Isnin, November 14, 2011

SPRM RUJUK DAKWAAN PENYELEWENGAN DANA PROJEK LEMBU NFC DIGUNAKAN BELI KONDO MEWAH BERHARGA RM9.8 JUTA KEPADA PDRM

image--------------

SPRM Rujuk Dakwaan Penyelewengan NFC Kepada Polis

PETALING JAYA Nov 14, 2011: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengesahkan sudah merujuk dakwaan berlaku penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) kepada pihak polis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, SPRM berkata, pihaknya mengesahkan bahawa satu aduan sudah diterima daripada orang ramai berhubung isu pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

"Aduan ini sudah dirujuk kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM. "Selepas diteliti aduan itu, bahagian ini sudah mengklasifikasikan aduan terbabit mengikut kesalahanan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan mengikut bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009)," katanya.

Sehubungan itu, SPRM sudah diminta merujuk aduan terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan mengikut ASPRM 2009.

"Tindakan sudah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM," katanya. Katanya, pengadu sudah dimaklumkan berkenaan keputusan itu dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.

Kontroversi isu projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan bermula apabila pembangkang mendedahkan beberapa dakwaan berkaitan penyelewengan peruntukan kerajaan terhadap projek berkenaan.

17 ulasan:

  1. Baik kita tunggulah penyiasatan yang terperinci daripada SPRM mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  2. Tiada gunanya kita membuat spekulasi yang tidak berasas di sini. Biarlah pihak berkuasa yang membuat penyiasatan terlebih dahulu.

    BalasPadam
  3. Siasat apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa boleh terlepas dan pembelian itu berjaya. Adakah tidak dicatat segala masuk keluar duit dalam acc?

    BalasPadam
  4. Tapi kalau sudah salah baik menyerah diri dan terima hukuman itu.

    BalasPadam
  5. Penyelewengan tidak seharusnya berpanjangan harap2 cepat2 kena tangkap.

    BalasPadam
  6. Hope PDRM can settle this case.

    BalasPadam
  7. kes ini masih lagi dalam siasatan, kita tunggu hasil siasatannya.

    BalasPadam
  8. Siasat..jangan tak siasat.

    BalasPadam
  9. Susah mahu cari orang jujur sekarang. Banyak yang suka menyeleweng.

    BalasPadam
  10. harp hal sebenar bagi kes ini akan diketahui.

    BalasPadam
  11. siapa pula pemilik kondominium mewah tu?

    BalasPadam
  12. kalau SPRM dan pihak polis mendapati orang yang terlibat merupakan orang yang berkedudukan dan berjawatan, harap2 mereka telus dan adil. nobody above the law.

    BalasPadam
  13. kalau lengkap dengan bukti, pihak yang melakukan penyelewengan pasti tidak akan terlepas.. saya harap PDRM dapat menyiasat perkara ini dengan jujur dan telus tanpa mengambilkira siapa yang mereka siasat.

    BalasPadam
  14. bagaimana dengan status projek NFC? adakah projek itu benar2 gagal?

    BalasPadam
  15. tunggu sajalah sehingga siasatan selesai untuk mengetahui kebenarannya.

    BalasPadam
  16. SPRM perlu menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci. Keputusan siasatan ini yang kita nantikan.

    BalasPadam