KUALA LUMPUR Nov 14, 2011: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersemuka dalam debat terbuka bagi membincangkan mengenai isu kontroversi berkaitan ternakan lembu fidlot di bawah kendalian National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, debat terbuka merupakan jalan terbaik bagi merungkai kekusutan dakwaan skandal NFC serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan penjelasan terpeinci.
"Khairy banyak membuat kenyataan di twitter, media baru, akhbar dan Parlimen yang menyerang saya mengenai pendedahan NFC. Setiap kenyataan akhbar atau rencana saya akan dijawab oleh beliau.
"Saya langsung tidak terfikir skandal ini menarik minat beliau kerana ia membabitkan Ketua Wanita Umno, bukan Ketua Pemuda Umno," katanya di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Kontroversi isu projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan ini bermula apabila pembangkang mendedahkan beberapa dakwaan berkaitan penyelewengan peruntukan kerajaan terhadap projek berkenaan.
Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata, cabaran debat terhadap Khairy dibuat memandangkan Ahli Parlimen Rembau itu begitu lantang mempertahankan isu NFC.
"Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pemimpin Umno yang paling lantang membela NFC.
"Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio dalam kerajaan," katanya.
Harap SPRM boleh menyiasat masalah penyelewengan NFC ini supaya kebenaran boleh diketahui.
BalasPadamHarap kerajaan akan menerima cadangan mengadakan pendebatan ini supaya masalah ini boleh dijelaskan dengan sebaik-mungkin.
BalasPadamPerjelaskan sejelas2nya. Jika tidak, ini akan memberi kesan negatif dalam PRU yang akan datang.
BalasPadamPasti ada yang terselindung! bongkarkan kesemuanya!
BalasPadamAdakah benar debat terbuka merupakan jalan terbaik bagi merungkai kekusutan dakwaan skandal NFC? Atau pun mahu tunjuk lagak. Lagi pun kes ni sudah diserahkan kepada PDRM.
BalasPadamAda lebih baik tunggu saja hasil siasatan. Banyak lagi tugasan perlu diselesaikan.
BalasPadamApa mahu takut kalau tidak bersalah? Sahut saja cabaran itu.
BalasPadamIsu ini harus diselesaikan kerana ia akan dijadikan modal politik pihak pembangkang.
BalasPadamkes ini masih lagi dalam siasatan, kita tunggu hasil siasatannya.
BalasPadamkita tgklah adakah debat tersebut akan berlaku.
BalasPadamKhairy memang lantang bersuara malah berani untuk menyatakan apa yang salah pada pandangannya walaupun pandangan beliau bercanggah dengan ahli UMNO yang lain.
BalasPadamisu baru yang jadi bahan politik pembangkang. mereka memang berharap isu ni adalah poin untuk menjatuhkan kerajaan dan mendapat perhatian rakyat.
BalasPadamtidak perlu berdebat.. isu ini sudah dijelaskan secara panjang lebar tapi pemimpin2 pembangkang asyik berusaha memutar-belitkan fakta.. biar la orang ramai membuat pertimbangan berdasarkan jawapan2 yang telah diberikan oleh mana2 pihak sebelum ini..
BalasPadamtidak salah Khairy menjawab bagi pihak ketua wanita umno.. begitu juga dengan pemimpin2 dalam Pakatan yang mana seringkali menjawab tuduhan bagi pihak rakan mereka..
BalasPadamrasanya perdebatan tidak diperlukan kerana pekara ini akan disiasat juga..
BalasPadamtunggu sajalah hasil siasatan untuk mengetahui kebenaran pekara ini.
BalasPadamJika perlu dedat lakukanlah segera. Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan.
BalasPadamSPRM baru saja melakukan siasatan atas dakwaan peruntukan NFC diguna untuk membeli kondo. Maka kita nantikan keputusan siasatan dari SPRM.
BalasPadamkita tengok jelah....pikir mana yang salah dan betul secara logik...jangan ikut orang....yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul....
BalasPadam