Selasa, November 15, 2011

KENAPA RAKYAT SABAH MARAH HINGGA BN DISUMPAH LAKNAT?

image -----------------------------------------

SUMPAH LAKNAT UNTUK BN?

BUKTI....Hendry menunjukkan laporan polis sambil diperhatikan oleh Dr Jeffery.

“SAYA bersumpah dengan nama Jesus Kristus, bahawa semua keturunan bangsa saya tidak akan mengundi BN pada PRU 13 ini kerana kerajaan BN yang selama kami sanjung tinggi telah menganiaya kami seperti binatang; sebaliknya mendewakan warga Indonesia dan Filipina yang tidak langsung berhak tinggal di Sabah,” ujar Hendry Salidoh, 20, seorang penduduk dan pemilik tanah adat di Kampung Malagatan, Tongod.

Hendry mengadu, bukan sahaja tanahnya dirampas oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd, malah beliau telah dibelasah dan dicekik lehernya oleh para pekerja syarikat tersebut, termasuk dua orang PATI yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

“Saya sudah laporkan kes ini kepada pihak polis tetapi tiada sebarang tindakan diambil, bahkan polis bersekongkol dengan pihak Syarikat untuk ‘membunuh’ kami sekiranya kami enggan berundur dari tanah kami,” kata Hendry.

Tetapi kata Hendry, beliau tidak akan berganjak walaupun seincipun dari tanah tempat kelahirannya kerana tanah yang beliau duduki ini sudah berdekad lamanya, apatah lagi beliau adalah generasi yang ketujuh menduduki tanah tersebut.

“Kenapa kita harus mengalah dengan orang Cina keparat dari Semenanjung datang ke Sabah dan dengan begitu mudah mengusir kami? Inikah dasar kerajaan BN yang kami sokong selama ini?” tanya Hendry lagi.

Sebaliknya kata Hendry, kenapa Kerajaan BN memberikan layanan istimewa kepada orang Bugis yang menggunakan MyKad projek sedangkan Anak Jati Sabah yang bertungkus lumus memenangkan BN dikorbankan tanpa peri kemanusiaan.

TEMUBUAL....Hendry menceritakan kepada Sabahkini.Net mengenai kes beliau dibelasah oleh pekerja syarikat berkenaan.

Kata Hendry, apa gunanya UPKO, PBS dan PBRS yang hanya ikut telunjuk sahaja sehingga anak bangsa mereka terus ditindas tanpa berjaya dibantu.

“Saya bagi pihak semua penduduk di kelima-lima kampung iaitu Kampung Sogo-Sogo, Kiandungu, Malagatan, Kaliwatung dan Lumangkau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana begitu prihatin terhadap nasib kami yang bakal jadi pelarian setelah kampung kami dimusnahkan oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd, Tidak lupa juga kepada Sabahkini.Net yang menghantar wartawan dan juru foto ke kampung ini untuk menyaksikan sendiri apa yang sudah berlaku,” ujarnya.

Kata Hendry, mereka sudah tiada lagi tempat untuk mengadu nasib mereka yang ditindas ini oleh manusia yang bertopengkan syaitan setelah SUHAKAM hanya bermain wayang dan tidak bersungguh-sungguh membela mereka.

“Lapor kepada polispun hanya membuang masa kerana polispun bersekongkol dengan Corak Nakhoda. Malahan kami turut dibelasah setengah mati oleh polis. Jadi kami tiada lagi pilihan melainkan berserah saja kepada Tuhan. Semoga mereka yang menganiaya kami ditimpa bala dan malapetaka yang amat dasyhat,” tambahnya.

13 ulasan:

  1. Siapa yang mereka mahu sokong, itu kebebasan rakyat. Ini kan negara demokrasi di mana rakyat berhak memilih kerajaan yang mereka merasai terbaik.

    BalasPadam
  2. Yang lain kita tunggulah PRU-13 yang semakin menghampiri ini.

    BalasPadam
  3. Individu dalam BN yang merosakkan imej baik BN.

    BalasPadam
  4. Pihak bertanggungjawab harus melakukan kerja dengan profesional. Bukannya disebabkan anda berkuasa anda boleh melakukan apa sahaja. Tugas anda juga ada batasnya.

    BalasPadam
  5. itu hak dia nak pilih mana satu.

    BalasPadam
  6. jangan nanti kena kasi 50.00 ringgit oleh masiung banah dan bung muktar laki si zizzie hilang sudah panas tahi ayam si handry ini,tengok muka pun musim mabuk saja dia ini kuat melalak

    BalasPadam
  7. inilah masanya pemimpin2 dipihak lawan tampil membantu rakyat yang tertindas. bantulah mangsa dengan membawa kes ini ke mahkamah dan jangan lupa sediakan bukti kukuh yang menunjukkan tanah itu adalah milik mangsa.. kalau tidak ada bukti jangan harap la boleh menang..

    BalasPadam
  8. biasanya wartawan Sabahkini akan menghubungi pihak yang terlibat, tapi kenapa kali ini tidak? betul ka Hendry dibelasah oleh polis? kenapa dia dibelasah?

    BalasPadam
  9. memang luas ladang kelapa sawit Corak Nakhoda Sdn.Bhd ni. ramai pekerja asing bekerja di situ malah penduduk di kawasan sekitar pun ada yang jadi pekerja.

    BalasPadam
  10. semoga usaha Jeffrey ni membuahkan hasil positif.

    BalasPadam
  11. sebarang isu yang berlaku perlu diselesaikan dengan sebaiknya..

    BalasPadam
  12. Masalah rampasan tanah inilah yang membuatkan politik pembangkang semakin disokong. Harap kerajaan Negeri yang dipegang oleh BN akan dapat menyelesaikan masalah utama penduduk Sabah ini..

    BalasPadam
  13. Kerajaan telah pun membuat kajian dan siasatan kes rampasan yang sering berlaku oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab. Harap kerajaan akan dapat menyelesaikannya secepat mungkin sebelum menjelangnya PRU13.

    BalasPadam