Dua Beradik Dipenjara Lima Tahun Kerana Bakar Gereja
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja di Desa Melawati awal tahun ini.
Hakim S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah selepas diperintah membela diri.
Raja Mohamad Faizal, seorang penghantar surat dan Raja Mohamad Izham, pekerja bank, didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati di sini pada 11.50 malam, 7 Jan lepas.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Turut didakwa ialah rakan mereka Azuwan Shah Ahmad, 23, yang kemudiannya dibebaskan di akhir kes pendakwaan pada 30 Julai lalu.
Dalam penghakimannya, Komathy berkata Dr Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur yang merawat Raja Mohamad Faizal, memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan tertuduh pertama bahawa kecederaan yang dialami berpunca daripada terkena api ketika membakar sampah, dan perkara sama turut dinyatakan oleh rakan kedua-dua tertuduh iaitu Mohd Hamzan Zainal Abidin, 24, ketika ditanya polis.
Sehubungan itu, katanya, isu jamuan barbeku tidak timbul dan keterangan mengenainya adalah bercanggah dengan keterangan beberapa saksi pembelaan kepada polis.
Komathy berkata mahkamah tidak boleh bersimpati terhadap mana-mana individu yang membakar rumah ibadat sesuatu agama kerana perbuatan itu betul-betul melampau dan keji.
"Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman berat iaitu penjara terhadap pesalah yang sanggup mencemarkan kesucian agama, demi menjaga keharmonian dan keamanan negara yang dihuni pelbagai kaum seperti negara kita.
"Jika hukuman ringan dijatuhkan, maka mesej bahawa kesalahan sebegini tidak boleh diterima dan dimaafkan, tidak akan sampai kepada orang ramai," katanya.
Beliau berkata perbuatan membakar gereja Metro Tabernacle dalam kes ini adalah sesuatu yang teruk dan hina, selain menyentuh perkara asas dalam sebuah masyarakat bertamadun dan cintakan keamanan.
"Satu daripada asas Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan, namun kamu berdua telah membakar rumah Tuhan. Dengan melakukan perbuatan hina dan terkutuk itu, kamu telah memalukan masyarakat serta negara.
"Pemimpin dari segenap lapisan masyarakat juga telah tampil mengutuk perbuatan kamu. Nasib baik polis berupaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, walaupun perbuatan kamu bersifat menghasut," katanya.
Komathy berkata dalam menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua beradik itu, mahkamah mengambil kira usia dan faktor bahawa mereka tidak mempunyai rekod jenayah.
"Amat menyakitkan apabila orang muda seperti kamu perlu dipenjarakan, namun bagi kesalahan sebegini, kepentingan awam perlu diutamakan dan mesej mahkamah perlu jelas dan lantang iaitu jangan bermain api," katanya.
Bagaimanapun, Komathy membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Beliau menaikkan jaminan bagi setiap tertuduh kepada RM20,000 dengan seorang penjamin, berbanding RM10,000 dengan seorang penjamin sebelum ini.
Terdahulu, ketika merayu hukuman diringankan, peguam Datuk Hanif Hashim berkata ini merupakan kesalahan pertama kedua-dua tertuduh dan mereka perlu menyara keluarga.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berkata kedua beradik itu sepatutnya memikirkan perkara itu sebelum melakukan sebarang perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam, serta mencetuskan kes susulan seumpamanya.
Sepanjang perbicaraan yang bermula Januari lepas, pendakwaan memanggil 24 saksi manakala pembelaan mengemukakan empat saksi, termasuk kedua-dua tertuduh.
Janganlah kita membuat perkara macam ini, kita kenalah belajar menghormati agama lain.
BalasPadamtidak kira agama apa pun kita hendaklah saling menghormati. tindakan yang boleh menggugat keharmonian kaum tidak patut dilakukan. saya yakin setiap agama juga mengajar penganutnya untuk menghormati penganut agama lain. kes ini perlu menjadi pengajaran kepada kita semua agar hidup saling menghormati.
BalasPadamtindakan mereka membakar gereja ni adalah satu penghinaan kepada agama lain, Islam tak pernah menyuruh umatnya menghina agama lain.
BalasPadamNot only does this kind of behavior damaged the unity between people of different religion, but it also damages their own religion's image and shame the other believers. Please think before you act.
BalasPadamWhen can ever mankind learn to respect each other religion. The act of burning church is too much! Did the Christians ever burn down any mosque in Malaysia??? So, please, respect other religions if you want your religion to be respected. Burning down churches will only create a bad image to your religion.
BalasPadamsaranan saya, kekalkan gambaran positif dunia terhadap negara Malaysia yang telah diakui sebagai negara majmuk yang berbilang bangsa dan agama tetapi peduduknya hidup aman dan damai. itu salah satu kebanggaan Malaysia di mata dunia yang wajib dipertahankan.
BalasPadamIni adalah salah satu contoh yang mana kerajaan tidak berat sebelah, walaupun yang melakukan kesalahan berbangsa melayu, jika berbuat salah tetap dan pasti akan dihukum...
BalasPadamSetahu saya, agama islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina agama lain. Orang yang membakar gereja tersebut mungkin dirasuk setan. Memang sialan itu orang. Kasi spoil image agama islam saja.
BalasPadamYang penting mereka sudah ditangkap dan akan dijatuhkan hukuman, jangan la kita persoalkan kenapa mereka bertindak demikian kerana ini akan menimbulkan ladi pendebatan yang tidak akan selesai. Kita bersyukur kerana hal ini sudah selesai, jangan marakkan api yang sudah padam ini hanya akan membakar diri sendiri....
BalasPadamsemoga ketegasan undang2 ini mampu menggerakkan kesedaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
BalasPadammemang betul kata timbalan pendakwahraya itu. kenapa mereka tidak berfikir sebelum bertindak. Ini bertindak baru berfikir. dan sekarang baru menyesal. menyesal kemudian tidak berguna. ini yang sesuai untuk dua beradik ini. tapi apa pun, hukuman ringan perlu kerana ini merupakan kesalah mereka yang pertama.
BalasPadammereka tak patut menghina agama lain. ia perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan antara agama di Malaysia, harap tiada lagi tindakan seperti ini berlaku. kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain.
BalasPadamjanganlah ada lagi kes seumpama ini. kita perlu saling bermuafakat. jadilah masyarakat malaysia yang hidup harmoni dan saling menghormati.
BalasPadamHopefully this will served as a reminder & a warning to to others that justice will always be served, if not in this world, in the latter world...
BalasPadamMoral of the story? Never play with fire or you will get burned yourself.
BalasPadamHormat agama lain sekiranya mahu dihormati. Pembakaran gereja in itidak seharusnya berlaku. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku untuk kali kedua. Mudah-mudahan mereka bedua ini dapat bertaubat.
BalasPadamIni memang isu sensitive. Kita haruslah saling berhormat pada agama kaum lain. Malaysia pun bebas beragama.
BalasPadamMalaysia bukan bebas beragamakah? Adakah negara kita sedang menjadi macam negara lain yang mencederakan hati kaum lain yang beragama lain?
BalasPadamWe should respect and know people's right. It is not lawful to do things they shouldn't do. Mistakes are not purposely made up, you know.
BalasPadamseharusnya mereka ini dijatuhkan hukuman yang lebih berat lagi..tindakan mereka bukan sahaja mengancam keamanan dan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum dan kepercayaan, malahan mengugat keselamatan negara kerana menghasut..
BalasPadampihak berkuasa seharusnya tidak berlembut dengan mereka walaupun ini merupakan kesalahan pertama..mereka seharusnya sedar dan bersedia untuk menerima hukuman sebelum melakukan jenayah tersebut..
BalasPadamdiharap kejadian ini tidak akan berulang pada masa akan datang...biarlah ini menjadi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat..
BalasPadamSaya cukup kesian melihat kedua beradik ini. Saya tk salahkan mereka sepenuhnya. Mrk ini mangsa keadaan yg tk sepatutnya terjadi jika di kawal oleh pihak kerajaan.
BalasPadamsepatutnya kerajaan diwakili ulama2 terkenal mmbincangkan topik penggunaan kalimah Allah oleh agama lain secara terbuka. Mrk sepatutnya btindak sebelum lg pihak mahkamah atau selepas shj pihak mahkamah mengeluarkn keputusan yg ALLAH itu bole digunakan oleh org kristian.
Perkara ini teramat sensitif, mmandangkan ianya melibatkan "nama tuhan". Nama yg diagung2kan dn perlu dijaga kesuciannya..Di ibaratkan kalau nama ibu bapa kita di hina, pasti kita marah dn apakah lagi nama tuhan... Sya berani brkata mrk ini mmpu brtindak lbh jauh dn agresif dan sanggup berjihad dgn menggadaikan nyawa.
saranan seterusnya "PIHAK KERAJAAN"
TOLONGLAH SBLM PUN MAHKAMAH MENGELUARKAN KEPUTUSAN YG TELAH DITANGGUKAN BUAT SEMENTARA, BUATLAH SATU FORUM EHWAL ISLAM KHAS KHUSUS UTK MMBINCANGKAN "HAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN" SECARA TERBUKA SELURUH MALAYSIA. (SABAH DN SARAWAK BOLE DIKECUALIKAN MEMANDANGKAN PENDUDUK KEDUA BUAH NEGERI INI TELAH LAMA MENERIMA PENGGUNAAN ALLAH OLEH ORG KRISTIAN). INI MEMANDANGKAN BESAR KEMUNGKINAN PIHAK HERALD AKAN MENANG DLM PERBICARAAN INI
SO TOLONGAH KERJAAN MALAYSIA
TANGANILAH MASALAH INI DENGAN TELUS
Dalam negara majmuk seperti Malaysia, toleransi dan saling hormat-menghormati adalah sangat penting untuk hidup aman dan harmoni bersama.
BalasPadam