Isnin, September 19, 2011

"SASARAN UTAMA SOGCA IALAH UNTUK MENUNJUKKAN HASRAT FIRMA-FIRMA TEMPATAN SABAH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS DI MALAYSIA TIMUR," - ISKANDAR

Projek Petronas Akan Majukan Sabah, Kata Persatuan Kontraktor

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Sabah (SOGCA) menyifatkan kehadiran Petronas di Sabah akan menyumbang dengan ketara kepada pembangunan negeri itu.

Presidennya Datuk Iskandar Malik berkata Petronas telah menunjukkan keikhlasan dalam membawa pembangunan minyak dan gas ke Sabah.

 "Ya, kami gembira dengan peranan Petronas di Sabah dan itulah sebabnya kami membentuk SOGCA kerana kami percaya Petronas diuruskan dengan baik.

image"Bagi kami, Petronas milik setiap rakyat Malaysia dan kami seharusnya berkongsi peluang yang diberikan oleh syarikat minyak negara itu,"

katanya.

Iskandar berkata demikian sebagai mengulas rancangan Petronas untuk membangunkan projek-projek utama jangka panjang yang boleh mendatangkan hasil kewangan dan menambah nilai kepada sumber petroleum Sabah yang akan membawa perolehan yang lebih besar kepada negeri itu.

Dengan penemuan sumber minyak dan gas di luar pesisir Sabah, Petronas berusaha ke arah projek-projek minyak dan gas huluan dan hiliran, melibatkan gabungan pelaburan modal sebanyak RM45 bilion.

Projek yang berkait dengan rancangan Petronas tersebut ialah Projek Minyak dan Gas Bersepadu Sabah-Sarawak, yang terdiri daripada pembangunan hiliran lapangan minyak dan gas luar pesisir bagi Terminal Minyak dan Gas Sabah serta Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak.

Iskandar berkata SOGCA juga menyambut baik rancangan Petronas untuk mendirikan kilang baja mega bernilai RM4.6 bilion dan Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang.

SAMUR yang dijangka siap pada 2015, akan menjadi kemudahan urea berbutir tunggal terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.2 tan metrik.

Menurut Petronas, sejumlah besar keluaran kilang tersebut akan dieksport kepada pelanggan di Asia Pasifik manakala bakinya untuk keperluan pertanian tempatan.

Terletak di Taman Perindustrian Sipitang, kira-kira 160 kilometer dari Kota Kinabalu, SAMUR, yang pembinaannya dijadualkan bermula pada suku kedua tahun depan, dijangka memulakan operasi pada 2015.

"Ia (SAMUR) akan tentunya memberi faedah kepada Sabah. Memandangkan negeri kami mempunyai potensi yang besar dalam pertanian, penubuhan projek ini tentunya tepat pada masanya.

"Limpahan projek daripada SAMUR akan hebat. Kesan ekonomi akan amat ketara memandangkan ia akan menjimatkan banyak wang dari segi pengimportan baja. Kami yakin ia akan memberi faedah kepada setiap orang di semua peringkat," katanya.

Iskandar berkata Petronas telah melabur dengan banyak untuk membangunkan industri minyak dan gas di Sabah.

"Okey kalau berjaya tetapi bagaimana kalau gagal?

"Kami juga memahami kenapa Petronas tidak memberikan projek-projek besar kepada kontraktor tempatan terutama projek luar pesisir kerana akan melibatkan banyak faktor seperti kepakaran, perbankan, pekerja dan sebagainya.

"Tetapi, sekarang ini pun Petronas telah memberikan peluang kepada kontraktor tempatan dan mereka juga menasihatkan kami untuk menjalin pakatan dengan peserta yang telah kukuh," katanya.

Mengenai SOGCA, Iskandar berkata ia merupakan sebuah badan yang menjaga anggota yang keanggotaannya terhad hanya pada kontraktor Sabah serta syarikat-syarikat yang mempunyai lesen Petronas bagi pelbagai kontrak Petronas.

"Sasaran utama SOGCA ialah untuk menunjukkan hasrat firma-firma tempatan Sabah untuk mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas di Malaysia Timur," katanya dan menambah yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada peserta industri minyak dan gas yang sebelum ini pernah bekerja sama ada dengan Petronas atau Shell.

44 ulasan:

  1. Diharapkan syarikat-syarikat temptan akan diberi peluang untuk mengikuti projek-projek yang berkaitan dengan minyak dan gas.

    BalasPadam
  2. Semoga industri gas dan minyak Sabah akan bangkit maju.

    BalasPadam
  3. Harap semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan dan keuntungan itu adalah untuk Sabah.

    BalasPadam
  4. Inilah masanya untuk petronas memberikan lebih keuntungan kepada Sabah untuk mengantikan Royalti yang tidak berbaloi untuk Sabah.

    BalasPadam
  5. Sabahan perlu mencari peluang untuk mendapatkan pekerjaan, apatah lagi projek ini dibuat di Sabah.

    BalasPadam
  6. diharapkn selepas ini industri gas dan minyak di sabah semakin membangun..memberi lebih banyak keuntungan kepada sabah..

    BalasPadam
  7. Does SOGCA also represents the workers who currently work & previously work in the OGI (Oil & Gas Industry)? or only the OGI company?

    SOGCA should encourage its member to hired sabahan as their workforce. I believe many Sabahan is working in the oversea's OGI right now...

    BalasPadam
  8. "Limpahan projek daripada SAMUR akan hebat. Kesan ekonomi akan amat ketara memandangkan ia akan menjimatkan banyak wang dari segi pengimportan baja. Kami yakin ia akan memberi faedah kepada setiap orang di semua peringkat," - harap projek ini benar2 memberi kesan +ve kepada pembangunan di Sabah

    BalasPadam
  9. harap SOCCA dapat membangkitkan lagi semangat syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam industri minyak dan gas untuk menyumbang dengan ketara kepada pembangunan negeri Sabah dan bukannya berkepentingan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

    BalasPadam
  10. semoga hasrat Petronas untuk membangunkan projek-projek utama jangka panjang di Sabah berjaya seterusnya akan membawa perolehan yang lebih besar kepada negeri itu.

    BalasPadam
  11. semoga sasaran utama SOGCA berjaya dan mendapat sambutan hangat

    BalasPadam
  12. harap projek2 yang diusahakan oleh Petronas dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan

    BalasPadam
  13. kontraktor minyak dan gas Sabah perlu meningkatkan lagi kemahiran dan pengalaman mereka agar dapat bersaing dengan kontraktor2 dari luar.

    BalasPadam
  14. para pekebun/peladang juga pasti akan mudah mendapatkan baja dengan harga yang murah dari kilang yang dibina di Sabah.

    BalasPadam
  15. jika benar projek2 Petronas ini mampu menyumbang ketara kepada pembangunan di negeri ini, dalam 10 tahun yang akan datang Sabah tidak lagi memegang gelaran negeri termiskin di Malaysia.

    BalasPadam
  16. golongan2 muda Sabah juga perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam sektor ini agar peluang pekerjaan yang ada nanti dapat diisi oleh rakyat Sabah sendiri.

    BalasPadam
  17. harap projek-projek yang dilakukan akan memberikan banyak menfaat pembangunan kepada Sabah.

    BalasPadam
  18. kotraktor atau syarikat tempatan juga diharap akan mendapat banyak peluang untuk terlibat dalam industri ini.

    BalasPadam
  19. semoga lebih byk manfaat diperolehi oleh Sabah.

    BalasPadam
  20. petronas juga harus meneliti semula royalti minyak yang sedia ada...royalti minyak yang lebih tinggi untuk diberikan kepada sabah harus dipertimbangkan..

    BalasPadam
  21. syarikat2 tempatan sabah harus diberikan keutamaan oleh petronas..

    BalasPadam
  22. diharapkan juga projek2 petronas ini akan memberikan manfaat kepada rakyat sabah khususnya...

    BalasPadam
  23. projek2 petronas ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak...diharapkan agar rakyat sabah diutamakan untuk mengisi peluang2 pekerjaan ini..

    BalasPadam
  24. "Sasaran utama SOGCA ialah untuk menunjukkan hasrat firma-firma tempatan Sabah untuk mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas di Malaysia Timur,"

    maka usaha2 sewajarnya harus dilakukan agar hasrat ini tercapai.

    BalasPadam
  25. Baguslah kalau Petronas beri peluang kepada kontraktor tempatan. Harap ia dapat diteruskan.

    BalasPadam
  26. Dengan adanya kerjasama yang baik saya yakin industri gas dan minyak Sabah pasti akan bertambah maju.

    BalasPadam
  27. Justeru untuk kebaikan bersama, semua pihak harus sentiasa berusaha menjalin hubungan baik dan memastikan setiap peluang yang ada digunakan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  28. Dalam banyak2 hal yang melibatkan minyak kan paling saya mahu tunggu ialah kenaikan royalti minyak. hehhe

    BalasPadam
  29. Tapi sekrang ni yang penting Sabahan menggunakan sebaik mungkin ruang dan peluang yang ada untuk membuktikan kemampuan diri.

    BalasPadam
  30. Keuntungan Petronas perlu dinikmati lebih kepada rakyat Sabah.

    BalasPadam
  31. Memang itulah yang petronas lakukan. Tapi agaknya lebih baik jika pemprosesan juga dilakukan di Sabah sendiri dan tidak perlu dihantar keluar ke Sarawak.

    BalasPadam
  32. Inilah peluang untuk orang tempatan mencaburi diri dalam minyak dan gas. Petronas sudah mula memberikan perkhidmatan dan peluang kepada penduduk tempatan untuk lebih mendekati diri dalam bidang tersebut. Jadi rebutlah peluang yang telah diberikan ini.

    BalasPadam
  33. Bila sudah siap SOGT di Kimanis Sabah akan memberikan banyak peluang pekerjaan. JAdi kita mengharapkan petronas akan lebih memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan Sabah terlebih dahulu.

    BalasPadam
  34. "Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Sabah (SOGCA) menyifatkan kehadiran Petronas di Sabah akan menyumbang dengan ketara kepada pembangunan negeri itu."

    Semoga Petronas mengutamakan rakyat Sabah dan sanggup memberi peluang kepada pemuda-pemudi yang berkebolehan.

    BalasPadam
  35. Kejayaan industri minyak & gas di Sabah memerlukan usaha dan kerjasama semua golongan. Harap Petronas memberi peluang kepada orang Sabah untuk membuktikan kebolehan mereka.

    BalasPadam
  36. Adakah kontracktor2 dan syarikat2 tempatan bersedia dan berkebolehan untuk handle projek Petronas? Jika ya, seharus diberi peluang juga.

    BalasPadam
  37. rakyat Sabah sendiri perlu berusaha merebut peluang yang ada.. jangan hanya duduk menunggu bantuan dan bila tidak ada bantuan sampai dia sibuk menghebahkan kepada media kononnya diabaikan..

    BalasPadam
  38. "Iskandar berkata SOGCA juga menyambut baik rancangan Petronas untuk mendirikan kilang baja mega bernilai RM4.6 bilion dan Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang."

    Projek ini membawa manfaat positif kepada semua pihak. Petronas mendapat keuntungan, Orang Sabah mendapat peluang pekerjaan dan pendapatan yang tetap dan aktiviti pertanian dapat diperkembangkan.

    BalasPadam
  39. "Sasaran utama SOGCA ialah untuk menunjukkan hasrat firma-firma tempatan Sabah untuk mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas di Malaysia Timur,"

    Semoga hasrat dan misi SOGCA mencapai kejayaan yang dapat memperkembangkan banyak sektor and ekonomi Sabah.

    BalasPadam
  40. "Presidennya Datuk Iskandar Malik berkata Petronas telah menunjukkan keikhlasan dalam membawa pembangunan minyak dan gas ke Sabah."

    Sumber semula jadi seperti minyak dan gas di Sabah seharus diusahakan dengan baik untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Usaha Petronas untuk membangunkan industri ini amat diperlukan sebab Petronas berpengalaman dan status kewangan yang baik.

    BalasPadam
  41. "rancangan Petronas untuk membangunkan projek-projek utama jangka panjang yang boleh mendatangkan hasil kewangan dan menambah nilai kepada sumber petroleum Sabah yang akan membawa perolehan yang lebih besar kepada negeri itu."

    Semoga rancangan/projek jangka masa panjang Petronas sememangnya membawa kesan positif kepada pembanguna ekonomi negeri Sabah. Taraf hidup dapat juga perubahan, perkembangan seharus lebih keseluruhan agar penduduk pedalaman juga diambil perhatian.

    BalasPadam
  42. "Sasaran utama SOGCA ialah untuk menunjukkan hasrat firma-firma tempatan Sabah untuk mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas di Malaysia Timur,"

    Misi SOGCA perlu sokongan dari semua pihak untuk menjayakan terutama ia memanfaatkan firma-firma tempatan Sabah yang buat masa kni masih kurang berkeupayaan untuk bersaingan dengan syarikat besar.

    BalasPadam
  43. Semoga lebih banyak orang Sabah terutama generasi muda diberi peluang untuk menceburi dalam industri minyak dan gas.

    BalasPadam
  44. "Tetapi, sekarang ini pun Petronas telah memberikan peluang kepada kontraktor tempatan dan mereka juga menasihatkan kami untuk menjalin pakatan dengan peserta yang telah kukuh,"

    Harap kontraktor tempatan dapat menjayakan projek yang diberi untuk membuktikan keupayaan handle projek besar dimasa akan datang.

    BalasPadam