Rabu, Mei 05, 2010

MAKMAL KHAS URUS WARGA ASING MULA BEROPERASI

MAKMAL KHAS URUS WARGA ASING MULA BEROPERASI

0505-lead-1

MUSA (tiga kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Wisma Innoprise, kelmarin. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman (empat kanan).

5th May, 2010

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, Makmal Khas bagi pengurusan warga asing ditubuhkan di negeri ini selama empat minggu dan mula beroperasi kelmarin.

Katanya, penubuhan Makmal Khas warga asing itu bertujuan untuk memperkemaskan pengurusan dan sistem kemasukan, pemantauan dan pengesanan warga asing yang berada di Sabah.

“Seramai 30 orang pegawai kerajaan daripada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang masing-masing telah dipilih terlibat sepenuh masa dalam makmal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Wisma Innoprise di sini, kelmarin.

Katanya, mereka akan dibantu oleh tiga orang daripada pemudah cara iaitu dua daripadanya dari Unit Pengurusan Prestasi (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) cawangan Sabah.

“Antara bidang-bidang pengurusan yang ingin dihasilkan oleh Makmal Khas ini ialah untuk mendapatkan data terkini warga asing yang berada di Sabah mengikut kategori warga asing yang datang secara sah dan Pendatang Tanpa Izin (PATI), kewarganegaraan, jenis pekerjaan, sektor dan industri yang melibatkan warga asing,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, sebelum ini Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mahu agar makmal pengurusan khas warga asing ditubuhkan di Sabah

Selain itu, katanya, Makmal Khas itu juga akan menilai semula kos faedah warga asing dalam sub sektor sasaran seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan pelancongan.

Ia juga katanya, untuk menilai pengurusan yang baik mengenai cara pengurusan warga asing di negara-negara lain dan melihat kesesuaiannya untuk dilaksanakan di Sabah.

Selain itu, Makmal Khas itu juga, katanya, akan menilai opsyen dan proses yang boleh diperkemaskan bagi pengurusan kemasukan warga asing di negeri ini dan membuat rekomendasi penyelesaian yang baik serta kos yang lebih efektif.

Dalam pada itu, Musa berkata, Operasi Bersepadu fasa 3 untuk mengesan PATI di negeri ini mula dilancarkan kelmarin meliputi semua kawasan di seluruh Sabah membabitkan 24 siri.

Katanya, kerajaan amat prihatin dan serius dalam usahanya untuk menangani masalah kehadiran PATI di negeri ini.

Beliau berkata, Pusat Tahanan di negeri ini mencukupi yang boleh menampung 12,000 dalam satu-satu masa untuk menempatkanPATI yang ditahan dalam operasi itu, dengan Pusat Tahanan di Papar sudah pun siap di samping Pusat Tahanan di Tawau dan Sandakan yang sudah diubah suai.

Sementara itu, Musa berkata keadaan keselamatan di negeri ini sehingga hari ini berada dalam keadaan yang baik dan terkawal.

Beliau berkata, tidak ada kelihatan sebarang ancaman besar yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini, hasil daripada penguatkuasaan keselamatan daripada agensi keselamatan di negeri ini.

50 ulasan:

  1. satu langkah yang sememangnya amat dinantikan2 oleh rakyat sabah daripada kerajaan..dengan adanya makmal khas ini diharap mampu memberikan satu langkah penyelesaian berhubung dengan kebanjiran warga asing khususnya PATI di negeri ini..syabas dan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan dan usaha yang dijalankan untuk kesejahteraan rakyat dan negeri...

    BalasPadam
  2. Memang satu langkah yang baik untuk mengekang kemasukan PTI di Sabah yang semakin banyak.

    BalasPadam
  3. Good job. Now I can sit back and relax.At last, there is something to curb the flocking of PTIs. I hate them.

    BalasPadam
  4. Harap apa yang diusahakan menampakkan kesan positif dalam menangani masalah PTI....

    BalasPadam
  5. Kerajaan sudah bertindak sekian lama, bila lagi rakyat akan bertindak?

    BalasPadam
  6. Kerajaan sudah bertindak, rakyat bila lagi akan bertindak?

    BalasPadam
  7. 这是最要的方药。毕竟沙巴人才是真正的本地人,而不是非法外劳,一直缠着我门。我都快要晕了。

    BalasPadam
  8. Still people give the PTIs a hope here, when will people ban the PTIs from renting any houses or room...?? i wonder how i wonder why????

    BalasPadam
  9. They don't even belong here why should we treat them good, but hopefully these program can make a new step and hope to settle the issue!

    BalasPadam
  10. I hope there will be more program like this to ends our nightmare... Free from PTIs.. sure can!

    BalasPadam
  11. Sudah sampai masanya kerajaan perlu menubuhankan makmal khas bagi warga asing untuk memperkemaskan lagi sistem pengurusan dan sistem kemasukan, pemantauan dan pengesanan warga asing yang berada di Sabah.

    BalasPadam
  12. sepatutnya ianya diusahakan lama suda tapi masih belum terlewat lagi untuk kita meneruskan usaha dalam menyelesaikan masalah PTI yang sekian lama menjadi isu berbangkit....

    BalasPadam
  13. Asalkan ia sudah beroperasi,maka segalanya akan berjalan spt biasa.

    BalasPadam
  14. This lab should be done few years ago. The flooding of illegal immigrants in Sabah are increasing. I hope this method works. I can't stand to see them messing around KK.Annoying.

    BalasPadam
  15. Pegawai yang ditugaskan haruslah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, kerana isu PTI yang berada di negeri ini sangat membimbangkan dan perlu ada pengawalannya samada membuat pemantauan atau pengesaan warga asing yang berada di negeri ini.

    BalasPadam
  16. Keprihatinan kerajaan dalam menagani kehadiran PTI di negeri ini amatlah digalakkan. Ini kerana kehadiran PTI di negeri ini sangat membimbangkan kerana jumlah PTI yang berada di negeri ini sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

    BalasPadam
  17. Kerajaan harus menghadkan tempoh masa perkhidmatan bagi warga PTI yang bekerja di pelbagai sector di negeri ini agar dapat menghantar warga PTI ini ke Negara masing-masing. Kerana kehadiran warga PTI di negeri ni juga mengundang pelbagai masalah, seperti jenayah dsbnya kepada rakyat khususnya di negeri sabah.

    BalasPadam
  18. Makmal khas urus warga asing yang mula beroperasi ini juga perlu menjalankan pelbagai sistem. Selain sistem pengurusan dan sistem kemasukan, sistem pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan agar warga PTI yang mengalami pelbagai penyakit perlu di hantar balik ke Negara meraka. Dengan cara ini juga kerajaan mampu mengurangkan kebanjiran warga PTI yang berada di negeri ini.

    BalasPadam
  19. Makmal khas urus warga asing yang mula beroperasi ini juga perlu menjalankan pelbagai sistem. Selain sistem pengurusan dan sistem kemasukan, sistem pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan agar warga PTI yang mengalami pelbagai penyakit perlu di hantar balik ke Negara meraka. Dengan cara ini juga kerajaan mampu mengurangkan kebanjiran warga PTI yang berada di negeri ini.

    BalasPadam
  20. Harap saja makmal khas ini dapat membantu pendatang asing yang sah dan yang secara tanpa izin mendapat kerja yang ditentukan oleh kerajaan.

    BalasPadam
  21. Penahanan terhadap warga PTI di negeri ini juga perlu dilakukan sekiranya tidak memiliki sebarang maklumat peribadi. Kerana hanya 1.9 juta warga asing yang didaftarkan di Malaysia sehingga 31st Dis 2009, bagaimanapun 1:1 daripada warga asing ini tidak berdaftar dan berada di Negara ini sekian lamanya. Perkara ini harus dipandang serius oleh pihak-pihak berwajib. Tindakan tegas bagi menangani warga PTI di Negara ini khususnya di negeri sabah perlu ada penyelesaiannya.

    BalasPadam
  22. Ini juga sampai sudah masanya untuk bertindak demikian. Saya sokong kerajaan saya!! :)

    BalasPadam
  23. ini adalah bukti kerajaan yang sentiasa perihatin dan memandang serius dengan kewujudan PATI di sabah.

    BalasPadam
  24. hopefully, with the establishment of this laboratory, the government can reduce the number of PATI in Sabah and the most important thing is to reduce workers among legal or illegal immigrants. well done..

    BalasPadam
  25. Adalah satu perkara yang baik kerana pendekatan sebegini la harus diterapkan.

    BalasPadam
  26. well, sememangnya usaha sedemikian daripada kerajaan sudah lama dinantikan oleh rakyat sabah...kerajaan nmpknya memandang serius mengenai isu pendatang asing terutama sekali pendatang haram di negeri ini...

    BalasPadam
  27. Baguslah kalau ada tindakan mengurus warga asing. Kalau dibiarkan sahaja, entah apa akan berlaku nanti.

    BalasPadam
  28. Harap kerajaan akan terus berusaha menangani warga asing yang berleluasa di negara kita. Terutama di Sabah.

    BalasPadam
  29. Selain itu, Makmal Khas itu juga, katanya, akan menilai opsyen dan proses yang boleh diperkemaskan bagi pengurusan kemasukan warga asing di negeri ini dan membuat rekomendasi penyelesaian yang baik serta kos yang lebih efektif.

    Sabah has spent lots of bucks in sending them home.So with the existence of this lab, I'm sure we can cut more costs and save those $ for development..we still have rural areas to care about.

    BalasPadam
  30. Every moves from the government to monitor the foreign workers will get the people's support.

    BalasPadam
  31. The operation that was launched will track down the illegal immigrants and put them under arrest. The neighboring country should bear the cost of shipping these immigrants back to their home land. This is mostly their faults anyway, they should also bear parts of the responsibility.

    BalasPadam
  32. good effort from the govt to solve the illegal migrant in sabah......

    BalasPadam
  33. Kalau menahan dorang dalam pusat tahanan pun bukan cara yang tetap. Adakah ada idea lain yang boleh selesaikan masalah PTI secara tetap? Haiz, memang susah betul PTI ini.

    BalasPadam
  34. Yes, holding them under arrest may not be a permanent solution, but at the moment, it is better than no actions at all. The longer we wait to take action, the more trouble we will face in the future. So I do hope this Lab will really work out.

    BalasPadam
  35. Kerajaan juga perlukan kerjasama daripada rakyat jelata, kalau ternampak sarang PTI, perlu lapor dengan polis. Dengan usaha bersama, pasti kita boleh menghalau PTI dari tempat kita.

    BalasPadam
  36. Cara yang terbaik untuk mengurangkan kehadiran PTI yang berada di negeri ini ialah dengan menghantar balik ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  37. We need to beef up our security.

    BalasPadam
  38. Diharapkan agar keputusan menjangkau pemerhatian semua.

    BalasPadam
  39. memang la mo c hapus trus ni 'penyakit' susah neh...namun, jika usaha seumpama diteruskan serta diperbaiki, sedikit sebanyak boleh mengurangkan serta mengawal kemasukkan pendatang asing di negara kita...moga2 sabah bebas dari pendatang asing tanpa izin...!!!

    BalasPadam
  40. I'm waiting for the ' clearance of expired stocks '. I can't wait to see the normal city again.

    BalasPadam
  41. Makmal khas ini bertujuan untuk mengekang jumlah PTI di Sabah.Diharapkan agar jumlah itu akan berkurangan.Lebihkan serbuan.

    BalasPadam
  42. Bagaimana pula peranan rakyat Sabah Sendiri?

    BalasPadam
  43. So how's the progress now?

    BalasPadam
  44. I guess it is still in the progress to identify. Hopefully something positive can be achieved.

    BalasPadam
  45. Kita kita, hantar balik bukan masalah, tapi macam mana boleh menghalang mereka daripada kembali ke sini?

    BalasPadam
  46. Harap ada perkembangan positif daripada makmal khas ini.

    BalasPadam
  47. rakyat sabah haruslah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada makmal ini dengan memberikan maklumat2 yang berkaitan dengan pendatang asing di tempat masing2...dengan ini, maka makmal ini dapat berfungsi dengan lebih efisien...

    BalasPadam
  48. Kita perlu tunggu laporan dulu. Lepas tu, kita cari kelemahan dan membuat penukaran supaya boleh mendapat keputusan optimum.

    BalasPadam
  49. With the new method, I think it will help to reduce the number of it.At least.

    BalasPadam