Selasa, Ogos 16, 2011

PATI MESTI BALIK DAPATKAN DOKUMEN BOLEH KEMBALI KE SABAH

Pekerja pendatang tanpa izin mesti pulang: Dompok

KOTA KINABALU 15th August, 2011: Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Tan Sri Bernard Dompok berkata pekerja tanpa izin terutama dalam industri kelapa sawit di Sabah di bawah program pengampunan hendaklah balik ke negara asal masing-masing.

Beliau berkata pendatang tanpa izin yang masuk ke negeri ini secara haram hendaklah pulang ke negara asal masing-masing kerana Sabah tidak lagi mengiktiraf kemasukan mereka.

“Mereka (pekerja tanpa izin) perlu balik ke negara mereka dan mendapatkan dokumen yang sah dari negara mereka. Hanya dengan itu, mereka boleh kembali ke Sabah untuk bekerja secara sah,” katanya selepas merasmikan gerai penjaja di tanah simpanan kerajaan di Kampung Nosoob Baru di sini.

Beliau mengulas permintaan pengusaha ladang kelapa sawit untuk membenarkan pekerja pendatang tanpa izin untuk kekal bekerja di Sabah dan bekerja di estet-estet di negeri ini selepas mendaftarkan mereka di bawah program pengampunan itu.

Dompok meningkatkan majikan bahawa Sabah sudah membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin ini empat kali iaitu pada 1997, 1998, 2008 dan 2009, tetapi memutuskan untuk tidak menerus- kannya lagi kerana ianya boleh kebanjiran pekerja tanpa izin yang baru masuk ke negara ini secara haram.

44 ulasan:

  1. Hope that those who are already registered will follow the right procedure.

    BalasPadam
  2. Good luck with the amnesty program, hope that it successfully reduce the presence of illegal immigrants.

    BalasPadam
  3. ya.. mana hendaklah balik ke negara mereka dan mendapatkan dokumen yang sah jika hendak kembali ke Sabah.

    BalasPadam
  4. lebih baik mereka bali secara sukarela sebelum operasi besar-esaran dilakukan untuk mengusir PATI

    BalasPadam
  5. ya..pedatang yang masuk secara tidak sah perlu balik ke negara mereka di bawah program pengampunan sebelum penguatkuasaan besar-besaran dilakukan.

    BalasPadam
  6. pati perlulah mengikut peraturan agar mereka tidak menghadapi masalah nanti. harap masalah pati ini akan dapat diselesaikan melalui program 5P ini.

    BalasPadam
  7. Semoga kerajaan Sabah bersungguh-sungguh dalam menangani kebanjiran PATI di negeri ini. Halau atau ambil tindakan tegas terhadap PATI yang ingkar. MEreka hanya akan membawa lebih banyak masalah di negeri ini.

    BalasPadam
  8. Ok lagi itu PATI Timor daripada pilak2. Mereka sudahlah biadab, suka menimbulkan masalah dan mengancam keselamatan orang awam. Tentu masih ramai di kalangan PATI2 ini yang belum mendaftar. Selepas tamat program 5P ini, mulakan operasi membanteras PATI dengan ketat.

    BalasPadam
  9. Para majikan mesti pastikan mereka mengikut prosedur pengambilan pekerja asing dan memastikan pekerja mereka pulang ke negara asal untuk dapatkan dokumen yanh sah bila masuk semula ke negeri ini.

    BalasPadam
  10. Habis tempoh 5P, buat pengusiran besar-besaran. Kerajaan sudah cukup berlembut dengan PATI selama ini.

    BalasPadam
  11. "Dompok meningkatkan majikan bahawa Sabah sudah membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin ini empat kali iaitu pada 1997, 1998, 2008 dan 2009, tetapi memutuskan untuk tidak menerus- kannya lagi.."

    itulah yang sebaiknya. kemasukan warga asing ini harus dikawal.

    BalasPadam
  12. PATI ni mahukah balik ke negara asal mereka? pasti memerlukan kos juga untuk balik. mungkin ada yang sabggup jadi PATI selama2.

    BalasPadam
  13. Jadi harap PATI sekalian dapat melaksanakan tugas itu.Jika ingin masuk ke Negeri ini pastikan membawa dokumen yang Sah untuk masuk semula.

    BalasPadam
  14. Sabah bukan tempat PATI berkumpul/berkampung. Harap2 PATI berkurangan.

    BalasPadam
  15. PATI perlu melalui proses yang sah sekiranya mahu bekerja di Sabah.

    BalasPadam
  16. Balik dulu pergi negara sendiri selesaikan dokumen disana barulah datang semula ke Sabah dengan cara yang betul.

    BalasPadam
  17. “Mereka (pekerja tanpa izin) perlu balik ke negara mereka dan mendapatkan dokumen yang sah dari negara mereka. Hanya dengan itu, mereka boleh kembali ke Sabah untuk bekerja secara sah,”

    setuju dengan beliau.

    BalasPadam
  18. harap tidak ada PATI yang bersembunyi..

    BalasPadam
  19. kepada PATI yang tidak mendaftar dalam program 5P, jangan diberi peluang lagi untuk masuk ke Sabah jika tertangkap.

    BalasPadam
  20. yang penting, kerajaan harus teruskan usaha membasmi PATI di Sabah.

    BalasPadam
  21. semoga masalah PATI berkurangan selepas dihantar balik ke negara asal mereka

    BalasPadam
  22. Jangan ada PATI yang membuat dokumen palsu. Perlu dipantau masa ke semasa untuk memastikan semua PATI mempunyai dokumen yang sah untuk masuk ke negara kita.

    BalasPadam
  23. Harap semua PATI mematuhi undang-undang negara supaya tidak mengancam ketenteraman negara selepas kehadiran PATI ini.

    BalasPadam
  24. PATI yang gagal mendaftarkan diri dalam tempoh diberi, "black list" mereka dan memberi hukuman 5 tahun tidak boleh masuk ke negara kami lagi.

    BalasPadam
  25. Gaile berkata...
    Semoga kerajaan Sabah bersungguh-sungguh dalam menangani kebanjiran PATI di negeri ini. Halau atau ambil tindakan tegas terhadap PATI yang ingkar. MEreka hanya akan membawa lebih banyak masalah di negeri ini.

    Betul kata Gaile, tindakan perlu diambil terhadap PATI yang gagal daftarkan diri. Jumlah PATI semakin berleluasa dan ini seakan-akan menggugat ketenteraman negara.

    BalasPadam
  26. Berterima kasih dengan USAHA kempen 5p ni. Semua anggota yang terlibat sememangnya berusaha menyelesaikan masalah PATI. Syabas!

    BalasPadam
  27. tindakan tegas perlu diambil kepada PATI..

    BalasPadam
  28. kerajaan telah berusaha untuk menyelesaikan isu PATI di sabah melalui program 5P..

    kerjasama dari semua pihak amat perlu untuk menjayakan program ini..

    BalasPadam
  29. penjelasan sudah diberikan oleh menteri berkenaan..
    mnana2 majikan yang tidak mengikut cara yang betul ini, tindakan tegas harus dikenakan kepada mereka.

    BalasPadam
  30. Finally, we have a better solution for this.

    BalasPadam
  31. para majikan patut bekerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kebanjiran pekerja asing ini. sekurang2nya bantu la kerajaan mengawal kemasukan mereka. lain la kalau para majikan ini sanggup menanggung kos penghantaran mereka balik ke negara asal.

    BalasPadam
  32. kerajaan patut menguatkuasakan cadangan melarang para pekerja asing membawa tanggungan mereka bersama ke negara ini. tindakan ini bagi saya bukan kejam, tetapi untuk melindungi kedaulatan negara kita.

    BalasPadam
  33. Cari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah PATI ini. Teruskan usaha kerajaan untuk memastikan PATI berkurangan.

    BalasPadam
  34. Ini baru la satu seruhan tepat.

    BalasPadam
  35. Cara ini sememangnya betul.

    BalasPadam
  36. PATI telah timbul banyak masalah dan mengancam ketenteraman negara. Seharusnya mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak bekerja-sama dengan kempen kerajaan.

    BalasPadam
  37. Kepada PATI yang tidak mempunyai dokumen yang sah, seharusnya dihantar balik dan memberi hukuman selama beberapa tahun tidak diizinkan masuk dan bekerja di Malaysia.

    BalasPadam
  38. Kemasukan warga asing ini harus dikawal, jika tidak, banyak lagi kempen perlu dijalankan, ini cuma menyelesaikan masalah tetapi cara pencegahan adalah lebih penting.

    BalasPadam
  39. Masalah PATI semakin hangat rasanya. Kami berharap kempen membasmi PATI berjaya dan masalah sebegini tidak berulang dimasa akan datang. Jika tidak, setiap tahun ada 6P..

    BalasPadam
  40. We hope for ZERO PATI in Malaysia. Keep going..

    BalasPadam
  41. Of courselah they have no rights to stay any longer anymore...

    BalasPadam
  42. I'm sure the people are happy to hear this. Hope this will go smooth...it's time to pack your bags and go.

    BalasPadam