Sabah perlu bantuan subsidi harga getah
KOTA KINABALU 22 Ogos - Kerajaan Persekutuan perlu memberi subsidi getah kepada Sabah bagi menyamakan harga getah antara negeri ini dan Semenanjung yang amat tinggi perbezaannya.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, harga getah di negeri ini lebih rendah berbanding di negeri lain berpunca daripada kos pengangkutan, kos pemprosesan dan kos perkhidmatan pembelian yang lebih tinggi.
"Jadi, untuk memastikan kadar harga getah di Sabah sama dengan di Semenanjung, kerajaan Persekutuan hendaklah memberi subsidi harga bagi menampung kos tambahan yang ditanggung pekebun kecil di Sabah," katanya menjawab soalan lisan Datuk Justin Guka (BN-Bingkor) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Tambah Yahya, kedudukan logistik Sabah menyebabkan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) terpaksa menambah kos sebanyak 36 sen sekilogram bagi menghantar getah ke Semenanjung.
Selain itu katanya, kos memproses getah di Sabah adalah lebih tinggi memandangkan semua peralatan dan bahan pemprosesan getah terpaksa diimport dari Semenanjung.
"Malah, bekalan elektrik juga kerap kali terputus mengakibatkan kerugian dan kehilangan masa pengeluaran selain harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada Semenanjung," katanya.
Sementara itu beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan pinjaman sebanyak RM60 juta kepada LIGS untuk tujuan pembayaran pembelian getah kepada pekebun kecil.
"Dengan adanya pinjaman ini LIGS akan membeli secara langsung daripada pekebun-pekebun kecil dengan membayar secara tunai," ujarnya.
memang kebelakangan ini harga getah agak mahal berbanding tahun2 yang sudah lalu tapi LIGS pula yang tiada wang untuk membayar getah pekebun2 kecil.
BalasPadamsetuju juga jika kerajaan memberi subsidi harga getah. kenapa Semenanjung dan Sabah yang berada dalam 1Malaysia tapi perbezaan agak ketara?
BalasPadamdaripada getah tersebut dihantar ke semenanjung untuk diproses bukankah lebih baik jika Sabah memproses sendiri hasil getahnya?
BalasPadamI agree that Sabah rubber sheet prices should be the same as West Malaysia price. Why should Sabah produced rubber sheets be cheaper than our West Malaysian counterparts?
BalasPadamAgree with Say, Sabah should process our own rubber sheets.
BalasPadamya..harap kerajaan persekutuan akan dapat memberikan subsidi getah kepada Sabah.
BalasPadamini diharap akan dapat menyamakan harga getah di negeri ini sama dengan negeri-negeri lain.
BalasPadamperbezaan hrga getah di Sabah dgn kemenajung amat ketara sekali. mmg patut subsidi getah diberikan kepada Sabah. dan amat diharap agar LIGS mempunyai wang untuk membeli getah daripada pekebun.
BalasPadamProposal by Datuk Yahya should be considered.
BalasPadamI am personally agree to Datuk Yahya that there should be a subsidy.
BalasPadamHope to hear good news soon. Way to go Datuk Yahya!
BalasPadamKerajaan negeri kena tegas dan agresif dalam menuntut subsidi daripada kerajaan persekutuan.
BalasPadamSetuju dengan say. Lebih baik peruntukan lebih diberikan agar Sabah dapat memproses getahnya sendiri. Perbezaan harga yang amat ketara tidak menunjukkan semangat 1Malaysia seperti yang dilaung-laungkan.
BalasPadam"..bekalan elektrik juga kerap kali terputus mengakibatkan kerugian dan kehilangan masa pengeluaran selain harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada Semenanjung.."
BalasPadamTarif elektrik sudah naik, SESB kena pastikan perkhimatan yang diberikan pun diperbaiki. Kenapa harga minyak diesel untuk industri di Sabah lebih tinggi?
The federal should give the subsidy. After all, Sabah is in M'sia too. Why there must be a big price difference?
BalasPadamKalau cakap pasal kos, memang kos di Sabah lagi tinggi.
BalasPadamSESB kena bertanggungjawab memastikan pengguna2 menikmati bekalan elektrik pada tahap yang sesuai dengan kenaikan tarff elektrik.
BalasPadamHarap2 nasib pekebun2 kecil dapat dibela & dapat menaikkan taraf ekonomi mereka.
BalasPadamharga getah sabah dan semenanjung harus diseragamkan sesuai dengan konsep 1Malaysia...
BalasPadamkerajaan persekutuan harus memberikan subsidi getah kepada sabah bagi menyamakan harga getah di sabah dengan di semenanjung..
BalasPadamagree with datuk yahya..federal should approve it ASAP...no more delay no more NATO...
BalasPadamkalau rm60 juta itu sudah diluluskan oleh kerajaan, kenapa masih ada aduan bahawa pihak LIGS lambat membuat pembayaran kepada pekebun kecil getah?
BalasPadamkerajaan persekutuan juga patut melihat ketidak-seimbangan yang wujud antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.. bukan sahaja dalam industri getah malah dalam banyak hal..
BalasPadamharga getah di sabah dan semenanjung harus diseragamkan.
BalasPadamItu sudah pasti. Kenapa harga Sabah dan Semenanjung tidak sama? Sedangkan mereka mengeluarkan getah juga tidak ada bezanya. Harap kerajaan jangan terlalu mengutamakan orang semenanjung. Banyak keistimewaan diberikan kepada orang Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak. Inikah keadilan?
BalasPadamJadi 1 Malaysia maka 1 Hargalah. Tidakkan berbeza-beza.
BalasPadamMungkin perkara ini perlulah diberikan perhatian dan perbincangan bagi cadangan ini. Ini demi kebaikkan para penoreh getah di Sabah dan Sarawak.
BalasPadam"Malah, bekalan elektrik juga kerap kali terputus mengakibatkan kerugian dan kehilangan masa pengeluaran selain harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada Semenanjung,"
BalasPadamThink the governmnent should take prompt action to improve its insrastrucure system to ensure enough supply and not to faces risks and losses.
Apakah sebab harga pasaran getah tidak sama di Semenanjung dan Sabah & Sarawak?
BalasPadamPermintaan dah sampai ke tangan kerajaan. Menantikan berita baik dari kerajaan supaya tidak merisikokan pekebun-pekebun..
BalasPadamDue to incomplete infrastructure system around Sabah area that causes the increasing of their processing and transportation costs. Hope the government can study the problem and promptly resolve their limitation and issues.
BalasPadamMay be the government should thoroughly study about such subsidy concept.
BalasPadamJika perkhidmatan dan bekalan SESB dipertingkatkan, memang mengurangkan kos dan kerugian yang dialami. Bekalan electrik perlu dinaik taraf dan kualitinya.
BalasPadamPerlu dikaji dan dirancangn berkenaan dengan konsep subsidi tersebut.. Ini memang akan mengurangkan kerugina yang meraka hadapi terutama harga pasaran yang tidak standard.
BalasPadamHarap kerajaan membuat yang yang terbaik untuk kesemua pekebun ladang getah. Harga pasaran seharunya standard sebab keadaan infra yang berkurangan di Sabah memang meningkatkan kos pemprosesan dan pengangkutan.
BalasPadamCadangan subsidi tersebut memang idea yang pintar untuk membaiki taraf hidup dan ekomoni orang Sabahan. Seharus dikaji dan dilaksanakan demi manfaat kepada semua pekebun dan penoreh getah.
BalasPadamMasalah infrastruktur yang kurang sempurna memang menjadi satu halangan kepada Sabah untuk berkembang. Harap kerajaan meningkatkan lagi sistem tersebut dan ini akan menarik lebih banyak pelabur asing di negeri Sabah.
BalasPadam"Jadi, untuk memastikan kadar harga getah di Sabah sama dengan di Semenanjung, kerajaan Persekutuan hendaklah memberi subsidi harga bagi menampung kos tambahan yang ditanggung pekebun kecil di Sabah," - setuju dengan cadangan beliau
BalasPadamsatu cara ialah penoreh getah perlu menubuhkan sebuah persatuan yang boleh membantu mereka membuat jualan kepingan getah mereka dengan lebih menguntungkan.
BalasPadamberharap pihak kerajaan dan penoreh getah akan dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
BalasPadamKepentingan dan hak-hak rakyat, terutamanya pekebun kecil, harus dijaga oleh pihak yang terlibat
BalasPadamkerajaan negeri perlu mengkaji semula SRIB dengan tujuan membantu orang-orang yang terlibat dalam industri getah.
BalasPadamBagus jugalah kalau subsidi diberi dan harga getah disamaratakan. Pasti ramai pihak gembira.
BalasPadamSemoga cadangan ini mendapat perhatian sewajarnya demi membantu para pekebun getah terutamanya di Sabah.
BalasPadamApa kita tunggu saja lah berita gembira dari kerajaan persekutuan nanti.
BalasPadamentah la og atasan skang harap pagar pagar makan padi...............................
BalasPadam