Khamis, Disember 08, 2011

JUMLAH KERUSI PARLIMEN SABAH & SARAWAK SEKURANG-KURANGNYA SATU PERTIGA MESTI DIPERAKUKAN SELARAS DENGAN DASAR DAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA

PSC Akan Perakukan Cadangan Kekal 34 Peratus Kerusi Parlimen Sarawak Dan Sabah

KUCHING, 8 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan mengemukakan perakuan berikutan beberapa cadangan daripada pelbagai pihak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan 34 peratus peruntukan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak dalam eksesais persempadanan semula nanti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang mempengerusikan pendengaran awam dua hari mulai hari ini berkata, PSC bersimpati dengan beberapa pandangan yang dibawa tiga kumpulan termasuk Parti Keadilan Rakyat Sarawak, DAP Sarawak DAP dan Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA).

"Kita akan pertimbang pelbagai komen dan membuat rumusan," katanya kepada pemberita di sini semasa waktu rehat pada pendengaran awam itu yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini.

Beliau berkata isu itu mengimbas kembali sejarah apabila dua negeri perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu pertiga jumlah kerusi Parlimen selaras dengan dasar dan semangat Perjanjian Malaysia.

Semasa membuat cadangan itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian berkata wakil yang dipilih dan kerajaan negeri perlu memastikan perjanjian yag dibuat pengasas mereka yang memberi hak khas kepada kedua-dua negeri, perlu dipatuhi agar Sarawak tidak menjadi kurang diwakili di peringkat persekutuan.

"Saya tidak mengatakan perkara ini kerana saya dalam pembangkang, kata Baru yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ba'kelalan sambil berkata bahawa masalah itu timbul selepas Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia, meninggalkan semua 15 kerusi Parlimen kepada semenanjung.

Bagaimanapun, dalam proses persempadanan semula, beliau berkata SPR perlu mempertimbang faktor geografi seperti kawasan yang luas terbentang dan jarak selain kepadatan penduduk, jumlah pengundi dan potensi ekonomi sesebuah kawasan.

Sementara itu, anggota PSC dan Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi bersetuju bahawa formula 34-66 peratus perkongsian kuasa perlu dikembalikan dengan melihat pada sempadan kawasan luar bandar yang baharu bagi membolehkan suara penduduk luar bandar didengari.

Ketika ditanya sama ada eksesais persempadanan semula itu sempat dibuat bagi pilihan raya umum ke-13, Ongkili berkata ia merupakan sesuatu yang perlu dibuat susulan oleh SPR.

"Pihak kerajaan dan pembangkang bersikap neutral dalam perkara ini, katanya.

Beberapa cadangan unik bagi Sarawak termasuk pendaftaran pengundi secara automatik, peluang bagi orang di luar pusat mengundi untuk mengundi lebih awal dab menjadikan mandatori bagi stesen radio dan televisyen untuk memberi ruang untuk Barisan Nasional dan pembangkang.

58 ulasan:

  1. Saya rasa kawasan yang besar patut ada kerusi parlimen yang mencukupi supaya tiada kawasan ataupun rakyat yang terpinggir.

    BalasPadam
  2. Harap pembahagian kerusi parlimen akan dijalankan dengan adil kepada semua negeri bersesuaian dengan keperluan setiap kawasan.

    BalasPadam
  3. Negeri Sabah dan Sarawak adalah jauh lebih besar berbanding negeri lain. Oleh itu, adalah wajar kita mendapat kerusi parlimen yang lebih supaya tumpuan boleh diberikan kepada semua kawasan.

    BalasPadam
  4. Kita tunggulah dan lihat adakan kerusi parlimen lebih akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak selepas ini.

    BalasPadam
  5. Harap PSC akan memberi penyelesaian yang bernas mengenai hal ini.

    BalasPadam
  6. Cadangan itu harus diteliti dengan terperinci agar setiap permasalahan yang dihadapi dapat cara2/kaedah2 penyelesaian.

    BalasPadam
  7. Sabah dan sarawak terlalu luas, oleh itu kerusi parlimen perlu ditambah bagi memudahkan pengurusan.

    BalasPadam
  8. harap cadangan tersebut dipertimbangkan dan kerusi tersebut akan ditambah.

    BalasPadam
  9. Buat apa perjanjian dibuat kalau tidak diturutikan? PSC harus buat keputusan yang adil.

    BalasPadam
  10. Semoga rakyat bakal menikmati tranformasi p/raya yang positif, adil dan bersih.

    BalasPadam
  11. pengagihan kerusi yang seimbang juga dapat mengurang kuasa ahli-ahli parlimen dari Semenanjung untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, tanpa sokongan dari Sabah dan Sarawak

    BalasPadam
  12. harus adanya pengagihan kerusi yang seimbang dan adil

    BalasPadam
  13. memandangkan Sabah & Sarawak mempunyai keluasan sempadan yang besar

    BalasPadam
  14. setuju dengan tajuk di atas

    BalasPadam
  15. semoga permintaan penambahan kerusi ini dapat dipersetujukan oleh parlimen

    BalasPadam
  16. sabah dan sarawak perlu sekurang-kurang 35% jumlah kerusi parlimen malaysia selaras dengan perjanjian malaysia..

    BalasPadam
  17. selain itu, ianya juga perlu untuk mengelak semenanjung daripada meminda perlembagaan sesuka hati tanpa persetujuan daripada sabah dan sarawak..

    BalasPadam
  18. atau jumlah kerusi parlimen semenanjung harus dikurangkan jika usul menambah kerusi parlimen sabah dan sarawak sekurang-kurangnya 35% tidak diluluskan.

    BalasPadam
  19. kita tunggu laporan penuh dari PSC..

    BalasPadam
  20. jika diperhatikan, memang perlu penambahan kerusi parlimen di sabah dan sarawak...

    BalasPadam
  21. Setuju wahai anon di atas. Harap penambahan kerusi dipersetujui.

    BalasPadam
  22. Jika penambahan kerus patut dilakukan dan buatlah:)Namun pastikan saja pembahagian kerusi itu nanti dilakukan dengan adil.

    BalasPadam
  23. Apapun, paling penting rakyat tahu mahu pilih calon yang layak.

    BalasPadam
  24. Hal ini harus diberi perhatian demi kebaikan bersama.

    BalasPadam
  25. Saya yakin ramai yang berharap penambahan kerusi dapat dilakukan. Jadi sama-sama kita lihat apa keputusannya nanti.

    BalasPadam
  26. It can be done, it is not possible to implement.

    BalasPadam
  27. But the negative and positive effect need to be considered.

    BalasPadam
  28. I, myself agree with the proposal.

    BalasPadam
  29. But whatever the decision, i hope it is relevant to the current situation in Sabah.

    BalasPadam
  30. Sabah harus diberi peluang untuk bangkit.

    BalasPadam
  31. Parliamentary Committee should give more to Sabah.

    BalasPadam
  32. Haruslah mendapatkan kerusi sebanyak itu.

    BalasPadam
  33. Jumlah keluasan tanah di Sabah memang harus juga membuat tambahan kerusi.

    BalasPadam
  34. Kerajaan persekutuanharus membuat kajian terhadap cadangan yang dikemukakan untuk kebaikan semua pihak.

    BalasPadam
  35. Jika pertambahan kerusi ini dapat membantu rakyat dan memberi lebih banyak faedah kepada rakyat, harus juga dilaksanakan.

    BalasPadam
  36. Agree to Khairul, if it is good for the people, please do not hesitate to take further action to add more seats.

    BalasPadam
  37. Indeed Sabah should have more arrangement of seats and allocation.

    BalasPadam
  38. jangan sia2kan penubuhan PSC.. apa2 cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya ini mesti dilaksnakan oleh spr..

    BalasPadam
  39. kalau boleh cadangan unik Sarawak, jika diluluskan, turut diguna pakai di Sabah..

    BalasPadam
  40. sebarang cadangan penambahbaikan harus dipertimbangkan.

    BalasPadam
  41. kawasan yang terlalu luas memang wajar untuk ditambah kerusi untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pembangunan.

    BalasPadam
  42. Perlu ada kajian dan perlulah mendengar pendapat dari pihak lain mengenai cadangan ini.

    BalasPadam
  43. 1/3 kerusi parlimen memang satu cadangan yang baik dan bagus untuk Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  44. Nampaknya mengenai penambahan kerusi untuk Sabah dan Sarawak semakin hangat diperkatakan. Tapi cadangan baik pasti akan diterima dengan baik dan begitu juga sebaliknya.

    BalasPadam
  45. Tapi perlu dilihat juga kawasan dan jumlah penduduk kawasan tersebut sebelum menambah kerusi.

    BalasPadam
  46. Harap Sabah dan Sarawak akan mendapat kerusi dalam Parlimen yang mencukupi untuk keperluan rakyat kita.

    BalasPadam
  47. walaupun luas, memang perlu juga tengok kepadatan penduduk. tidak berbaloi tambah kerusi di kawasan yang luas tapi penduduk sikit.

    BalasPadam
  48. apa2pun, diharap cadangan ni dipertimbangkan. mungkin lepas saja PSC selesai buat perbincangan dan laporan penuh selesai, ada lah jawapannya tu.

    BalasPadam
  49. Hope parliment will do the best for the state.

    BalasPadam
  50. Cadangan harus dipertimbangkan.

    BalasPadam
  51. Kaji dan laksanakan. Ini dapat memperbaiki prestasi dan tanggung jawab semua wakil rakyat.

    BalasPadam
  52. Jika cadangan ini baik untuk semua golongan awam, harus juga dipertimbangkan.

    BalasPadam
  53. Im sure these will help to upgrading their performance.

    BalasPadam
  54. Harap pembahagian kerusi akan diberikan secara adil dan saksama untuk kebaikan semua pihak..

    BalasPadam
  55. Kawasan yg besar, perlu ada lebih dari satu wakil rakyat, ini akan dapat membantu rakyat..

    BalasPadam
  56. Cadangan seperti ini haruslah dipertimbangkan bagi kebaikan semua pihak..

    BalasPadam