Selasa, September 13, 2011

LELAKI TUMPANG BERTEDUH TIKAM LIMA TETAMU MAJLIS KAHWIN

Amuk gara-gara tersentuh

SHAH ALAM 2011/09/13 : Hanya kerana badan tersentuh, seorang lelaki Indonesia 'angin satu badan' lalu mengamuk dan menikam lima tetamu warga tempatan menggunakan pisau di satu majlis perkahwinan di Taman Subang Mas, di Subang Jaya, pada jam 10.45 malam kelmarin.

Akibatnya, seorang daripada lima mangsa parah dan kini dirawat di sebuah hospital manakala tiga lelaki, termasuk dua warga asing dan seorang tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan.

Tanpa disengajakan beberapa tetamu warga tempatan dari Sabah dikatakan tersentuh badan suspek menyebabkan berlaku salah faham.

- Asisten Komisioner Rosli Mohamad Isa, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan, Jenayah Selangor

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohamad Isa, mengesahkan kejadian dan berkata, semua lelaki yang ditahan termasuk cedera kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya, kejadian bermula apabila suspek berumur lingkungan 30-an yang melalui kawasan majlis perkahwinan menumpang teduh akibat hujan, tetapi tanpa disengajakan beberapa tetamu warga tempatan dari Sabah dikatakan tersentuh badan suspek menyebabkan berlaku salah faham.

“Suspek bukan tetamu majlis itu, tetapi hanya menumpang teduh kerana hujan. Apabila badannya tersentuh, dia mengamuk dan menikam beberapa mangsa menggunakan pisau. Seorang daripada mangsa dilaporkan parah dan kini dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Majlis perkahwinan itu dianjurkan oleh warga tempatan berasal dari Sabah dan penganjur menjemput ramai tetamu termasuk rakan sekerja.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan mendakwa kejadian amuk dan pergaduhan sering berlaku di kawasan perumahan itu dan kejadian malam kelmarin menyebabkan mereka berasa bimbang terutama dengan kehadiran ramai penyewa luar termasuk warga asing.

Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa, antara puncanya ialah kerana penduduk asing tidak memahami budaya penduduk tempatan dan mereka juga sering menjadikan beberapa kawasan di sekitar sebagai tempat untuk meneguk minuman keras.

"Sebelum ini beberapa pergaduhan berlaku di kawasan berkenaan, malah sebelum ini juga ada kematian akibat pergaduhan yang kebanyakannya membabitkan warga asing. Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka dalam keadaan mabuk," katanya.

----

Misunderstanding triggers gang fight at wedding

Selangor deputy CID chief (Intelligence/Operation), ACP Rosli Mohd Isa said the 10.45pm incident was sparked when a Sabahan man accidentally brushed the shoulder of an Indonesian man.

“The Indonesian demanded an apology from the Sabahan and when this was denied, the Indonesian grew into a rage and argued with several of the wedding guests," said Rosli.

"The Indonesian went back to his nearby house to retrieve a knife and upon returning to the wedding reception, attacked several guests who were mostly Sabahans."

Rosli said the guests tried to restrain the Indonesian and in the ensuing scuffle, four men were slashed on their hands and bodies.

"This led to a gang fight between Sabahans and Indonesians at the wedding,"

-----

Campak dalam longkang lepas bunuh

Seorang lelaki warga asing mati dipercayai dibunuh dua rakan sebelum mayatnya dicampak ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Bandar Satu, Pusat Bandar Puchong, di sini, semalam.

“Siasatan menunjukkan mangsa maut akibat parah di kepala selepas dihentak dengan jubin marmar di kepala sebanyak dua kali,

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias

4 ulasan:

  1. Teruknya juga warga asing ni. tersentuh saja terus mengamuk dan membunuh.

    BalasPadam
  2. Perlukah kita menghalau pendatang yang bermasalah ini keluar dari negara kita? Ini akan mengamcam keselamatan penduduk tempatan dengan kehadiran mereka ini.

    BalasPadam
  3. Sakit jiwa mungkin tu orang. Polis perlu buat rondaan kerap di kawasan tesebut, memandangkan ramai pendatang warga asing tinggal di situ.

    BalasPadam
  4. mana2 pekerja asing yang mempunyai rekod jenayah samada ringan mahupun berat mesti dihantar semula ke negara asal dan disenarai hitamkan dari memasuki negara ini semula.

    BalasPadam