PSC Akan Perakukan Cadangan Kekal 34 Peratus Kerusi Parlimen Sarawak Dan Sabah
KUCHING, 8 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan mengemukakan perakuan berikutan beberapa cadangan daripada pelbagai pihak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan 34 peratus peruntukan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak dalam eksesais persempadanan semula nanti.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang mempengerusikan pendengaran awam dua hari mulai hari ini berkata, PSC bersimpati dengan beberapa pandangan yang dibawa tiga kumpulan termasuk Parti Keadilan Rakyat Sarawak, DAP Sarawak DAP dan Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA).
"Kita akan pertimbang pelbagai komen dan membuat rumusan," katanya kepada pemberita di sini semasa waktu rehat pada pendengaran awam itu yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini.
Beliau berkata isu itu mengimbas kembali sejarah apabila dua negeri perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu pertiga jumlah kerusi Parlimen selaras dengan dasar dan semangat Perjanjian Malaysia.
Semasa membuat cadangan itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian berkata wakil yang dipilih dan kerajaan negeri perlu memastikan perjanjian yag dibuat pengasas mereka yang memberi hak khas kepada kedua-dua negeri, perlu dipatuhi agar Sarawak tidak menjadi kurang diwakili di peringkat persekutuan.
"Saya tidak mengatakan perkara ini kerana saya dalam pembangkang, kata Baru yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ba'kelalan sambil berkata bahawa masalah itu timbul selepas Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia, meninggalkan semua 15 kerusi Parlimen kepada semenanjung.
Bagaimanapun, dalam proses persempadanan semula, beliau berkata SPR perlu mempertimbang faktor geografi seperti kawasan yang luas terbentang dan jarak selain kepadatan penduduk, jumlah pengundi dan potensi ekonomi sesebuah kawasan.
Sementara itu, anggota PSC dan Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi bersetuju bahawa formula 34-66 peratus perkongsian kuasa perlu dikembalikan dengan melihat pada sempadan kawasan luar bandar yang baharu bagi membolehkan suara penduduk luar bandar didengari.
Ketika ditanya sama ada eksesais persempadanan semula itu sempat dibuat bagi pilihan raya umum ke-13, Ongkili berkata ia merupakan sesuatu yang perlu dibuat susulan oleh SPR.
"Pihak kerajaan dan pembangkang bersikap neutral dalam perkara ini, katanya.
Beberapa cadangan unik bagi Sarawak termasuk pendaftaran pengundi secara automatik, peluang bagi orang di luar pusat mengundi untuk mengundi lebih awal dab menjadikan mandatori bagi stesen radio dan televisyen untuk memberi ruang untuk Barisan Nasional dan pembangkang.
Saya rasa kawasan yang besar patut ada kerusi parlimen yang mencukupi supaya tiada kawasan ataupun rakyat yang terpinggir.
BalasPadamHarap pembahagian kerusi parlimen akan dijalankan dengan adil kepada semua negeri bersesuaian dengan keperluan setiap kawasan.
BalasPadamNegeri Sabah dan Sarawak adalah jauh lebih besar berbanding negeri lain. Oleh itu, adalah wajar kita mendapat kerusi parlimen yang lebih supaya tumpuan boleh diberikan kepada semua kawasan.
BalasPadamKita tunggulah dan lihat adakan kerusi parlimen lebih akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak selepas ini.
BalasPadamHarap PSC akan memberi penyelesaian yang bernas mengenai hal ini.
BalasPadamCadangan itu harus diteliti dengan terperinci agar setiap permasalahan yang dihadapi dapat cara2/kaedah2 penyelesaian.
BalasPadamSabah dan sarawak terlalu luas, oleh itu kerusi parlimen perlu ditambah bagi memudahkan pengurusan.
BalasPadamharap cadangan tersebut dipertimbangkan dan kerusi tersebut akan ditambah.
BalasPadamBuat apa perjanjian dibuat kalau tidak diturutikan? PSC harus buat keputusan yang adil.
BalasPadamSemoga rakyat bakal menikmati tranformasi p/raya yang positif, adil dan bersih.
BalasPadampengagihan kerusi yang seimbang juga dapat mengurang kuasa ahli-ahli parlimen dari Semenanjung untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, tanpa sokongan dari Sabah dan Sarawak
BalasPadamharus adanya pengagihan kerusi yang seimbang dan adil
BalasPadammemandangkan Sabah & Sarawak mempunyai keluasan sempadan yang besar
BalasPadamsetuju dengan tajuk di atas
BalasPadamsemoga permintaan penambahan kerusi ini dapat dipersetujukan oleh parlimen
BalasPadamsabah dan sarawak perlu sekurang-kurang 35% jumlah kerusi parlimen malaysia selaras dengan perjanjian malaysia..
BalasPadamselain itu, ianya juga perlu untuk mengelak semenanjung daripada meminda perlembagaan sesuka hati tanpa persetujuan daripada sabah dan sarawak..
BalasPadamatau jumlah kerusi parlimen semenanjung harus dikurangkan jika usul menambah kerusi parlimen sabah dan sarawak sekurang-kurangnya 35% tidak diluluskan.
BalasPadamkita tunggu laporan penuh dari PSC..
BalasPadamjika diperhatikan, memang perlu penambahan kerusi parlimen di sabah dan sarawak...
BalasPadamSetuju wahai anon di atas. Harap penambahan kerusi dipersetujui.
BalasPadamJika penambahan kerus patut dilakukan dan buatlah:)Namun pastikan saja pembahagian kerusi itu nanti dilakukan dengan adil.
BalasPadamApapun, paling penting rakyat tahu mahu pilih calon yang layak.
BalasPadamHal ini harus diberi perhatian demi kebaikan bersama.
BalasPadamSaya yakin ramai yang berharap penambahan kerusi dapat dilakukan. Jadi sama-sama kita lihat apa keputusannya nanti.
BalasPadamIt can be done, it is not possible to implement.
BalasPadamBut the negative and positive effect need to be considered.
BalasPadamI, myself agree with the proposal.
BalasPadamBut whatever the decision, i hope it is relevant to the current situation in Sabah.
BalasPadamGood idea.
BalasPadamSabah harus diberi peluang untuk bangkit.
BalasPadamParliamentary Committee should give more to Sabah.
BalasPadamHaruslah mendapatkan kerusi sebanyak itu.
BalasPadamSabah deserves more.
BalasPadamJumlah keluasan tanah di Sabah memang harus juga membuat tambahan kerusi.
BalasPadamKerajaan persekutuanharus membuat kajian terhadap cadangan yang dikemukakan untuk kebaikan semua pihak.
BalasPadamJika pertambahan kerusi ini dapat membantu rakyat dan memberi lebih banyak faedah kepada rakyat, harus juga dilaksanakan.
BalasPadamAgree to Khairul, if it is good for the people, please do not hesitate to take further action to add more seats.
BalasPadamIndeed Sabah should have more arrangement of seats and allocation.
BalasPadamjangan sia2kan penubuhan PSC.. apa2 cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya ini mesti dilaksnakan oleh spr..
BalasPadamkalau boleh cadangan unik Sarawak, jika diluluskan, turut diguna pakai di Sabah..
BalasPadamsebarang cadangan penambahbaikan harus dipertimbangkan.
BalasPadamkawasan yang terlalu luas memang wajar untuk ditambah kerusi untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pembangunan.
BalasPadamPerlu ada kajian dan perlulah mendengar pendapat dari pihak lain mengenai cadangan ini.
BalasPadam1/3 kerusi parlimen memang satu cadangan yang baik dan bagus untuk Sabah dan Sarawak.
BalasPadamNampaknya mengenai penambahan kerusi untuk Sabah dan Sarawak semakin hangat diperkatakan. Tapi cadangan baik pasti akan diterima dengan baik dan begitu juga sebaliknya.
BalasPadamTapi perlu dilihat juga kawasan dan jumlah penduduk kawasan tersebut sebelum menambah kerusi.
BalasPadamHarap Sabah dan Sarawak akan mendapat kerusi dalam Parlimen yang mencukupi untuk keperluan rakyat kita.
BalasPadamwalaupun luas, memang perlu juga tengok kepadatan penduduk. tidak berbaloi tambah kerusi di kawasan yang luas tapi penduduk sikit.
BalasPadamapa2pun, diharap cadangan ni dipertimbangkan. mungkin lepas saja PSC selesai buat perbincangan dan laporan penuh selesai, ada lah jawapannya tu.
BalasPadamHope parliment will do the best for the state.
BalasPadamCadangan harus dipertimbangkan.
BalasPadamKaji dan laksanakan. Ini dapat memperbaiki prestasi dan tanggung jawab semua wakil rakyat.
BalasPadamJika cadangan ini baik untuk semua golongan awam, harus juga dipertimbangkan.
BalasPadamIm sure these will help to upgrading their performance.
BalasPadamHarap pembahagian kerusi akan diberikan secara adil dan saksama untuk kebaikan semua pihak..
BalasPadamKawasan yg besar, perlu ada lebih dari satu wakil rakyat, ini akan dapat membantu rakyat..
BalasPadamCadangan seperti ini haruslah dipertimbangkan bagi kebaikan semua pihak..
BalasPadam