Jumaat, Disember 09, 2011

TONY, AZIZ & KAMARUDDIN AKAN TINGGALKAN AIRASIA?

Tony Fernandes Mungkin Tinggalkan AirAsia, Tiada Garis Masa Ditetapkan

Dis 8, 2011 SEPANG: Ketua pegawai eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis membayangkan yang beliau mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Tanpa memberikan garis masa yang sebenarnya, beliau berkata, syarikat boleh menjangkakan kepimpinan baharu tidak lama lagi.

Fernandes, pencetus di sebalik kejayaan syarikat itu, menyatakan demikian pada majlis ulang tahun syarikat yang-10 pada Khamis.

Ketika ditanya di manakah kedudukan AirAsia dalam tempoh 10 tahun ini, beliau berkata, "Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapatnya ceo yang baharu kerana masa saya berkhidmat akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.

"Ya, ketiga-tiga kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) akan meninggalkan syarikat ini bersama-sama.

Fernandes berkata kepimpinan lebih menjuruskan kepada perubahan dan membawa masuk orang baharu ke dalam lembaga pengarah.

"Ya. Sudah sampai ke titik di mana akan adanya perubahan kepimpinan. Ia tidak dapat dielakkan. Kepimpinan yang baik ialah yang tahu bila untuk pergi dan menyegarkan semula pertubuhan dengan pemimpin yang lebih muda dan bertenaga," kata beliau.

Ditanya apakah yang ingin beliau lakukan selepas meninggalkan AirAsia, secara berjenaka Fernandes berkata, "Saya cadang untuk buka stesen televisyen kos rendah."

Tetapi, dalam nada yang lebih serius, beliau berkata: "Takdalah. Kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.

Fernandes, bagaimanapun berkata, beliau belum lagi mengenalpasti bakal pengganti, tetapi menyatakan yang ia adalah perubahan dalaman.

Beliau berkata yang kepimpinan baharu itu mestilah mengekalkan aspirasi syarikat penerbangan itu seperti memastikan tambang rendah dan terus meninjau kebanyakan rantau di Asia ini.

"AirAsia juga berharap dapat menambah bilangan kapal terbangnya daripada 100 kepada 300 dan kami mahu meliputi kebanyakan negara Asia.

"Kami telahpun ada AirAsia Japan pada masa ini, dan siapa tahu mungkin AirAsia India atau AirAsia China di masa akan datang," tambah beliau.

-------------------

Tony Fernandes Nafi Tinggalkan AirAsia

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan yang beliau akan meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam waktu yang terdekat ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AirAsia, kenyataan Tony hanya merujuk pada aspirasi dan jangkaan terhadap penggantinya sekiranya beliau mengambil keputusan untuk bersara pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Kumpulan kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melepaskan kepimpinan beliau daripada syarikat ‘tidak lama lagi’,” kata kenyataan itu.

--------------

AirAsia Mahu Akhiri Kemelut Dengan MAHB:Fernandes

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yakin kemelut di antara syarikat penerbangan tambah rendah itu dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan menemui jalan penyelesaian dengan mengambil kira persahabatan baik mereka selama ini.

Beliau turut menafikan bahawa kemelut tersebut menjejaskan persahabatan mereka dan menjelaskan ingin fokus kepada sebarang kemungkinan menandatangani Perjanjian Perkhidmatan (SLA) yang membawa keuntungan bagi kedua-dua pihak.

“(Tan Sri) Bashir (Ahmad, Pengarah Urusan MAHB) adalah rakan baik saya. Pertelingkahan berlaku... Kami amat positif kemelut itu akan diselesaikan secara baik dengan MAHB," katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-10 AirAsia di Terminat Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di sini Khamis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan