Selasa, November 15, 2011

PETRONAS CARIGALI TEMUI MINYAK DI LUAR PANTAI SABAH

Petronas Carigali Temui Minyak Di Luar Pantai Sabah

KUALA LUMPUR Nov 15, 2011: Cabang eksplorasi dan pengeluaran Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd, telah menemui jumlah minyak yang signifikan di luar pantai Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata penemuan itu dilakukan di telaga Wakid-1 di dalam Blok 2G-2J, kira-kira 100km di timur laut Kota Kinabalu.

Telaga itu digerudi pada 30 Mei, 2011 dan selesai pada 4 Julai, 2011.

Petronas berkata ia mencapai ketinggian vertikal 3,330m dan mengesahkan kehadiran minyak yang signifikan dan kewujudkan takungan gas.

"Tiga ujian pengeluaran dilaksanakan di tiga takungan berlainan yang mengalirkan minyak pada kadar maksimum disatukan 8,200 tong sehari.

"Anggaran awal semasa hidro karbon di kawasan itu dari penemuan itu ialah 227 juta tong bersamaan minyak (mmboe), dengan jangkaan potensi peningkatan," kata Petronas.

Petronas Carigali merancang menilai lebih lanjut penemuan itu pada masa depan yang terdekat.

Wakid-1 adalah telaga kedua di Blok 2G-2J sejak diberikan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) pada Okt 2010.

Telaga pertama blok itu, Tambuku-1, telah digerudi awal tahun ini tetapi menunjukkan kehadiran penemuan gas yang kecil jumlahnya.

Petronas Carigali adalah pemegang ekuiti tunggal PSC bagi blok itu.

----------------------------

Petronas makes significant oil find off Sabah

KUALA LUMPUR: Petronas' exploration and production arm, Petronas Carigali Sdn Bhd, has made a significant oil discovery offshore Sabah.

In a statement Tuesday, Petronas said the discovery was made via the Wakid-1 well within Block 2G-2J, about 100km northwest of Kota Kinabalu.

The well was spudded on May 30, 2011 and completed on July 4, 2011.

The national oil corporation said it reached a total vertical depth of 3,330m and confirmed the presence of significant oil, and some gas-bearing, reservoirs.

"Three production tests were conducted in three different reservoirs which flowed oil at a combined maximum rate of 8,200 barrels per day.

"Current preliminary estimation of the hydrocarbon-in-place from this discovery is 227 million barrels of oil equivalent (mmboe), with expected upside potential," Petronas said.

Petronas Carigali plans to further appraise the discovery in the near future.

Wakid-1 is the second well drilled in Block 2G-2J since the award of its Production Sharing Contract (PSC) in Oct 2010.

The block's first well, Tambuku-1, was drilled early this year, but yielded only minor gas discovery.

Petronas Carigali is the sole equity holder of the PSC for the block.

14 ulasan:

  1. Sabah merupakan pengeluar minyak yang signifikan dalam negara, harap kerajaan Pusat akan bersetuju menaikkan kadar royalti minyak kita ini.

    BalasPadam
  2. Harap Sabah boleh membangkitkan industri minyak dan gas asli pada masa depan yang terdekat.

    BalasPadam
  3. Taniah atas penemuan telaga minyak yang baru.

    BalasPadam
  4. Penemuan ini akan menambahkan lagi hasil minyak dan keuntungan juga akan bertambah.

    BalasPadam
  5. bgslah telaga minyak baru telah ditemui, Sabah sememangnya mempunyai sumber minyak yang byk.

    BalasPadam
  6. Sabah harus mendapat lebih byk manfaat dari penemuan sumber baru tersebut.

    BalasPadam
  7. itu lah BN umumkan peruntukan berbilion di sabah sebab wang itu adalah hanya royalti minyak,kena tipu bulat-bulat bah kita disabah ini ubah kerajaan sebelum kita rebah sendiri sebab kekeringan nanti sebab habis sudah itu malaya hisap hasil kita.

    BalasPadam
  8. kita minta saja Petronas mempergiatkan CSR mereka dan memperbanyakkan komitmen pelaburan mereka di negeri ini..

    BalasPadam
  9. harap penemuan ini akan memberikan manfaat kepada Sabah..

    BalasPadam
  10. petronas perlu memastikan mereka menyumbang kepada pembangunan Sabah.

    BalasPadam
  11. tiada harapankah dapat royalti lebih tinggi?

    BalasPadam
  12. makin banyaklah hasil Petronas. bagaimana pula dengan Sabah sendiri?

    BalasPadam
  13. Sumber banyak dari Sabah tapi peruntukan untuk Sabah kurang apatah lagi royalti yang diberikan langsung tidak patut begitu rendah.

    BalasPadam
  14. Apa pun kita mengharapkan Petronas akan dapat membangunkan Sabah. Memberikan banyak projek dan juga memberikan bantuan kepada keluarga miskin yang ada.

    BalasPadam