Operasi penguatkuasaan terhadap PATI tindakan realistik, kata Azman
KENINGAU 19th Oct, 2011: Operasi penguatkuasaan besar-besaran yang bakal dilakukan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di seluruh negara perlu dilihat sebagai satu tindakan realistik demi kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara.
Ketua Pemuda Umno bahagian Keningau, Azman Haji Ruslan, berkata langkah itu juga membuktikan bahawa kerajaan serius dan komited untuk menangani masalah PATI di negara ini, khususnya di Sabah.
Beliau yakin penguatkuasaan itu suatu tindakan yang wajar, malahan mana-mana negara pun pasti mengambil langkah yang sama, demi memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat dan negara.
Beliau berkata, apa yang penting ialah pendatang tanpa izin mesti sedar bahawa memasuki sesebuah negara secara haram adalah salah dan oleh itu mereka sepatutnya tidak ada alasan untuk cuba menetap di negara kita secara haram.
“Saya berharap mereka (PATI) menyerah diri sebaik-baiknya sebelum atau semasa gerakan operasi besar-besaran itu dikuatkuasakan, demi kebaikan mereka sendiri,” katanya kepada media di sini kelmarin.
Azman mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, baru-baru ini bahawa lebih empat juta penguaskuasa di seluruh negara akan digerakkan untuk operasi program 6P.
Program 6P ialah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin.
Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa gerakan bersepadu itu, yang bakal diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan disokong RELA, Polis DiRaja Malaysia serta anggota Angkatan Tentera Malaysia, akan membabitkan lokasi darat, laut dan sempadan daratan.
Menurut Mahmood, tindakan PATI menyerah diri akan mengecualikan mereka daripada hukuman undang-undang, tetapi pada masa sama, majikan serta PATI akan terikat dengan peraturan untuk menghantar pulang PATI ke negara asal mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.
Azman berkata semua pihak, termasuk penduduk kampung, pemilik kebun, tanah-tanah persendirian, ladang dan majikan perlu memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan operasi penguatkuasaan itu.
“Saya juga ingin menasihatkan penduduk tempatan supaya tidak menyewakan tanah-tanah mereka sewenang-wenangnya kepada orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya.
“Apabila kita menyewakan tanah-tanah kepada pendatang asing, pastikan juga kebun anda itu tidak dijadikan tempat persembunyian pendatang tanpa izin,” katanya.
Menjawap soalan, mantan Ketua Pemuda Umno Sabah itu, berkata pergantungan kepada buruh asing untuk memajukan pelbagai sektor pembangunan di negara ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat, terutama sekali golongan muda.
“Isu pengambilan tenaga kerja asing tidak akan timbul sekiranya orang-orang tempatan sanggup mengambil alih peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pembangunan di negara ini.
“Sudah tiba masanya kita mengambil perhatian serius tentang isu pengambilan pekerja asing, kerana untuk jangka waktu panjang ia akan merugikan rakyat dan negara, terutama sekali dari segi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Azman, yang juga seorang peguam, berkata masalah PATI wajar dilihat secara realistik, terutama melihat impaknya dari segi tekanan dan bebanan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Malaysia, malahan para pembayar cukai.
“Contohnya, masalah kesesakan penghuni penjara, dimana Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mengurangkan kesesakan penghuni penjara di seluruh negeri Sabah.
“Secara peribadi saya melihat ia bukan setakat kesesakan penghuni penjara, tetapi persoalan lebih besar ialah isu keselamatan.
“Saya tidak fikir bahawa dengan membina lebih banyak penjara dan pusat tahanan di seluruh negara akan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin untuk jangka waktu panjang. Lebih praktikal ialah menghantar mereka ke negara asal,” katanya.
The crime rates certainly increased with the presence of illegals.
BalasPadamThe illegal immigrants issue should not be brushed off easily, it poses a lot of major problems within the state if it weren't handled properly.
BalasPadamSaya pasti semua mengetahui kesan2 negatif kebanjiran PTI di Sabah. Keadaan semakin hari semakin teruk.
BalasPadamTulis dan baca banyak pun tidak ada gunanya jika tidak ada tindakan segera.
BalasPadamkebanjiran PATI membawa byk masalah, byk masalah sosial, jenayah berlaku kerana PATI.
BalasPadamoleh itu, ktia harus segera menghantar balik2 PATi2 tersebut dan jgn biarkan mereka masuk ke negara kita lagi.
BalasPadaminilah tindakan yang ditunggu2 oleh rakyat. sudah tiba masanya pihak berkuasa menggunakan pendekatan agresif bagi menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di negara ini..
BalasPadamSabah wajar diberikan tumpuan dan pastikan operasi besar2an ini sampai ke setiap pelusuk negeri. dan jangan sekali2 berkompromi dengan majikan2 yang melakukan kesalahan.. good luck!
BalasPadamsanggupkah rakyat2 tempatan mengambil alih peluang2 pekerjaan dalam perladangan,pembinaan? kalau sanggup mungkin negara tidak perlu lagi mengambil pekerja2 warga asing.
BalasPadamkalau niat datang ke negara ini adalah untuk bekerja, sepatutnya warga asing ni menjaga tingkah laku dan bukannya menimbulkan masalah. Ini bila sudah di penjara, bukan pula untuk menyumbang tenaga kerja tapi membeban/menghabiskan wang kerajaan Malaysia saja.
BalasPadam“Saya berharap mereka (PATI) menyerah diri sebaik-baiknya sebelum atau semasa gerakan operasi besar-besaran itu dikuatkuasakan, demi kebaikan mereka sendiri,”
BalasPadamOpersai yang macam mana dimaksudkan itu? Harap2 ada tindakan tegas selepas ini. Jangan cakap saja.
Orang tempatan pun jangan memilih pekerjaan. Ada yang sudah diterima kerja tapi tidak buat kerja betul2 lepas tu suka lari macam tu saja. Orang tempatan sendiri kena ubah persepsi majikan terhadap mereka.
BalasPadamPati menyumbang kepada pelbagai masalah yang berlaku...
BalasPadamharap operasi penguatkuasaan yang bakal dilakukan akan dapat mengurangkan kebanjiran pati di negara ini.
BalasPadamJika berterusan warga asing masuk tapi langsung tidak ada yang keluar apa yang akan jadi dengan negara kita?? Kebanjiran warga asing berlaku.
BalasPadamJadi kerajaan perlulah menangani masalah kebanjiran PATI di Negara kita ini. Lihat sendiri sekarang jumlah PATI di Negara kita ini sangat ramai tidak kira dimana pun apatah lagi dalam penjara. Kebanjiran mereka ini sangat tidak terkawal.
BalasPadam