Khamis, September 29, 2011

AKTIVIS PENCETUS GELOMBANG REVOLUSI ARAB MUNGKIN DAPAT HADIAH NOBEL KEAMANAN TAHUN INI

Revolusi Arab mungkin dapat Hadiah Nobel

OSLO - Aktivis yang membantu mencetuskan gelombang revolusi di Timur Tengah dan Afrika Utara semasa kebangkitan rakyat di rantau itu mungkin akan dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.

Bekas Timbalan Menteri Luar Norway, Jan Egeland berkata, beliau yakin jawatankuasa Nobel tahun ini mahu menyentuh isu antarabangsa terbesar yang menepati definisi keamanan lebih luas.

“Secara logiknya, anugerah Nobel mungkin diberikan kepada revolusi Arab kerana tiada detik lain yang lebih penting berlaku dalam tempoh itu,”

katanya merujuk kepada tunjuk perasaan dan demonstrasi besar-besaran di Timur Tengah yang berjaya menggulingkan beberapa pemimpin kuku besi.

Jika jangkaan Egeland tersebut tepat, aktivis Internet Mesir, Wael Ghonim, Pergerakan 6 April Mesir, pengasasnya Israa Abdel Fattah, dan penulis blog Tunisia, Lina Ben Mhenni akan menjadi antara calon yang boleh dipertimbang sebelum pengumuman anugerah itu, 7 Oktober depan.

Seramai 241 calon dari 53 organisasi seluruh dunia dicalonkan untuk anugerah yang bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) tersebut, tahun ini, termasuk pengasas laman pembocor rahsia WikiLeaks, Julian Assange dan pejuang hak asasi manusia Afghanistan, Sima Samar.

-----

Nobel Peace Prize may recognise Arab Spring

5 ulasan:

  1. kta lihatlah samada dia akan menerima anugerah tersebut atau tidak.

    BalasPadam
  2. sumbangan aktivis untuk keamanan lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan Hadiah Nobel tersebut. samada menerima anugerah atau sebaliknya, itu tidak penting.

    BalasPadam
  3. tidak mustahil juga jika aktivis tersebut mendapat anugerah tersebut.

    BalasPadam
  4. Harap mereka mampu mencapai kemerdekaan.

    BalasPadam
  5. dengan pencalonan untuk anugerah yang lumayan seperti ini, pasti aktivis2 anti kerajaan di Malaysia juga akan terdorong melakukan perkara yang sama..

    BalasPadam