Soepeno: Hampir 80,000 pasport PATI Indonesia belum dikeluarkan
KOTA KINABALU 9th Nov 2011: Masih terdapat hampir 80,000 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang mendaftar dalam program pendaftaran 5P di Sabah belum dikeluarkan pasport untuk membolehkan mereka terus tinggal dan bekerja di negeri ini secara sah.
Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu (KJRI), Soepeno Sahid (gambar) berkata, semasa program pendaftaran 5P yang dijalankan bermula 18 Julai hingga 10 Ogos lalu seramai 115,550PATI Indonesia telah mendaftar.
Mengikut data daripada Jabatan Imigresen sebelum ini, seramai 161,370 PATI yang berada di negeri ini telah mendaftar dalam program itu, selain PATI Indonesia, terdapat Filipina, Paksitan, India dan China.
Sejak 28 Julai hingga 4 November ini, kita telah mengeluarkan 41,992 pasport Indonesia untuk PATI dan jumlah ini termasuk untuk 212 Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP),” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, kelmarin.
Menurutnya, sebanyak 32,999 pasport yang dikeluarkan itu adalah melalui program outreach yang dijalankan di beberapa daerah yang mempunyai syarikat ladang kelapa sawit yang besar di negeri ini.
Soepeno berkata, respond daripada majikan terhadap program itu terutamanya melalui outreach amat baik terutamanya syarikat-syarikat perladangan yang besar.
Bagaimanapun, katanya, masalah mungkin daripada syarikat-syarikat kecil dan juga mereka yang tidak mempunyai majikan yang tetap yang masih belum tampil untuk menguruskan dokumen pasport mereka.
“Kita minta para majikan yang mempunyai pekerja PATI Indonesia supaya segera menguruskan dokumen pasport pekerja mereka terus ke pejabat Konsulat bagi mengelakkan pekerja menghadapi masalah apabila program pengusiran dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini,” katanya.
Beliau berkata, majikan dan juga pekerja PATI Indonesia di negeri ini seharusnya memanfaatkan peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan mereka bekerja secara sah di negara ini.
“Jangan tunggu sehingga saat akhir untuk berbuat demikian, kerana kalau ikut pengalaman kita pada program 2008 dan 2009 ramai PATI menunggu hingga saat akhir untuk berbuat demikan,” ujarnya.
Mengenai jumlah PATI Indonesia yang sudah keluar dari negeri ini untuk kembali ke negara itu secara sukarela sejak program 5P dijalankan, Soepeno berkata, jumlahnya agak kecil hanya dalam lingkungan 1,000 orang yang keluar melalui pintu masuk Tawau dan Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, Soepeno turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah yang telah menyatakan persetujuan untuk membenarkan pekerja dalam sektor pertanian dan perladangan di negeri ini untuk membawa tanggungan, iaitu isteri dan anak-anak mereka tinggal di negeri ini.
Program 6P merupakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di negara ini, iaitu Pendaftaran, Pemutihan Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran yang untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik (cap 10 jari tangan kanan dan kiri).
Bagaimanapun di Sabah program itu hanya dilakasnakan 5P sahaja kerana tidak ada program pemutihan kerana sebelum ini negeri ini sudah melaksanakan program pemutihan.
-------------------
Illegal Indonesian workers urged to process their passport to avoid problems
“We want employers with Indonesian workers, who are illegal immigrants, to come immediately to process their passports at the consulate office to avoid problems later when the deportation programme begins,”
Since the 5P programme was launched, only about 1,000 illegal immigrant Indonesians left the state voluntarily to return home through Tawau and Kota Kinabalu.
Consul General of Indonesia in Kota Kinabalu, Soepeno Sahid
Harap mereka yang berdaftar di bawah program 6P ini akan kembali semula dengan dokumen sah.
BalasPadamHarap selepas ini, masalah pendatang asing dan juga pekerja asing tanpa dokumen boleh dikurangkan.
BalasPadammasih ramai lagi PATI yang belum balik setelah mendaftar, mereka harus balik segera. masuklah ke negara ini dgn cara yang sah.
BalasPadammereka harus balik sebelum operasi pengusiran dijalankan.
BalasPadamlepas ni buat operasi besar2an dan ambil tindakan terhadap mana2 majikan yang tidak bekerjasama dan PATI yang masih engkar dengan arahan kerajaan..
BalasPadamsetakat ini hanya kerajaan Indonesia sahaja yang menunjukkan kerjasama dengan kerajaan kita.. bagaimana dengan kerajaan Filipina, Paksitan, India dan China?
BalasPadamprogram ini tidak akan berjaya kalau tiada kerjasama dari semua pihak.
BalasPadamprogram ini terpaksa mengambil masa yang sangat panjang jika ramai yang masih belum bertindak menguruskan dokumen pasport.
BalasPadamKadang2 imigresen pun bermasalah bila mereka lambat membuat pengesahan sehingga PATI ini terpaksa ulang-alik Indonesia kerana tempoh untuk mereka berada di negeri ini sudah tamat. Majikan pun terpaksa tanggung kos ulang-alik pekerja mereka. Apa macam?
BalasPadammajikan dan pati haruslah sentiasa memberikan kerjasama agar mereka tidak menghadapi sebarang masalah.
BalasPadammajikan dan pati yang tidak memberikan kerjasama akan menghadapi masalah dan dikenakan tindakan.
BalasPadamSemua bagi kerjasama, tentu urusan pun cepat selesai. Jangan banyak timbulkan masalah birokrasi.
BalasPadamharap2 mereka ni dapat didaftarkan. Majikan harus memberi kerjasama dalam hal ni.
BalasPadamBanyak pihak yang tidak bekerjasama untuk menjayakan program ini.
BalasPadamMatlamat utama tidak akan dapat dicapai jika sikap sesetangan masyarakat tidak diubah.
BalasPadamSemoga kerjasama dari semua pihak akan dapat melicinkan lagi program pemgampunan ini.
BalasPadamCuma 1000 orang saja yang keluar dari Sabah selepas program 5P itu. Harap semua yang sudah mendaftar akan memberikan kerjasama untuk pulang terlebih dahulu dan membuat dokumen sah dinegara sendiri.
BalasPadam