Rabu, November 09, 2011

KEMUDAHAN ASAS DI SABAH & SARAWAK DIABAIKAN

Kemudahan asas di Sabah, S'wak diabai BN

Parlimen Nov 9, 2011 : Isu kemudahan asas di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak menjadi salah satu topik utama yang dibangkitkan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Parlimen, semalam.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) (kiri) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar) (kanan) mempersoalkan aspek pelaksanaan di peringkat kementerian kerana banyak kemudahan di dua negeri itu yang disediakan masih tidak dapat digunakan setelah beberapa lama.

"Seperti bekalan elektrik, pemasangan lengkap, pendawaian semua ada. Banyak yang kita boleh nampak tapi tak boleh guna. Bekalan air pun sama. Ada paip tapi tiada air. Sampai hari ini kementerian tidak ambil tindakan," kata Tiong semasa perbahasan peringkat jawatankuasa.

Tiong turut mempersoalkan mengapa kontraktor tempatan tidak dilantik bagi memudahkan urusan penyelenggaraan kemudahan asas di sesuatu kawasan.

NONE"Kenapa tidak dilantik dari kawasan yang sama. Ini kita di Bintulu, kontraktornya dari Miri. Bila ada masalah kita hubungi mereka tapi susah nak berurusan. Satu kontraktor kecil kepada pelbagai kontraktor lain sudahnya huru-hara dan sudahnya tidak sempurna" katanya.

Isu bekalan elektrik turut dibangkitkan oleh Datuk Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) yang mempersoalkan mengapa daerah itu masih tidak mempunyai kemudahan lampu jalan walaupun tiang-tiang lampu sudah dipasang sejak dua tahun lalu.

"Banyak lampu jalan yang disediakan tapi tidak juga menyala. Sudah hampir dua tahun perkara ini berlaku. Tak guna dipasang kalau tidak boleh diguna dan beri kemudahan pada rakyat," katanya.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun ketika menggulung perbahasan itu berkata kira-kira lapan hingga 11 loji air yang besar di Sarawak akan dinaiktaraf bagi mengatasi masalah tekanan air rendah di negeri berkenaan menjelang tahun 2013.

Katanya masalah air yang dihadapi penduduk Sarawak berpunca daripada kapasiti loji yang kecil dan melambatkan projek pembekalan air ke kawasan luar bandar.

NONEMenjawab persoalan mengenai bekalan elektrik, Joseph berkata kementerian bekerjasama dengan Syarikat SESCO Berhad dalam pelaksanaan semua projek bekalan elektrik di Sarawak, dan pemantauan turut dijalankan dari semasa ke semasa.

"Semua pemasangan mesti dapat kelulusan rekabentuk daripada SESCO sebelum kerja-kerja tambahbina dimulakan. Kalau tak ikut spesifikasi, kerja-kerja pembaikan perlu dibuat sebelum projek mula tugas," katanya.   

Bagi negeri Sabah, katanya, setiap lampu jalan yang dipasang di negeri itu akan diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd bagi urusan operasi dan penyelenggaraan.

"Oleh itu, jika terdapat sebarang masalah kita galakkan penduduk menghubungi talian 15454 dan SESB akan mengambil tindakan pembaikan dalam masa tiga hari bekerja," katanya.

Persidangan Dewan bersambung hari ini.

16 ulasan:

  1. Harap kerajaan akan memenuhi keperluan dan kemudahan asas di Sabah.

    BalasPadam
  2. Penduduk setempat juga perlulah membuat laporan kepada SESB mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi ini supaya tindakan segera boleh diambil.

    BalasPadam
  3. masih byk lagi kawasan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur dan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. kawasan2 tersbut tidak harus diabaikan. ia juga perlukan pembangunan.

    BalasPadam
  4. harap semua kawasan di Sabah dan Sarawak akan mendapat pembangunan.

    BalasPadam
  5. kampung saya, kampung jiran sebelah atas dan tepi tidak ada masalah bekalan air dan elektrik.. oleh itu, saya tidak setuju jika ada yang mengatakan kerajaan BN abaikan Sabah..

    BalasPadam
  6. kalau mahu kemudahan asas seperti itu, minta la dengan cara yang betul melalui saluran yang betul..

    BalasPadam
  7. wakil rakyat pun kenalah berperanan dalam mendapatkan kemudahan2 asas ini. begitu juga dengan pemimpin di setiap kampung. sama2 bekerjasama untuk mendapatkan kemudahan kepada penduduk. kalau senyap dan tunggu saja tanpa tindakan sampai bila2 pun tiada.

    BalasPadam
  8. kadang2 ini adalah kelemahan di pihak2 tertentu. tak boleh salahkan kerajaan bulat2.

    BalasPadam
  9. Bazir duit rakyat saja kalau macam ni. Projek siap tapi tidak berfungsi pula. Pihak yang berwajib harus ambil perhatian kes2 macam ini.

    BalasPadam
  10. setuju dengan lavender..tidak boleh menyalahkan satu pihak saja..pelbagai faktor dan kekangan perlu diambil kira.

    BalasPadam
  11. semoga usaha akan terus dilakukan untuk memenuhi keperluan rakyat di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  12. Tidak mustahil jika ada unsur2 vandalisme.

    BalasPadam
  13. Terdapat masih banyak lagi tempat yang perlukan perhatian!

    BalasPadam
  14. Keadaan pasti akan berubah jika perhatian sepenuhnya diberikan!

    BalasPadam
  15. Inilah yang penting sekarang. Jika kemudahan asas ini terlaksana dengan jayanya ini bermaksud kerajaan sanagt mengambil berat dengan rakyat.

    BalasPadam
  16. Harap kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan untuk kemudahan asas yang utama seperti air, elektrik dan jalan raya.

    BalasPadam