Rabu, Oktober 19, 2011

“JABATAN CAWANGAN KHAS AKAN MEMASTIKAN SESIAPA SAHAJA INDIVIDU YANG SENGAJA MENIMBULKAN KEKACAUAN UNTUK MENGGUGAT KESELAMATAN RAKYAT & NEGARA AKAN DITAHAN & DIDAKWA DI MAHKAMAH ... “ - SAC MD SOFIAN

Pelajar perlu teliti maklumat yang disebarkan

khas4 LABUAN 17 Okt 2011 : Jabatan Cawangan Khas (JCK) akan terus menangani aktiviti puak pelampau yang sengaja menimbulkan provokasi untuk menggugat keselamatan rakyat dan negara ini.

imageKetua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata pegawai dan anggota Cawangan Khas sentiasa bekerja keras agar puak pelampau agama, politik, sosial, ekonomi dan perkauman tidak bergerak cergas di negara ini.

Katanya, pihaknya sentiasa memantau setiap pergerakan dan aktiviti puak pelampau yang sengaja ingin melihat negara ini dalam keadaan huru-hara dan tidak stabil seperti mana yang berlaku di Asia Barat, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Beliau berkata Jabatan Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan memastikan kehidupan seharian rakyat berbilang agama dan bangsa termasuk warga asing yang bermastautin di negara ini berada dalam keadaan selamat.

“Jabatan Cawangan Khas akan memastikan sesiapa sahaja individu yang sengaja menimbulkan kekacauan untuk menggugat keselamatan rakyat dan negara akan ditahan dan didakwa di mahkamah supaya orang ramai termasuk pelancong boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah “Ancaman Keselamatan Negara‘ di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, SAC Datuk Syed Ahmad Syed Hassan dan Penolong Pendaftar Kanan Pentadbiran UMS-KAL, Musnin Matersah.

khas9 Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, IPK Sabah, ACP Mohd Zainal Rahmat, Pegawai Turus IPK Sabah, Superitendan Hashim Justin, Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMS-KAL, Norhanizah Adnan, Pegawai Psikologi UMS-KAL merangkap pengerusi penganjur, Nur Iman Reedzal, pegawai kanan dan pensyarah.

Sofian berkata pihak polis terutama Jabatan Cawangan Khas mahu rakyat mengambil iktibar daripada peperangan, kekacauan dan pergaduhan di negara luar yang tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak malah sebaliknya rakyat akan menjadi ketakutan untuk menjalani kehidupan seharian serta menjejaskan pelaburan ekonomi dan ketidakstabilan politik tanahair.

Beliau juga mahu golongan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta supaya meneliti terlebih dahulu maklumat yang diperolehi daripada sumber yang kurang jelas mengenai sesuatu isu bagi mengelak mereka terkeliru dengan suasana yang berlaku di negara ini.

Sehubungan itu, Sofian berharap golongan pelajar di IPTA dan IPTS lebih berwaspada dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menyebarkan fahaman mereka sehingga boleh menggugat keselamatan negara dan rakyat keseluruhannya.

Selain itu, beliau menjelaskan keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia ketika ini disebabkan oleh kesediaan pelbagai pihak termasuk rakyat sendiri menerima konsep pelbagai agama dan kaum selaras dengan gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa.

“Rakyat boleh hidup aman damai dan tenteram kerana saling percaya mempercayai dan menerima pelbagai budaya dan agama di negara ini. Toleransi dan perpaduan adalah kunci keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman yang dinikmati rakyat dan negara ini sejak sekian lama,“ katanya.

15 ulasan:

  1. Itu sudah pasti! Mana2 individu yang bersalah harus dikenakan hukuman setimpal.

    BalasPadam
  2. Hope that this will be done fairly, make sure that those who are really causing conflicts in the country will be detained.

    BalasPadam
  3. Tidak ada yang dapat menghalang kita dari melakukan kesalahan selain dari diri kita sendiri.

    BalasPadam
  4. We must maintain the peace and harmony between our people.

    BalasPadam
  5. kebebasan ada hadnya. kalau terlalu bebas sampai tidak terkawal pun susah juga. saya harap semua parti2 politik di negara ini sentiasa bertindak profesional samada dari segi tindakan mahupun percakapan.

    BalasPadam
  6. sesiapa yang cuba nak menimbulkan kekacauan di negara kita harus dikenakan tindakan segera.

    BalasPadam
  7. kerajaan juga perlu berhati2 dalam setiap tindakan atau ketika membuat keputusan bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menimbulkan huru hara atau kekacauan dalam negara.. sama2 la kita memainkan peranan..

    BalasPadam
  8. terfikir pula apa yang akan menggantikan ISA lepas ni.

    BalasPadam
  9. puak pelampau ni sinonim dengan negara2 luar yang sering berhadapan dengan peperangan dan kekecohan. harap2 janganlah timbul puak2 pelampau di negara ni. teruskan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama.

    BalasPadam
  10. Makanya JCK harus adil dalam siastan mereka dan tidak menyebelahi golongan2 tertentu.

    BalasPadam
  11. Seriously, I don't like those extremists group that always think they are right. These people should be brainwashed.

    BalasPadam
  12. sebarang tindakan yang melanggar undang-undang memang wajar dikenakan hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  13. semoga ketenteraman awam dan perpaduan negara ini akan sentiasa dijaga dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  14. Baguslah kalau ada Jabatan Cawangan Khas ditubuhkan untuk memantau perkara sebegini.

    BalasPadam
  15. Harap rakyat kita ini akan mengutamakan keamanan negara kita ini. Janganlah kita mudah termakan hasutan orang lain untuk menghuru-harakan keadaan. Itu bukan yang terbaik.

    BalasPadam