Rashid nafi kata Mafrel 60,000 dapat IC bantu Umno kuasai Sabah
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengatakan lebih 60,000 rakyat asing di Sabah telah diberikan kad pengenalan palsu dan diterima sebagai pengundi bagi membolehkan Umno-BN menguasai negeri itu.
Rashid yang meninggalkan SPR akhir 2008 berkata, beliau pernah bertemu dengan Abdul Malek Hussin ketika mengetuai badan pemantau Rakyat Malaysia Untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), tetapi tidak pernah menyentuh mengenai isu pemberian kad pengenalan palsu sebagaimana didakwa.
“Saya pernah jumpa dia (Abdul Malek), beberapa kali, pernah datang rumah, masa hari raya (Aidilfitri) pun pernah dating . . . saya memang pernah jumpa dia dalam usaha mengadakan kerjasama baik dengan badan-badan pemantau pilihan raya di negara ini.
“Tujuan saya ialah mahu mewujudkan kerjasama dan membincangkan cara-cara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya, mahu mendapatkan pandangan mereka . . . itu sahaja,” kata beliau sambil menegaskan, “setahu saya, saya tidak pernah sebutkan perkara ini (isu kad pengenalan palsu kepada rakyat asing).”
“Apa yang dicakapkan itu tidak betul,” kata beliau yang pernah menyandang jawatan setiausaha SPR sebelum dilantik sebagai pengerusinya.
Rashid merupakan setiausaha paling lama berada di SPR.
Kata Rashid, isu pengeluaran kad pengenalan terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sama sekali tiada kaitan dengan SPR.
“SPR hanya mendaftar mereka yang ada kad pengenalan, kalau tidak ada kad pengenalan sebagai rakyat Malaysia, tidak boleh didaftar sebagai pengundi . . . itu jelas,” kata beliau.
Rashid juga berkata, beberapa parti di Sabah pernah menimbulkan isu itu kepada beliau pada tahun 1980-an dan 1990-an atas kapasitinya sebagai pengerusi SPR.
“Mereka kata ada peningkatan jumlah pengundi, datang jumpa saya. Saya juga menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya fungsi SPR.
“Soal pemberian kad pengenalan bukan kerja kami, tetapi JPN . . . saya beritahu mereka SPR tidak boleh campur tangan dalam isu pengeluaran kad pengenalan,” kata beliau.
Rashid mengulas laporan media memetik kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor, mendedahkan kononnya Rashid mengakui pernah dikeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 1990-an atas arahan Umno.
Laporan WikiLeaks disiarkan oleh portal Malaysia Today kelmarin.
Menurut laporan itu, Mafrel yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengakui perkara tersebut dalam satu pertemuan di rumahnya pada 25 Oktober 2006.
Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 1990-an untuk merampas Sabah, yang dikuasai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1994.
Kerajaan PBS Sabah jatuh selepas pilihan raya umum negeri pada 1994 dengan beberapa wakil rakyatnya keluar parti itu dan menyertai Umno dan komponen BN.
Parti itu menang di kebanyakan kerusi dengan majoriti tipis ketika itu.
Sepanjang dekad 1990-an Umno didakwa memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing. Kebanyakan mereka dikatakan beragama Islam dari Indonesia dan selatan Filipina di Sabah untuk bertindak sebagai pengundi.
Soal pemberian taraf kewarganegaraan dengan ‘segera’ dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah dan berlaturan sehingga kini.
Pemimpin-pemimpin negeri itu sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian dengan mahu pihak kerajaan pusat mengambil tindakan sewajarnya.
Malah sejak beberapa bulan lalu, isu yang sama menjadi perhatian di Semenanjung, tetapi dinafikan oleh JPN dan SPR.
-----
Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu
Sep 20, 11 : Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.
Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.
Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.
Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.
Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.
Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.
“Saya pernah jumpa dia (Abdul Malek), beberapa kali, pernah datang rumah, masa hari raya (Aidilfitri) pun pernah dating..."
BalasPadameh, lain semacam saja bunyi ni..typo error kot..
SPR dan JPN perlu menyelesaikan isu ini sebelum PRU-13 bermula...
BalasPadamharap ada siasatan terperinci dijalankan dan jika ada pihak yang bersalah, pastikan tindakan undang2 ynag tegas dikenakan ke atas mereka yang terlibat
BalasPadamjadi, dari mana timbulnya kenyataan tersebut?
BalasPadamharap ada penyelesaian mengenai isu ini, jikalau tidak, pasti akan muncul BERSIH-3
BalasPadammungkin ada pihak tertentu yang cuba menyembunyikan sesuatu berhubung dengan kemasukan warga asing di Sabah.
BalasPadamKata Rashid, isu pengeluaran kad pengenalan terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sama sekali tiada kaitan dengan SPR.
BalasPadamjadi, kita tunggu sahaja penjelasan dari JPN.
JPN perlu memperbaiki sistem dan pentadbirannya agar tidak melakukan sebarang kesilapan dalam proses pendaftaran dan pengeluaran kad pengenalan.
BalasPadamTak percayalah...
BalasPadamI don't think it's his work, it doesn't make sense.There must be other reasons for this.
BalasPadambukan SPR yang berkuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan dan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing tetapi JPN...seharusnya jika ada pihak yang perlu dipersalahkan, salahkan Jabatan Pendaftaran Negara..
BalasPadamdatuk wilfred bumburing telah menghantar memorandum kepada kementerian dalam negeri supaya siasatan dapat dilakukan namun pihak kementerian masih membisu seribu bahasa..tindakan pihak kementerian yang membisu ini kini mengundang pelbagai spekulasi seperti KDN cuba menyembunyikan hal sebenar dan melindungi orang2 tertentu...seharusnya pihak kementerian memberikan penjelasan mengapa tuntutan siasatan diraja tidak ditubuhkan padahal memorandum telah diserahkan seperti diminta..
BalasPadamuntuk menjelaskan isu ini maka RCI harus ditubuhkan..kerana ia melibatkan keselamatan negara dan hak kepentingan rakyat malaysia..
BalasPadampihak JPN selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan harus memberikan penjelasan berkenaan hal ini..adalah tidak logik pihak SPR mengeluarkan kad pengenalan kerana ia bukannya dalam bidang kuasa SPR..
BalasPadam"Pemimpin-pemimpin negeri itu sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian dengan mahu pihak kerajaan pusat mengambil tindakan sewajarnya."
BalasPadamtidak mustahil wakil rakyat BN akan lompat parti pada PRU 13 jika kerajaan pusat terus-menerus mengenepikan soal kepentingan sabah..dan juga tidak mustahil rakyat sabah tidak akan menyokong calon BN jika isu2 rakyat sabah seperti PATI tidak diselesaikan oleh kerajaan pusat..apa2 pun kita tunggu dan lihat pada PRU akan datang.
isu ini sudah lama berlarutan di sabah...walaupun banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu ini namun ianya tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan pusat..kerajaan pusat harus memberikan perhatian yang sewajarnya kepada isu ini..salah satu cara yang mungkin boleh dilakukan ialah menubuhkan RCI..
BalasPadamDiharapkan masalah pengagihan IC palsu kepada orang luar akan diberhentikan dan ditangani sebelum PRU-13 diadakan.
BalasPadamJanganlah menjadi pengkhianat kepada negara sendiri.
BalasPadamisu berkaitan pemberian Ic kepada warga asing ini perlu diselesaikan. IC tak boleh diberikan sewenang-wenangnya.
BalasPadamJPN dan SPR kena bekerjasama dalam membanteras kegiatan ini.
BalasPadammana-mana pihak pun ada hujah mereka masing-masing..apa pun, perhatian perlu sentiasa diberikan terhadap isu seperti ini.
BalasPadamItu cuma mainan politik semata-mata oleh pihak yang tertentu. Maklumat pun mereka tidak tahu benar atau tidak.
BalasPadam60,000 IC palsu? Wikileaks yang cakap? Apa yang wikileaks ikut di Malaysia? Ini kerana Wikileaks dibiayai oleh Pembangkang(Anwar) untuk memburukkan Kerajaan.
BalasPadamJangan biarkan pihak lain memainkan isu sebegini. SPR perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk PRU akan datang.
BalasPadamdunno if this news is true..
BalasPadamSometimes i wonder whether wikileaks information can be trusted.
BalasPadam“Saya pernah jumpa dia (Abdul Malek), beberapa kali, pernah datang rumah, masa hari raya (Aidilfitri) pun pernah dating . . . "
BalasPadamhmm..dating?hehe.. can't imagine rashid and abdul malek going on a date. The writer should have check this article before publishing it.
neway, if Rashid didn't give out such statement, then who did?? Unless there is a prove, say a voice record of the conversation, then it would be easy for people to believe.
BalasPadamHopefully when election comes, it will be fair and clean.
BalasPadam“Tujuan saya ialah mahu mewujudkan kerjasama dan membincangkan cara-cara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya, mahu mendapatkan pandangan mereka . . . itu sahaja,”
BalasPadamPenjelasan telah dibuat, sama ada diterima oleh masyarakat, masing-masing menilai sendiri.
Kes pemberian IC kepada warga asing seharus disiasat. Perkara ini merupakan jenayah yang serius dan tidak seharus berlaku semata-mata untuk kemenangan dalam PRU. Harap pihak SPR sering memantau perkara sebegini untuk memastikan PRU yang bersih dan adil.
BalasPadam"bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno."
BalasPadamAdakah sindiket ini melanggar undang-undang negara? Adakah tindakan seharus diambil terhadap kegiatan sebegini?
Jiak projek IC tidak diambil tindakan, PRU tidak akan bersih, adil dan amanah sehingga bila-bila pun. Kempen 5P tiada kegunaan jika pihak berkuasa tidakmengambil tindakan sewajar untuk menyelesaikan masalah.
BalasPadamSPR memainkan peranan untuk memastikan PRU yang bersih dan adil. Taktik kotor seharus dihapuskan. Semoga PRU akan datang dijalan dengan bersih.
BalasPadamsaya rasa wikileaks ni silap buat tuduhan.. dia tidak tahu SPR itu ialah suruhanjaya pilihanraya bukannya jabatan pendaftaran negara..
BalasPadam"Soal pemberian kad pengenalan bukan kerja kami, tetapi JPN . . . saya beritahu mereka SPR tidak boleh campur tangan dalam isu pengeluaran kad pengenalan,"
BalasPadamJika benar projek IC, seharus tuduhan dibuat terhadap JPN dan bukannya SPR. Fungsi SPR cuma untuk pendaftaran pengundi baru.
Berita berkenaan projek IC bukannya perkara baru, dah lama wujud dalam PRU. Sehingga kini, projek ini masih aktif lagi ke? Kenapa tiada tindakan diambil terhadap aktiviti sebegini?
BalasPadam"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana,"
BalasPadamAdakah ini merupakan tuduhan yang benar? Seharus disiasat supaya PRU yang akan datang dijalankan dengan adil dan bersih.
Kegiatan ini memang tidak adil kepada golongan yang berpuluh-puluh tahun tinggal di Malaysia tetapi tidak digelar "orang Malaysia". Mereka ini diberi identiti kebelakangan ini selepas menunggu yang ada sebilangan lebih dari 50 tahun. Projek IC ini memang kurang cekap dan adil.
BalasPadamSPR memainkan peranan penting untuk memastikan semua pendaftar baru memenuhi syarat, PRU dijalan dengan adil, terbuka dan bersih.
BalasPadamKalau tak betul, boleh kemukakan siasatan.
BalasPadamWhatever, m so tired of denials.
BalasPadamApa pun, siasatan saja yang dapat membuktikan siapa salah atau tidak.
BalasPadamWait and see.
BalasPadamBukti?
BalasPadam