Isnin, September 19, 2011

KAPAL PERONDA TLDM “KD PARI” BERUSIA 34 TAHUN SEPARA TENGGELAM DAPAT DIAPUNGKANKAN SEMULA DI PERAIRAN SABAH

Kapal Peronda TLDM Hampir Tenggelam Di Perairan Sabah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) "KD Pari " separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada 'shaft'nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis "Fast Attack Craft-Gun" itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di siniberkata tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

Mazliza berkata bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD PARI kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan 'lifting bag'.

Beliau berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. KD Pari yang ditauliahkan pada 23 Mac 1977 mempunyai kelajuan 32 knots.

-----

Ketibaan Scorpene Di Sabah Hadiah Simbolik Untuk Hari Malaysia

KOTA KINABALU, 13 Sept 2009 : Langkah itu menunjukkan komitment dan keikhlasan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan yang membabitkan negara, terutama di Sabah.

"Ia akan memastikan bahawa perairan Malaysia di Sabah berada dalam kawalan dan bebas daripada pengganas luar, di samping meminimakan aktiviti penyeludupan serta jenayah merentasi sempadan.

Datuk Seri Salleh Said Keruak

-----

Foreign vessel impounded for flying Jalur Gemilang wrongly

image JOHOR BARU September 19, 2011 : A foreign vessel has been impounded for flying the Jalur Gemilang upside down off the coast of Tanjung Piai here.

It is learnt that the ship had been flying the flag upside down since Malaysia Day on Sept 16.

“The Indonesian captain and some of his crewmen have been brought in for questioning at the APMM headquarters here.

The crew would be investigated under Section 504 of the Penal Code for provocation, which carries up to two years’ jail, a fine or both upon conviction.

Laksamana Pertama Zulkifli Abu Bakar

9 ulasan:

  1. diharap perairan di Sabah sentiasa terkawal dengan ketat dari sebarang pencerobohan pihak luar terutamanya kemasukan PATI.

    BalasPadam
  2. Harap tiada pengganas akan berjaya memasuki negeri kita selepas ini.

    BalasPadam
  3. Kawalan lebih ketat diperlukan untuk mengurangkan masalah jenayah di Sabah.

    BalasPadam
  4. siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang berlaku pada KD Pari..

    BalasPadam
  5. usia kapal tersebut agak lama, kena pastikan samada ia benar2 masih boleh lagi digunakan.

    BalasPadam
  6. inilah salah satu risiko apabila bekerja sebagai anggota tentera laut..nasib baik tiada kemalangan jiwa...

    BalasPadam
  7. Harap setiap kapal yang ada perlulah diselengara setiap masa bagi mengelak perkara sebegini berlaku.

    BalasPadam
  8. Harap tiada masalah pencerobohan ataupun pengganas selepas ini.

    BalasPadam
  9. tingkatkan kawalan sempadan negeri sabah dan pintu2 masuk sabah.. sebab ancaman utama bagi negeri Sabah adalah pendatang haram..

    BalasPadam