Satu Lagi Barisan Pembangkang Muncul Di Sabah?
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Pelancaran parti STAR Sabah pada Jumaat lepas mungkin tidak disedari banyak pihak jika tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sekretariatnya pada petang Selasa.
Bagaimanapun, perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah apabila kenyataan itu menyebut bahawa majlis pelancaran itu akan turut dihadiri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang diketahui ramai sedang giat berusaha untuk membentuk barisan pembangkang yang dianggotai parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Selain kumpulan pendesak yang beliau ketuai, dikenali UBF, setakat ini, Jeffrey telah berjaya menarik Parti Maju Sabah (SAPP) dan sebuah lagi parti yang belum didaftarkan iaitu Usno Baru, untuk menyertai gabungan itu yang dinamakan Perikatan Borneo.
Terkini, gabungan itu dikatakan akan mendapat anggota baru, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang ditubuhkan di Sarawak.
Penganalisis politik dan orang dalam parti itu berkata Jeffrey, yang juga bekas naib presiden PKR, cuba mendaftarkan UBF sebagai parti politik tahun lepas tetapi tidak berhasil.
Mungkin itulah sebabnya STAR bersetuju melebarkan sayapnya ke Sabah walaupun parti itu tidak aktif sejak sekian lama.
Ada pihak berkata parti itu bersetuju menjadikan Jeffrey sebagai pemimpin utamanya di Sabah, dan selepas itu menarik parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk pakatan dikenali sebagai "Perikatan Borneo Bersatu (UBA).
Pengulas politik percaya Jeffrey menjadikan UBF sebagai alat untuk membolehkannya diterima oleh STAR dan seterusnya menjadi pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, penganalaisis politik berkata pembentukan sebuah lagi parti gabungan pelbagai etnik di Sabah, khususnya dalam kalangan parti pembangkang, akan hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu berikutan kecenderungan penggerak utama masing-masing untuk mengubah sokongan atau menubuhkan parti baru setiap kali menjelang pilihan raya.
Mereka akan bercakaran sesama sendiri, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
"Mereka tak akan ada peluang untuk menang. Ini samalah dengan perpecahan yang berlaku dalam gabungan parti pembangkang sebelum ini. Pembangkang akan mengalami masalah besar apabila mereka berpecah," katanya.
Beliau berkata malah, banyak pihak percaya pembentukan pakatan pembangkang Borneo itu lebih merupakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan STAR-UBF memberi tumpuan untuk menarik undi masyarakat pribumi Sabah (Kadazan, Dusun dan Murut), manakala SAPP (Cina) dan Usno pula, melalui kerjasama mereka dengan SPF, berharap akan dapat meraih undi Bumiputera Islam.
Bagaimanapun, harapan itu sebenarnya tidak mudah dicapai seperti yang mereka impikan.
"Halangan terbesar ialah perbezaan yang wujud antara penduduk Sabah dan Sarawak. Daripada segi budaya, mereka mungkin ada persamaan, tapi dalam kehidupan sosial, mereka berbeza. Keadaan politik juga amat berbeza antara kedua-dua negeri itu serta rakyatnya," kata beliau.
Sebelum ini, banyak pihak membuat spekulasi bahawa Jeffrey akan mengumumkan secara rasmi rancangan politiknya pada pertengahan bulan lepas iaitu semasa berlangsungnya perhimpunan sempena ulang tahun pertama penubuhan UBF di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku.
Beberapa pengulas politik berkata kehadiran presiden STAR Dr Dripin Sakoi, timbalan presiden SAPP Amde Sidek dan ketua sebuah kumpulan yang cuba menghidupkan kembali Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Datu Badaruddin Tun Mustapha pada perhimpunan itu, membayangkan bahawa Jeffrey sudah hampir mencapai hasratnya untuk menubuhkan UBA.
Amde dilaporkan berkata mereka belum membuat keputusan tentang siapa yang akan menerajui pakatan itu walaupun mengakui isu itu adalah antara perkara yang perlu diselesaikan.
Setakat ini, jawatan yang akan disandang Jeffrey dalam UBA sekiranya penubuhannya menjadi kenyataan masih menjadi teka-teki memandangkan beliau bukan presiden mana-mana parti politik, manakala UBF pimpinannya pula hanya merupakan sebuah badan bukan kerajaan.
Dr Bilcher Bala berpendapat penubuhan sebuah barisan pembangkang yang dianggotai parti berasal dari Sarawak dan Sabah sukar berfungsi dengn baik kerana pandangan dan objektif masing-masing memang berbeza.
"Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kewujudan tiga dunia yang tidak pernah serupa -- Semenanjung, Sabah dan Sarawak," kata beliau.
Bolehkah kuasa ketiga ini mencapai objektif mereka di Sabah dan Sarawak?
BalasPadamBaik kita memerhatikan parti baru ini dulu sebelum melakukan apapa.
BalasPadamKena menggunakan cara yang lebih baik. Salah ni...
BalasPadamMemang mengecewakan tak guna.
BalasPadamPembangkang akan kalah jika banyak yang pecah undi.
BalasPadamBN jangan terlalu leka walaupun masih ada kemungkinan mereka akan menang. Banyak yang atas pagar juga sekarang.
BalasPadampolitik Sabah pastinya menjadi tumpuan banyak pihak dengan perkembangan sekarang ini.
BalasPadamsemakin banyak parti di Sabah ni. ini mewujudkan lebih banyak persingan.
BalasPadamapa pun, yang penting rakyat perlu membuat pilihan dengan bijak dan tepat.
BalasPadambiarlah rakyat menentukan nasib sesebuah parti itu di PRU-13 nanti
BalasPadamharap parti-parti komponen BN di Sabah dapat bersatu-hati, bersatu tenaga dan bersama-sama untuk memajukan negeri ini
BalasPadammemang penduduk Sabah mahukan negeri ini aman dan damai tanpa adanya sifat perkauman atau iri-hati di antara satu sama lain
BalasPadamnegara ini tentu akan menjadi aman-damai jika sesebuah parti itu ditubuhkan berdasarkan matlamat untuk masyarakat yang adil, bebas dan saksama tidak mengira bangsa, agama, kepercayaan atau jantina.
BalasPadampolitik perkauman yang tidak sihat sudah tentunya akan memecah-belahkan rakyat yang berbilang kaum di Sabah
BalasPadamBN akan menang sebab pembangkang di Sabah tidak cukup kuat, tiada kesepakatan.
BalasPadamUsaha pembangkan memang banyak utk kalahkan BN tapi kalau berterusan mcm ni susah juga sebab pembakang banyak sangat cabang konpom bebagi undi. huhu
BalasPadamBiarpun BN dijangka menang, harap BN tak ambil mudah hal ni kerana apa-apa pun boleh berlaku selagi keputusan belum diumum.
BalasPadamPastikan juga semua pihak bersaing secara adil dan tak perlu saling menjatuhkan kerana ia hanya akan memecahbelahkan keharmonian negara.
BalasPadamJadi rakyat yang bijak, nilai secara matang dan buatlah pilihan yang tepat.
BalasPadamSelebihnya kita berdoa agar calon yang terbaik mennag:)
BalasPadamBN will definitely win again because there are many opposition parties in sabah.
BalasPadamWould be nice to have a one on one battle. THen only it would be a good fight.
BalasPadamNevertheless, i hope the best party wins in the election.
BalasPadammereka merancang nak menubuhkan perikatan Borneo, kita tgklah adakah ia akan berjaya.
BalasPadamjika ia berjaya ditubuhkan pun, adakah ia akan mendapat sambutan dari rakyat Sabah?
BalasPadamKerajaan BN seharusnya meneruskan usaha untuk memastikan tidak akan ada kerusi yang dimenangi oleh pembangkang selepas ini di Sabah.
BalasPadamTapi rasanya Parti pembangkang tempatan Sabah tidak akan membiarkan parti dari Semenanjung terus menguasai Sabah. Maka itu sungguh mustahil untuk 1 Lawan 1 di Sabah.
BalasPadamAntara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, Sabah lah yang paling berbeza sekali.
BalasPadammungkin ada baiknya juga jika parti yang baru saja ditubuhkan tidak akan bertanding pada PRU yang sudah semakin dekat ini.
BalasPadammungkin itulah yang sedang dikhuatiri oleh Pakatan Rakyat pada saat ini.. kewujudan Pakatan Borneo Bersatu dan STAR pasti akan menutup peluang mereka untuk merampas kerajaan sebagaimana yang berlaku ketika PRK Batu Sapi..
BalasPadamnamun apa2 sahaja boleh berlaku dalam politik lebih2 lagi trend pengundi hari ini lebih berminat dengan parti tempatan yang memperjuangkan isu2 tempatan.. oleh itu, semua parti perlu sentiasa bersedia..
BalasPadammungkin juga perbezaan di antara sabah dan sarawak akan menjadi penghalang..namun harus diingat bahawa sabah dan sarawak akan menjadi the kingmaker pada pru13..yang ketara ialah senario politik di sabah akan bakal berubah pada pru13 dan ini sama ada akan menguntungkan atau tidak kepada bn bergantung kepada rakyat itu sendiri..
BalasPadamI hope all the best for you.
BalasPadamApa pun akan terjadi.
BalasPadamWait and see.
BalasPadambn harus keluar dari zon selesa disebabkan gelaran fix deposit yang diberikan oleh najib ke atas sabah dan sarawak boleh berubah bila2 masa saja..
BalasPadambn harus berusaha untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan isu2 yang membebankan rakyat seperti isu tanah dll..kelalaian dan keangkuhan sesetengah wakil rakyat bn akan menyebabkan bn kalah..
BalasPadamsama ada pembangkang tidak berpeluang atau tidak, ianya terpulang kepada undi rakyat..
BalasPadamkita tunggu dan lihat keputusan pru13 nanti.
BalasPadampembangkang and parti kerajaan tidak sepatutnya terlalu yakin dengan ramalan/tafsiran. Harus mempertingkatkan prestasi masing2.
BalasPadamPRU13 akan menentukan segalanya. mungkin juga pembangkang akan mengalami kekalahan lagi.
BalasPadamParti yang tidak relevan pasti akan disingkirkan.
BalasPadamIm sure another Tsunami politic will come soon. Most of the people has the intention to switch.
BalasPadamSabah may not a deposits to BN anymore especially some leader jump party and may lead to negative impact.
BalasPadamRakyat yang akan menentukan kemenangan mana-mana parti. Tiada beza siapa yang menang, yang penting hak & kepentingan penduduk dijamin dan diperlihara.
BalasPadamParti baru masih memerlukan masa untuk membuktikan kebolehan masing-masing.
BalasPadamToo early to jump into conclusion, let the people decide who to win and who to loose.
BalasPadamParti baru memerlukan masa untuk menentukan kebolehannya.
BalasPadamSusah diramal, pasti satu kejutan dari rakyat kepada semua parti di Sabah ini.
BalasPadamTeramat awal untuk dicakap, banyak yang berkemungkinan melompat parti.
BalasPadamTerlalu banyak parti di Sabah, kami memerlukan parti yang betul-betul berkualiti untuk membantu rakyat.
BalasPadamSALAH SATU PARTI YANG BOLEH RAKYAT SABAH PILIH BUAT MASA INI ADALAH PARTI KEADILAN..PARTI KEADILAN BUKAN UNTUK RAKYAT SEMENANJUNG SAHAJA TETAPI UNTUK SABAH DAN SARAWAK. BIAR 1 LAWAN 1... INI BARU DAPAT MENUMBANGKAN KERAJAAN YANG SEDIA YG TIDAK PERNAH MENGAMBIL TAHU HAL RAKYAT TERUTAMA SEKALI DI KAWASAN PEDALAMAN... JIKA SEMUA RAKYAT BERGABUNG SUDAH TENTU PARTI YG TERBAIK AKAN MENANG.....BUKAN ISU BANGSA ATAU AGAMA UNTUK MEMILIH SESEBUAH KERAJAAN...
BalasPadamPolitik Sabah semakin meriah dengan adanya parti yang baru.
BalasPadamParti yang baru perlu mendapatkan kepercayaan rakyat..
BalasPadam