Bantuan Khas RM500 Digesa Disalur Melalui Pejabat Daerah
KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar bantuan RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dilakukan secara terus menerusi Pejabat Daerah bagi mengelak karenah birokrasi.
Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkata rakyat di peringkat akar umbi berharap kerajaan menggunakan mekanisme yang mudah dan cepat seperti menggunakan saluran menerusi Pejabat Daerah yang berhampiran kawasan mereka.
"Pendekatan tapisan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dianggap menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal di kawasan luar bandar.
"Proses akan menjadi rumit kerana ada sesetengah rakyat tidak pernah pergi ke LHDN," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktoberr lalu, kerajaan bersetuju memberi RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
Halimah berkata pelaksanaan itu seharusnya dilakukan dengan lebih terperinci bagi memudahkan rakyat mendapat manfaat daripada peruntukan Belanjawan 2012.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memperbetulkan isu pemberian bantuan itu yang diputarbelitkan oleh pembangkang dengan mendakwa ia akan diberikan pada setiap bulan sebelum rakyat terpengaruh dan menyalahkan kerajaan.
"Bantuan ini perlu disalurkan segera untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat sekaligus mengelak perkara itu menjadi isu dan diambil kesempatan oleh pembangkang.
"Pembangkang guna isu ini dengan berkata kerajaan beri bantuan RM500 pada tiap bulan bukan sekali sahaja seperti dibentangkan Perdana Menteri," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat disambung pada Rabu.
Hope that the related government agencies will distribute the aids to the needy family as soon as possible.
BalasPadamThis RM500 aids will be able to help ease some burdens for the hardcore poor families. Hope that the promises made will be fulfilled soon.
BalasPadamSemasa pengahihan jangan benarkan penyelewengan berlaku!
BalasPadamharap pengagihan bantuan tersebut dilakukan dgn adil.
BalasPadamsiapapun yang dipertanggungjawabkan mengagihkan bantuan ini, pastikan agensi pelaksana itu dapat menyalurkan bantuan tepat kepada sasaran. kegagalan agensi pelaksana menjayakan program bantuan ini juga boleh dijadikan isu oleh pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan..
BalasPadamdan pastikan mereka yang benar2 layak mendapat bantuan tersebut.
BalasPadamtidak semua janji2 kerajaan ini boleh dilaksanakan sebelum pilihanraya umum, tapi sekurang2nya tunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedang berusaha kearah itu dan mana2 janji yang boleh dilaksanakan serta merta jangan dilambat2kan.
BalasPadamSemoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk, namun begitu jangan terlalu bergantung kepada bantuan ini. Jika masih mampu untuk bekerja dan mencari rezeki, jangan malas untuk melakukan demikian.
BalasPadamtapi ada baiknya juga pendekatan tapisan LHDN ni sebab banyak kes penipuan. ada yang layak tapi tidak diberi sedangkan yang tidak layak pula dapat bantuan. kadang2 terdapat di kalangan rakyat ni yang memberi maklumat tidak tepat.
BalasPadambantuan RM500 one-off oleh kerajaan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3000 sebulan. rasanya adakah bantuan ini sungguh dapat membantu rakyat yang miskin sedangkan ia hanya diberi sekali saja?
BalasPadamMasalah birokrasi harus ditangani kerana ia sering melambatkan urusan.
BalasPadamBantuan Rm500 ini diberi sekali saja kah?
BalasPadamapa yang dikatakan oleh Datuk Halimah Mohd Sadique, mungkin boleh dipertimbangkan..
BalasPadamsemoga bantuan ini akan dapat diberikan kepada semua golongan sasaran dengan lancar dan berkesan.
BalasPadamJadi jika ingini mendaftar terus pergi ke LHDN untuk mengisi borang yang disediakan untuk bantuan khas ini.
BalasPadamMasih ada pertanyaan difikiran rakyat..RM500 itu adalah untuk setahun ataupun sebulan sekali? Kerana tidak ada penjelasan terperinci berhubung bantuan ini.
BalasPadamRM500 yang diberikan hanya sekali dalam setahun. Tapi masalahnya sakarang ialah di manakah kita harus memohon bantuan tersebut. Seperti dikatakan oleh PM melalui LHDN tapi menurut Datuk Halimah Mohd Sadique pula melalui Pejabat Daerah. Jadi mana yang patut di ikuti ni....Bagi mereka yang bertanggungjawab perkara ini haruslah memberi informasi yang tepat dan tidak memutar belitnya supaya tidak mengelirukan rakyat....
BalasPadam