Selasa, September 13, 2011

MULAI HARI INI PESAKIT & PELAWAT HQE I & HQE II BOLEH BERGERAK DIANTARA KEDUA HOSPITAL DENGAN KEMUDAHAN BAS KHAS YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan bas bandar raya ke HQE II

Liew Vui Keong (belakang kiri) yang diiringi Pengerusi KPKP Sabah, Datuk Teo Chee Kang (kanan) bertanya sesuatu kepada pihak pengurusan Mustika Enterprise Sdn. Bhd. semasa meninjau laluan bas Sektor 3 dari Hospital Queen Elizabeth II ke Bandar Raya Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 12 Sept. - Hari ini segala kesulitan orang ramai untuk berurusan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II, Luyang di sini kerana ketiadaan kemudahan pengangkutan awam sudah berakhir.

Berkuat kuasa serta-merta, bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari, enam bas bandar raya disediakan dengan kekerapan setiap 15 minit dalam dua laluan utama iaitu Sektor 3A dan 3B.

Perkhidmatan yang menggunakan bas berhawa dingin berkapasiti 44 dan 25 penumpang itu akan menghubungkan dua hospital utama di sini iaitu HQE I dan HQE II, selain turut melalui taman-taman perumahan dan Terminal Wawasan di pusat bandar.

Tambang yang dikenakan amat berpatutan iaitu hanya RM1 sehala dan percuma bagi warga emas dan orang kurang upaya.

Pelancaran perkhidmatan bas itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di lobi HQE II di sini, hari ini.

Beliau mengakui sejak hospital itu mula dibuka, pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai yang menghadapi kesusahan kerana tiada kemudahan pengangkutan awam untuk berurusan di hospital berkenaan.

"Saya secara peribadi sering turun padang dan mendapati ada pesakit yang terpaksa menyewa kereta semata-mata untuk ke hospital. Kita sedar mereka yang hadir ke HQE bukannya golongan berada dan semestinya pengangkutan awam yang relevan menjadi satu keperluan," katanya.

Vui Keong berkata, pengusaha bas itu, Mustika Enterprise Sdn. Bhd memberi jaminan untuk menyediakan tempat duduk kepada pengguna dari kedua-dua hospital itu terutama bagi yang sakit atau tidak sihat.

"Kita tidak mahu ada yang menjadi lebih sakit kerana terpaksa pula berdiri di dalam bas. Selain itu, menjelang hujung tahun ini, pengusaha akan menambah bilangan sekarang sebanyak enam buah kepada 12 buah untuk menjamin keselesaan pengguna.

"Buat permulaan, akan terdapat kekurangan, tetapi pengusaha ini berjanji akan meningkatkannya dari semasa ke semasa, malah kerajaan juga akan memantau perkara ini," katanya.

15 ulasan:

  1. berita yang baik buat mereka yang sering berulang alik mendapatkan rawatan di HQE.

    BalasPadam
  2. satu kemudahan yang amat baik bagi memudahkan orang ramai pergi ke HQE

    BalasPadam
  3. diharap pesakit atau pelawat mendapat keselesaan dengan adanya perkhidmatan bas khas ini. dengan ini mereka tidak perlu lagi menyewa kereta dengan sewa yang mahal semata2 untuk ke HQE.

    BalasPadam
  4. Ini sangat bagus. Usaha kerajaan yang sangat prihatin dan mengutamakan rakyat.

    BalasPadam
  5. Harap2 mengusaha bas tu akan benar2 memberi perkhidmatan dan keselesaan yang terbaik dari semasa ke semasa.

    BalasPadam
  6. usaha ini harus mendapat pujian kerana ianya dapat memudahkan lagi rakyat.

    BalasPadam
  7. Keperluan dan keselesaan rakyat adalah keutamaan para pemimpin. Harap usaha ini tidak berhenti disini sahaja tetapi ianya akan berterusan.

    BalasPadam
  8. Jika ini untuk rakyat pasti akan mendapat sokongan yang padu!

    BalasPadam
  9. Begini la Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!

    BalasPadam
  10. Kalau macam ini, pelawat and pesakit pun senang sikit.

    BalasPadam
  11. Harap hospital QE akan teruskan usaha menaik taraf perkhidmatan mereka lagi.

    BalasPadam
  12. ini sesuatu yang baik bagi kemudahan pelawat dan pesakit..

    BalasPadam
  13. Baguslah kalau kemudahan pengangkutan disediakan untuk pergi ke HQE 1 dan HQE 2. Harap ini dapat memudahkan lagi perhubungan kedua hospital ini.

    BalasPadam
  14. Keutamaan pengangkutan beginilah yang diperlukan oleh para pelawat mahupun pesakit. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memahami kehendak pelanggan. Harap perkhidmatan yang terbaik akan diiberikan.

    BalasPadam
  15. memang satu tindakan yang bijak dan tepat lebih2 lagi apabila langkah penambahbaikan itu diambil sesuai dengan rungutan atau kehendak orang ramai..

    BalasPadam