Khamis, Januari 05, 2012

MAS PERLU BAYAR ‘SOGIT’ KEPADA SETIAP RAKYAT SABAH & SARAWAK

MAS Perlu Bayar Penalti Kepada Sabah, Kata Dewan Perniagaan Bumiputera

image KOTA KINABALU, 4 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) perlu membayar penalti adat kepada Sabah berikutan langkah mendadak syarikat penerbangan itu menggantung penerbangan dari ibu negeri ini ke pelbagai destinasi antarabangsa baru-baru ini, kata Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah.

Bendaharinya, Roselan Johar Mohamed menyifatkan keputusan baru-baru ini oleh syarikat penerbangan nasional itu "suatu yang menyedihkan dan lari daripada peranan sebagai model contoh yang sepatutnya ditunjukkan mereka".

"Jika ia dianggap perlu untuk mengurangkan laluan yang tidak menguntungkan dalam Malaysia timur, maka MAS perlu membayar denda adat atau "sogit kepada Sabah dan Sarawak ... lagi pula kami yang terjejas,"

katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Roselan, yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (Cawangan Sabah), berkata demikian sebagai mengulas mengenai penggantungan penerbangan MAS antara Kota Kinabalu-Osaka dari 6 Jan dan Kota Kinabalu-Perth mulai 31 Jan yang boleh menjejaskan industri pelancongan negeri.

Syarikat penerbangan nasional itu juga akan menggantung penerbangan Kota Kinabalu-Haneda mulai 1 Feb dan penerbangan Kota Kinabalu-Seoul dari 21 Feb sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasinya.

Roselan berkata sejak beberapa tahun yang lalu MAS telah mendapat sebahagian penduduk sebagai pelanggan setianya.

"Mereka setia dan sentiasa percaya terhadap MAS sebagai penghubung rakyat Malaysia.

"Rakyat mempunyai peluang untuk menggunakan syarikat-syarikat penerbangan lain, namun mereka masih memilih perjalanan dengan MAS. Apabila kita menggunakan MAS, ringgit kekal di Malaysia dan jika kita menggunakan pesaing, ringgit kita akan mengalir ke luar negara dan imbangan pembayaran akan terjejas.

"MAS perlu mempertimbangkan semua faktor ini serta tanggungjawab korporat apabila membuat keputusan. Sesuatu keputusan drastik hari ini boleh menjadi penyesalan di masa depan," katanya.

Roselan berkata mengurangkan laluan yang tidak menguntungkan bukanlah jawapan kepada mencatatkan keuntungan, tetapi "ia adalah bagaimana seseorang melihat operasi harus dijalankan. MAS mungkin lebih dewasa tetapi tidak bijak. MAS perlu banyak belajar dari AirAsia".

--------------

SC Lulus Cadangan Pertukaran Waran MAS-AirAsia

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan cadangan pertukaran waran antara Malaysian Airline System Bhd (MAS) dengan Airasia Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia Rabu, MAS berkata SC meluluskan cadangan pertukaran waran itu di bawah Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 Malaysia.

Kelulusan itu tertakluk kepada syarat bahawa syarikat itu mestilah mematuhi syarat-syarat berkaitan pelaksanaan cadangan itu seperti yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Ekuiti SC.

15 ulasan:

  1. MAS should pay compensation to Sabah for suspending their flights just like that.

    BalasPadam
  2. Hope that MAS decision to do so will not affect the state's tourism sector.

    BalasPadam
  3. Nah..ini kalilah MAS kena sogit.

    BalasPadam
  4. keputusan yang dibuat MAS menimbulkan pelbagai kesan kepada Sabah.

    BalasPadam
  5. semoga penyelesaian terbaik akan dapat dicari berhubung apa yang telah berlaku.

    BalasPadam
  6. tindakan MAS mengantung penerbangan mmg merugikan Sabah. MAS kena bertanggungjawb

    BalasPadam
  7. apapun, MAS perlu buat perbincangan dulu dgn Sabah bagi mendapatkan jalan terbaik untuk selesaikan isu ini.

    BalasPadam
  8. Sogit MAS..Ganti rugi perlu dikenakan. Tindakan MAS ini memang tidak patut berlaku.

    BalasPadam
  9. perlukah MAS bayar ganti rugi adat?? kalau begitu, mana2 pengusaha pengangkutan samada udara, laut atau darat perlu membayar ganti rugi jika menghentikan operasi.. contohnya, jika pengusaha bas hentikan operasi kerana tidak mampu bersaing dengan pengusaha bas yang lain, wajar dikenakan 'sogit'.. begitu??

    BalasPadam
  10. kalau betul dilaksanakan,, saya yakin syarikat penerbangan asing juga tidak mahu beroperasi di Sabah kerana tidak sanggup berhadapan dengan risiko 'gantirugi adat' sekiranya mereka menghentikan operasi..

    BalasPadam
  11. tindakan MAS seperti memboikot Sabah. Industri Pelancongan Sabah semakin berkembang. tindakan ni akan menjejaskan industri ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan boikot. cuma penerbangan antarabangsa dari sabah tidak laku. tidak patut MAS tanggung rugi nak teruskan juga. orang meniaga mestilah mahu untung.

      Padam
  12. Sekiranya ada dalam kontrak mungkin boleh minta ganti rugi. tapi kalau tiada dalam perjanjian rasanya mana la dapat tu. Ni semua bergantung pada perjanjian yang telah dipersetujui.

    BalasPadam
  13. pasti ada penjelasan dari pihak MAS berhubung tindakan mereka ini. lagipun bukankah MAS dikatakan mengalami masalah kewangan?

    BalasPadam
  14. harap ada yang akan menggantikan penerbangan MAS di laluan2 yang telah dihentikan.

    BalasPadam