Khamis, Januari 26, 2012

TERSERAH PADA PUCUK PIMPINAN - LAJIM

Lajim serah pada pucuk pimpinan sama ada bertanding di PRU 13

lajim BEAUFORT 26 Jan 2012: Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat di Parlimen Beaufort sama ada akan bertanding atau tidak jika tidak dicalonkan oleh BN pada PRU ke-13.

“Saya menyerahkan terlebih dahulu kedudukan saya kepada pucuk pimpinan BN sama ada mencalonkan saya semula pada PRU akan datang atau sebaliknya. Saya tidak kisah jika tidak dicalonkan tetapi jika rakyat Klias dan Parlimen Beaufort amnya mahukan saya bertanding maka saya akan turutkan keputusan rakyat,” katanya.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pecah tanah Tapak pembinaan Masjid Kampung Klias Kecil pada Selasa.

Beliau juga mengulas perbincangan hangat dalam Facebook, kononnya beliau tidak akan dicalonkan semula oleh mereka yang berselindung di sebalik nama samaran seolah-olah mereka itu pakar penganalisis politik namun demikian yang sebenarnya mereka ini golongan penabur fitnah.

“Apa yang jelas di sini mereka ini adalah golongan pengecut, ini adalah ibarat lempar batu sembunyi tangan kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka dan mereka inilah sebenarnya perosak dan pengkhianat yang boleh menghancurkan perpaduan rakyat demi kepentingan peribadi mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun Lajim berkata, lambat laun rakyat akan tahu siapa mereka ini dan jangan sampai kemarahan rakyat itu akan merosakkan diri mereka.

Menyentuh pembinaan Masjid Kampung Klias, beliau meyakinkan rakyat bahawa kerajaan pasti akan melaksanakannya.

Beliau meminta penduduk di kawasan itu supaya tidak mempercayai pelbagai fitnah yang kononnya kerajaan tidak ada peruntukan untuk melaksanakan pembinaan masjid itu.

“Saya memberikan keyakinan bahawa kerajaan akan melaksanakan pembinaan masjid Kampung Klias itu sebelum PRUakan datang,” kata Lajim sambil menambah sebelum ini beliau pernah berjanji akan membina beberapa buah masjid antaranya Masjid Kampung Rancangan Klias dan Kampung Takuli, oleh itu rakyat kini boleh melihat sendiri kedua-dua masjid berkenaan kini sedang dalam pembinaan.

Di majlis sama, Lajim menyampaikan sumbangan kepada warga emas.

Hadir sama pada Majlis itu Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Hj Aliasnih dan Naibnya, Datuk Kimjus Duim, serta Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort, Mohd Ishak Ibrahim, serta Ketua Penerangan BN Beaufort, Jali Nordin.

17 ulasan:

  1. Datuk Lajim has made it clear that he will abide the wishes of the people within his constituency.

    BalasPadam
  2. Hopefully the construction of the Kampung Klias Mosque will begin at earnest

    BalasPadam
  3. nampaknya Lajim tak kisah samada dia akan dicalonkan atau tidak, segala keputusan dia akan terima dgn baik.

    BalasPadam
  4. jika begitu, ia Lajim pasti akan terus bersama dan menyokong UMNO.

    BalasPadam
  5. jelas semua dakwaan selama ini sekadar khabar angin dan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Lajim saja.

    BalasPadam
  6. baguslah tidak kisah dan berkecil hati jika sekiranya tidak terpilih untuk bertanding dalam PRU akan datang. bersikap profesional sebagai seorang pemimpin.

    BalasPadam
  7. Jika Lajim adalah calon yang dianggap sesuai, parti pasti akan melantik semula beliau, jangan risau. Jika tidak dilantik semula pun, janganlah berputus asa.

    BalasPadam
  8. Harap tiada calon yang akan keluar parti hanya sebab tidak dilantik menjadi calon, pemilihan calon adalah penting jadi jangan susah hati jika tidak diberikan peluang kali ini.

    BalasPadam
  9. Kabar angin hanya akan memburukkan keadaan. Gimik2 politik seperti tu tidak akan dipandang oleh rakyat Sabah.

    BalasPadam
  10. Musa said as far as the BN was concerned, every promise made to the people would be fulfilled

    BalasPadam
  11. Hanya lajim yang dapat membuat keputusan terhadap dirinya sendiri. Diharap keputusan yang akan beliau ambil adalah yang terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  12. Biasalah jika ada salah faham, tapi harap mereka bijak untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

    BalasPadam
  13. Lajim still be the best for be the candidate in GE 13th.

    BalasPadam
  14. Yang mula2 sebarkan khabar angin ni berani kah untuk tampil ke hadapan dan sertakan bukti? Setakat cakap2 apa kes..

    BalasPadam
  15. Tidak hairan jika lepas ni YB X akan keluar UMNO bla bla bla..

    BalasPadam
  16. inilah contoh sikap yang diperlukan oleh seorang yang bergelar pemimpin.. akur dengan keputusan pucuk pimpinan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan konflik dalaman..

    BalasPadam
  17. saya rasa baik biarkan saja pihak yang cuba menimbulkan spekulasi2 negatif tentang Lajim.. mereka tetap akan berhenti menggunakan khabar angin itu bila tiba masanya..

    BalasPadam