Jumaat, Oktober 07, 2011

SUAMI HILANG SABAR ISTERI BERSALIN, TUMBUK PEMANDU AMBULANS

Pemandu dapat 'hadiah' penumbuk

MOHADI menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas ditumbuk seorang lelaki di Besut, Terengganu semalam.

BESUT  7 Oktober 2011 - Seorang lelaki yang gagal mengawal perasaan marahnya bertindak menumbuk mata seorang pemandu ambulans selepas berang dengan tindakan mangsa yang didakwanya lambat tiba untuk membawa doktor dan dua jururawat bagi membantu isterinya bersalin semalam.

Kejadian pukul 2.45 pagi itu menimpa Mohadi Mohd. Jaafar, 39, sebaik dia tiba di rumah pasangan itu di Kampung Alur Luntah dekat sini. Difahamkan, ketika mereka tiba, isteri lelaki itu telah selamat melahirkan sepasang anak kembar.

Menurut Mohadi, kemungkinan atas sebab itu lelaki tersebut yang marah kerana isterinya bersalin tanpa bantuan doktor dan jururawat terus menumbuk mata kirinya.

"Selepas mendapat panggilan daripada Penolong Pegawai Perubatan di unit kecemasan Hospital Besut pada pukul 2.30 pagi, saya mengambil seorang doktor dan dua jururawat lalu terus memandu ke lokasi yang diarahkan.

"Sebaik saya tiba di rumah pasangan itu 15 minit kemudian, doktor dan dua jururawat terus masuk ke rumah. Seorang lelaki kemudian memarahi saya dan terus menumbuk mata kiri saya kerana katanya sebagai 'hadiah' kerana tiba lewat untuk membantu isterinya bersalin," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, dalam menahan sakit, dia masih sanggup membawa pasangan bayi itu dan ibunya ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Saya lakukan tugas itu sebagai tanggungjawab hakiki saya membawa orang yang sakit atau memerlukan bantuan ke hospital," katanya lagi.

Ujar Mohadi, dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Dia membuat laporan di Balai Polis Jerteh kira-kira pukul 3.25 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan siasatan masih dilakukan sebelum polis mengambil mengambil tindakan lanjut.

-------

Bapa tumbuk pemandu ambulans mohon maaf

"Saya bertindak spontan apabila dia menjawab 'aku datang pun nasib baik' selepas saya bertanya 'mu pergi mana?' sejurus dia tiba bersama petugas perubatan di rumah saya di Kampung Alur Lintah, Besut, pukul 2.45 pagi semalam.

"Saya dalam keadaan tertekan kerana dua anak lelaki yang lahir tidak cukup bulan itu kelihatan tenat kerana tidak diberi rawatan sewajarnya selepas bersalin lebih setengah jam,"

"Saya akui saya salah dan saya sudah meminta maaf dengan pemandu ambulans itu tetapi saya kesal kerana kelewatan bantuan tiba, salah seorang anak saya kini kritikal,"

Mohd. Azril Nor Azmi, 31

7 ulasan:

  1. lelaki tersebut terlalu sayangkan isteri, sampai dia hilang kawalan.

    BalasPadam
  2. Orang mudah hilang kawalan bila sudah terlalu marah. Si suami takut akan terjadi apa2 ke atas bininya kerana bersalin tanpa bantuan pakar.

    BalasPadam
  3. syukur isterinya selamat melahirkan anak walaupun tanpa doktor dan jururawat.

    BalasPadam
  4. Saya faham juga perasaan bapa ini, pasti dia terlalu panik sehingga hilang kawalan. Tapi harap lain kali janganlah terlalu mengikuti emosi.

    BalasPadam
  5. kita semua perlulah sentiasa belajar untuk mengawal emosi..

    BalasPadam
  6. Itu bukannya tidakkan yang patut untuk seorang bapa. Sepatutnya sabar perlu ada itu semua adalah dugaan. Kenapa perlu tumbuk orang pula. Betullah. Nasib baik dia datang kalau dia tidak datang baru padan muka. Bukan senang mahu datang tepat pada masanya. Pelbagai halangan jalan raya pasti akan berlaku masa itu. Jadi jangan hanya mahu orang fahami kita, tapi fahamilah juga orang lain.

    BalasPadam
  7. betul tu gloria.. sebelum memikirkan kesusahan kita, fikirkan juga kesusahan orang lain. apa2pun yang penting lelaki itu telahpun memohon maaf..

    BalasPadam