Isnin, Oktober 31, 2011

MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN SEKYEN 15 (5 )(A) AUKU ‘MELARANG PENUNTUT UNIVERSITI MENYERTAI POLITIK’ BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

Mahkamah Rayuan Putuskan Sekyen 15 (5 )(a) AUKU Bertentangan Dengan Perlembagaan

PUTRAJAYA Okt 31, 2011 : Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menyekat kebebasan bersuara pelajar.

Keputusan bersejarah itu sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana terlibat dalam kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada April 2010.

Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.

Keputusan 2-1 itu diumumkan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM.

Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing.

Keempat-empat mereka turut telah dihadapkan di mahkamah UKM kerana disyaki terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi telah bebas tuduhan awal Ogos 2010.

Mereka berempat, ketika itu pelajar jurusan sains politik, ditahan oleh polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April 2010.

Empat penuntut UKM (dari kiri) Woon, Hilman, Ismail dan Azlin Shafina.

Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keempat-empat mereka diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Hariss Ibrahim.

Sementara itu, pihak defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

18 ulasan:

  1. Jadi penuntut universtiti terpaksalah mengikuti keputusan mahkamah seperti apa yang diputuskan.

    BalasPadam
  2. Kita tunggulah dan lihat bagaimana nasib empat pelajar di atas nanti.

    BalasPadam
  3. Kalau sudah memang tidak boleh, tidak boleh la, langgar peraturan hukuman menanti.

    BalasPadam
  4. Kalau mereka tidak dikenakan hukuman, esok2 nanti pasti ada yang mengikuti jejak mereka ini.

    BalasPadam
  5. sebagai seorang pelajar, apa manfaat yang mereka perolehi jika aktif berkempen malah terlibat dengan kempen pilihanraya?? pelajar mempunyai tanggungjawab yang berbeza dengan ahli politik.. kalau mahu juga berpolitik, berhenti la jadi pelajar..

    BalasPadam
  6. bayangkan apa akan jadi jika pelajar dan pensyarah dibenarkan berpolitik.. pasti agenda politik itu terbawa2 ketika sesi pembelajaran, dan macam2 boleh berlaku selepas itu jika antara pelajar dan pensyarah mempunyai haluan politik yang berlainan..

    BalasPadam
  7. kamu sebagai pelajar, pergilah belajar, tak perlulah nak ikut berpolitik, mengganggu prestasi akademik sahaja.

    BalasPadam
  8. dah ramai pelajar yang gagal kerana terlalu aktif dalam aktiviti politik. jika nak berpolitik pun, tunggulah habis belajar.

    BalasPadam
  9. rasanya lebih baik setiap pelajar menumpukan perhatian kepada pengajian mereka..

    BalasPadam
  10. jangan kerana aktif berpolitik pelajaran pula terjejas..

    BalasPadam
  11. Habiskan dulu belajar tu. Duit pinjaman belum tentu dapat bayar balik, sibuk mahu berpolitik. Kalau kena buang U, apa macam?

    BalasPadam
  12. Golongan belia ni senang sangat kena pengaruh.

    BalasPadam
  13. masa muda ni lah terutama golongan yang masih menuntut inginkan kebebasan yang lebih. jika mereka dihalang, memberontaklah mereka.

    BalasPadam
  14. apapun, undang2 tetap undang2. pelajar kena ikuti sebab semua ni untuk kebaikan juga.

    BalasPadam
  15. lebih sesuai pelajar tumpuhkan sepenuh perhatian kepada pelajaran. lepas sudah abis belajar tiada yang melarang kalau mahu berpolitik.

    BalasPadam
  16. parent hantar sambung belajar bukan untuk main politik tapi untuk belajar. Jangan hampakan parent.

    BalasPadam
  17. tumpukanlah kepaa pembelajaran.. Tidak perlulah susah-susah berpolitik.

    BalasPadam
  18. Keputusan Mahkamah perlulah diikuti. Harap para pelajar universiti tidak akan melanggar undang-undang tersebut.

    BalasPadam