Isnin, Oktober 31, 2011

RAKYAT MALAYSIA PERLU BERANI MENGAMBIL RISIKO - NAJIB

success23d Contohi Steve Jobs, jangan takut ambil risiko – Najib

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Rakyat Malaysia perlu berani mengambil risiko dalam usaha menjadi seorang yang inovatif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, seorang inovator akan meneroka jejak baru berbanding hanya mengikut laluan yang telah ditinggalkan oleh orang lain.

Najib berkata, kehilangan penginovasi terdahulu seperti pengasas syarikat elektronik Apple, Steve Jobs; seorang daripada pengasas Sony Corporation dan pencipta Walkman, Akio Morita; dan pengasas Pan American World Airways, Juan Trippe, telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia yang telah banyak menerima manfaat daripada pemikiran inovatif mereka.

image "Warisan yang telah ditinggalkan oleh Steve Jobs, Juan Trippe, Akio Morita dan ramai lagi para inovasi dunia telah membuatkan saya berhenti untuk berfikir seketika... banyak yang boleh dipelajari daripada daripada mereka,” katanya dalam entri terbaru blog http://www.1malaysia.com.my.

Najib menyarankan agar mereka ini dijadikan contoh, dengan harapan suatu hari nanti Malaysia dapat meletakkan nama rakyat negara ini dalam analogi sejarah dunia sebagai tokoh yang telah berjaya merubah dunia dengan pemikiran inovatif mereka.

Perdana Menteri berkata, pada ketika ini rakyat Malaysia seperti Prof Dr Halimaton Hamdan, Phua Khein Seng dan Tan Sri Tony Fernandes telah membawa idea dan pendekatan inovatif mereka dalam cara untuk melihat dunia moden dari segi teknologi nano, penyimpanan data dan pengangkutan udara.

17 ulasan:

  1. Steve Jobs sememangnya seorang yang patut dijadikan contoh kepada semua.

    BalasPadam
  2. Harap rakyat akan berani mengambil risiko yang tertentu demi innovasi dan pembaharuan.

    BalasPadam
  3. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru...hidup hanya sekali....

    BalasPadam
  4. Jika orang lain boleh berjaya kenapa pula diri sendiri tidak boleh? Yakin boleh pasti akan memberikan sesuatu pulangan yang hebat.

    BalasPadam
  5. sistem pendidikan juga penting bagi melahirkan seseorang inovatif..

    BalasPadam
  6. walau sejauhmana keberanian kita dalam menghadapi risiko, tanpa pendidikan, usaha kita sukar untuk membuahkan hasil seperti yang diingini..

    BalasPadam
  7. kejayaan yang capai oleh tokoh2 perniagaan harus kita jadikan contoh.

    BalasPadam
  8. untuk berjaya perlu ada daya usaha yang gigih dan berani menghadapi risiko.

    BalasPadam
  9. kejayaan yang dicapai oleh mereka patut dicontohi..

    BalasPadam
  10. kita perlu berusaha bersungguh-sungguh agar kita boleh mencapai kejayaan..

    BalasPadam
  11. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    BalasPadam
  12. Be realistic and strive for your dreams.

    BalasPadam
  13. jarang boleh jumpa orang2 seperti mereka di dunia ni. kebanyakan manusia hanya menggunakan sebelah otak mereka. bayangkan jika semua manusia seimbang dalam menggunakan kedua2 belah otak mereka. pasti lebih banyak tokoh2 inovasi yang akan muncul.

    BalasPadam
  14. mungkin tokoh seperti mereka diberikan kelebihan oleh Tuhan tapi sekurang2nya yang kita ni perlu sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa bila menghadapi kegagalan/cabaran.

    BalasPadam
  15. kita perlu positif pada setiap perubahan.

    BalasPadam
  16. Nanti lain pula risiko yang rakyat Malaysia fikirkan.

    BalasPadam
  17. Rakyat perlulah pandai menilai sendiri perkara yang perlu untuk mereka. Peluang dimana-mana pun ada hanya tinggal usaha dan kegigihan kita.

    BalasPadam