyak dan gas di masa akan datang.
BalasPadamsaya pasti ramai yang berminat dalam sektor ini kerana ia menawarkan gaji yang agak lumayan.
BalasPadamJika kadar royalti minyak Sabah tidak dinaikkan buat masa ini, diharapkan sekurang-kurangnya penduduk Sabah sendiri yang akan mendominasi industri minyak dan gas yang terdapat di Sabah. apapun, rakyat Sabah kena lebih berusaha untuk merealisasikannya.
BalasPadamDiharap dengan kerjasama tersebut dapat melahirkan ramai pakar.
BalasPadamBanyak bidang kerja dalam industri, moga2 ramai rakyat tempatan yang mengisi jawatan2 tu.
BalasPadamHarap2 ini dapat membantu lebih untuk menaikkan ekonomi Sabah.
BalasPadamkerjasama antara UMS dan Petronas adalah perlu untuk melahirkan modal insan tempatan yang berkemahiran dalam industri ini agar pembangunan minyak dan gas di sabah dapat berkembang pesat.
BalasPadamsabah merupakan penyumbang utama minyak dan gas negara...maka peluang yang lebih besar harus diberikan kepada syarikat tempatan untuk mengekploitasi industri ini di sabah..di samping itu peluang pekerjaan yang wujud harus diberikan kepada rakyat tempatan sabah..
BalasPadamharap UMS akan dapat melahirkan ramai graduan yang berkualiti dalam bidang kejuruteraan minyak dan gas.
BalasPadamsetuju denga Jason engkang, peluang yang lebih besar perlu diberikan kepada syarikat tempatan untuk terlibat dalam industri ini di Sabah.
BalasPadamPerubahan dan kemajuan akan dapat dilihat jika lebih banyak peluang diberikan kepada penduduk Sabah
BalasPadamSemoga UMS dapat melahirkan graduan yang berkualiti dalam bidang Minyak dan Gas ini.
BalasPadamKelebihan dan peluang harus diutamakan kepada rakyat Sabah. Tiada guna jika Sabah penyumbang minyak dan gas utama negara jika rakyat Sabah sendiri diabaikan.
BalasPadam"Sabah yang merupakan antara penyumbang utama minyak dan gas negara, berpotensi besar menjadi antara kuasa ekonomi utama dalam negara berdasarkan rizab minyak dan gasnya"
BalasPadamPunya sedap ayat ni dibaca dan kalaulah royalti dapat ditingkatkan lagi best. hehe
Harap Sabahan akan tetap dapat manfaat daripada kelebihan sumber yang ada.
BalasPadamKalaulah Sabahan dapat peluang untuk tonjolkan kelebihan yang ada, rasanya Sabah boleh pergi lebih jauh lagi.
BalasPadamJadi petronas harus buka peluang itu dan biarkan Sabahan buktikan kemampuan yang ada:)
BalasPadamHarap keutamaan untuk Sabahan dapat diutamakan.
BalasPadamharap prestasi pembangunan Sabah terus meningkat dan seterusnya dapat mengubah kedudukannya iaitu bukan lagi sebagai negeri termiskin di Malaysia.
BalasPadamsemoga lebih banyak belia Sabah yang akan diberi peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas ini.
BalasPadamIni adalah idea yang baik, Sabah boleh 'melahirkan' lebih banyak pakar yang mahir dalam industri ini. Kadar pengangguran juga boleh dikurangkan, hidup rakyat juga akan berubah!
BalasPadam"..inilah sebab utama hubungan rapat perlu diwujudkan antara Petronas dan UMS bagi melengkapkan kekuatan masing-masing."
BalasPadamusaha yang patut dipuji!
Harap lebih ramai belia Sabah menceburi diri dalam industri tersebut.
BalasPadamItu sudah pasti, Sabah antara pengeluar utama minyak kepada negara. Jadi Sabah mesti mendapat lebih dari apa yang ada sekarang ini.
BalasPadambetul tu Tanpa Nama.. saya juga harap supaya dimasa akan datang lebih ramai belia2 sabah yang terlibat dengan industri ini..
BalasPadamSebagai negeri pengeluar minyak, seharusnya kerajaan mengambil insentif untuk memberikan graduan kita mengenali dan mahir dalam bidang Minyak dan Gas ini. Sekarang kita boleh nampak kebanyakan adalah orang luar yang menguruskannya. Bila orang Sabah diberikan peluang ini.
BalasPadamProgram pengajian untuk kejuruteraan minyak dan gas dan Pusat Latihan Kimanis memang dapat menghasilkan lebih ramai full-skilled engineer yang boleh mempertingkatkan kualiti kerja dan pentadbiran yang wajar.
BalasPadamTeruskan usaha memajukan lagi industri minyak dan gas di Sabah yang memang boleh mengubah taraf hidup dan ekonomi untuk orang Sabahan.
BalasPadamHarap memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Sabahan. Memupuk lebih ramai graduate yang berkemahiran menceburi industri yang berpotensi tinggi dimasa akan datang.
BalasPadamPlease give more opportunity to the local to involve them self in the oil and gas industries. Im sure they are plenty of graduate that are qualified to fill the right position..
BalasPadamBeri peluang kepada orang tempatan untuk membuktikan bahawa mereka cukup berpotensi memegang jawatan penting. Seharusnya diberi keutamaan kepada orang Sabahan sedangkan Sabah merupakan penyumbang utama minyak dan gas negara.
BalasPadamIts a great idea to prioritized the Sabahan especially there are many right candidate that skillful and experience... Just awaiting right chance to proven themself.
BalasPadamJika loyalty untuk Sabah dipertingkatkan lagi.. Semua Sabahan akan lebih berterima kasih dan syukur kepada BN..
BalasPadamPusat latihan di Kimanis memang satu cadangan dan projek yang paling memanfaatkan.. Memang ramai pemuda-pemudi boleh mendapat latihan professional dan menceburi bidang minyak petroleum.
BalasPadamUMS ialah institusi pendidikan tinggi tempatan pertama yang menawarkan program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas, dan program 18 bulan itu bermula September ini, sekaligus meletakkan UMS sebagai institusi keempat di dunia yang menawarkan program itu selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Scotland.
BalasPadamWow.. Glad to know about these. Im sure UMS can trains more professional graduate and work for Petronas. Both gain advantages!
Oil and gas industries can creates many opportunites to the local people. Hope this may help to improve their living standard and boost Sabah economy.. Good luck!
BalasPadamMemang betul.
BalasPadamCorrect but still, we are far behind.
BalasPadamSo we deserve more.
BalasPadamMengapa Sabah selalu dilayan sedemikian?Adakah kerana sikap kita yang gemar menolong namun tidak ditolong?
BalasPadamSo provide more things for us.
BalasPadam