Isnin, September 19, 2011

PEGAWAI KANAN MDLD MAUT DITIKAM DAN DIPUKUL 14 LELAKI

Rodok perut

imagePolis Sedang melakukan tugas siasatan di tempat kejadian dan juga tembok tepi jalan telah dilanggar oleh Nissan Vanette.

LAHAD DATU: Gara-gara menegur sekumpulan lelaki melanggar deretan papan tanda dan tembok jalan menggunakan van, seorang pegawai penguat kuasa Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) maut apabila dibelasah sekumpulan 14 lelaki sebelum perutnya dirodok dengan senjata tajam, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa Ali Jamal, 47, dikatakan melihat van merempuh deretan papan tanda di pekan terbabit sebelum mengejar dan menahan van itu serta menegur pemandu yang dipercayai mabuk, jam 4.30 pagi.

Teguran itu menyebabkan pemandu van itu berang sebelum semua lelaki di dalam van itu keluar dari kenderaan dan membelasah mangsa sebelum seorang daripada mereka merodok perut mangsa menggunakan senjata tajam.

Kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri apabila melihat mangsa terbaring berlumuran darah sebelum mangsa dihantar orang ramai ke hospital mendapatkan rawatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Khuet Kuin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sudah menggerakkan operasi bagi memburu semua suspek.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian ini berpunca akibat tindakan mangsa menegur sekumpulan lelaki yang sengaja melanggar tembok dan papan tanda jalan.

“Teguran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan lelaki terbabit yang dipercayai tidak berpuas hati sebelum seorang daripada mereka merodok perut mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek kemudian melarikan diri menggunakan van jenis Nissan Vanette dan polis sudah menemui van yang ditinggalkan kumpulan lelaki terbabit di Kampung Unda, lima kilometer dari tempat kejadian.

“Polis kini menjejaki kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar daerah ini,” katanya.

Bong berkata, mangsa disahkan meninggal dunia jam 6.30 pagi selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital dan mayatnya sudah dibedah siasat dan akan diserahkan kepada waris mangsa untuk dikebumikan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati.

-----

Trio held over murder of district council officer

13 ulasan:

  1. Harap mereka semua akan diberkas dan digantung mati kerana sanggup membuat demikian kepada manusia yang lain.

    BalasPadam
  2. Pihak polis patut bertindak segera untuk mencari suspek-suspek ini.

    BalasPadam
  3. pemandu yang ditegur dalam keadaan mabuk. memang bertindak di luar waras dan pertimbangan. mungkin yang lain2 pun mabuk juga.

    BalasPadam
  4. ditegur saja pun boleh menjadi berang padahal kesalahan sendiri. harap2lah mereka semua ni cepat ditangkap. tindakan mereka sudah mengakibatkan kematian.

    BalasPadam
  5. mereka berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan mereka mudah hilang pertimbangan.

    BalasPadam
  6. harap mereka yang bersalah akan berjaya diberkas dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

    BalasPadam
  7. hnya kerana ditegur sahaja nak membunuh. mereka ni patut kena hukuman berat.

    BalasPadam
  8. Jangan biarkan mereka ini terlepas. Pastikan hukuman berat dikenakan kepada mereka. Hukuman gantung itu sudah pasti menunggu mereka.

    BalasPadam
  9. Apakah yang mereka fikirkan sehinggakan sanggup melakukan pembunuhan hanya kerana kesalahan yang mereka lakukan. Jangan bagi muka kepada suspek ini jika sabit kesalahan tali gantung menanti.

    BalasPadam
  10. bandar Lahad Datu memang terlalu bahaya.. sering ada kes rompakan kedai, peras ugut malah membunuh pun boleh dilakukan di kawasan terbuka..

    BalasPadam
  11. lahad datu ba ni cowboy town aka sin city.tlampau byk pendatang

    BalasPadam
  12. memang kurang ajr ni manusia!!!! ni lah kerajaan tidak ambil peduli tentang isu pendatang!

    BalasPadam
  13. Bajet 2013: Sabah tidak dipinggirkan

    "..Di bawah misi "Mewujud Kejiranan Yang Selamat dan Harmoni", Kerajaan akan menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. .."

    Bajet 2013: Sabah tidak dipinggirkan

    BalasPadam