SPRM Rujuk Dakwaan Penyelewengan NFC Kepada Polis
PETALING JAYA Nov 14, 2011: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengesahkan sudah merujuk dakwaan berlaku penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) kepada pihak polis.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, SPRM berkata, pihaknya mengesahkan bahawa satu aduan sudah diterima daripada orang ramai berhubung isu pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.
"Aduan ini sudah dirujuk kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM. "Selepas diteliti aduan itu, bahagian ini sudah mengklasifikasikan aduan terbabit mengikut kesalahanan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan mengikut bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009)," katanya.
Sehubungan itu, SPRM sudah diminta merujuk aduan terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan mengikut ASPRM 2009.
"Tindakan sudah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM," katanya. Katanya, pengadu sudah dimaklumkan berkenaan keputusan itu dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.
Kontroversi isu projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan bermula apabila pembangkang mendedahkan beberapa dakwaan berkaitan penyelewengan peruntukan kerajaan terhadap projek berkenaan.
Baik kita tunggulah penyiasatan yang terperinci daripada SPRM mengenai perkara ini.
BalasPadamTiada gunanya kita membuat spekulasi yang tidak berasas di sini. Biarlah pihak berkuasa yang membuat penyiasatan terlebih dahulu.
BalasPadamSiasat apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa boleh terlepas dan pembelian itu berjaya. Adakah tidak dicatat segala masuk keluar duit dalam acc?
BalasPadamTapi kalau sudah salah baik menyerah diri dan terima hukuman itu.
BalasPadamPenyelewengan tidak seharusnya berpanjangan harap2 cepat2 kena tangkap.
BalasPadamHope PDRM can settle this case.
BalasPadamkes ini masih lagi dalam siasatan, kita tunggu hasil siasatannya.
BalasPadamSiasat..jangan tak siasat.
BalasPadamSusah mahu cari orang jujur sekarang. Banyak yang suka menyeleweng.
BalasPadamharp hal sebenar bagi kes ini akan diketahui.
BalasPadamsiapa pula pemilik kondominium mewah tu?
BalasPadamkalau SPRM dan pihak polis mendapati orang yang terlibat merupakan orang yang berkedudukan dan berjawatan, harap2 mereka telus dan adil. nobody above the law.
BalasPadamkalau lengkap dengan bukti, pihak yang melakukan penyelewengan pasti tidak akan terlepas.. saya harap PDRM dapat menyiasat perkara ini dengan jujur dan telus tanpa mengambilkira siapa yang mereka siasat.
BalasPadambagaimana dengan status projek NFC? adakah projek itu benar2 gagal?
BalasPadamtunggu sajalah sehingga siasatan selesai untuk mengetahui kebenarannya.
BalasPadamBaguslah kalau SPRM mula bertindak.
BalasPadamSPRM perlu menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci. Keputusan siasatan ini yang kita nantikan.
BalasPadam