Lebih satu juta PATI tidak mahu pulang
PUTRAJAYA 15 Sept. – Statistik proses pendaftaran 6P menunjukkan seramai 1,015,852 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menyatakan hasrat untuk terus menetap dan bekerja di Malaysia manakala 95,446 lagi ingin kembali ke negara asal.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah yang ingin bekerja itu, seramai 966,542 mengisytiharkan telah mempunyai majikan.
‘‘Bagaimanapun, mereka ini digajikan secara tidak sah dan seramai 257,524 pula menyatakan tidak mempunyai majikan,”
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, daripada jumlah 1,303,126 PATI yang mendaftar melalui Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau 6P, seramai 284,331 orang mengisytiharkan sedang bekerja dalam sektor pembinaan.
Ia diikuti sektor perkhidmatan (269,510 orang), perkilangan (176,883 orang), perladangan (155,395 orang), pertanian (89,016 orang) manakala selebihnya 327,991 orang tidak menyatakan sektor pekerjaan secara khusus.
‘‘Data seumpama ini amat penting sebagai landasan untuk kajian dibuat tentang sebab dan alasan mereka bekerja secara tidak sah sama ada faktor majikan yang mengelak daripada membayar levi, ketiadaan dokumen atau disebabkan faktor dasar penggajian pekerja asing semasa.
‘‘Ini kerana Jabatan Imigresen mendapati terdapat jumlah yang signifikan PATI yang bekerja dalam sektor perkhidmatan, tetapi jenis pekerjaan tersebut tidak tersenarai sebagai sub sektor yang dibenarkan dasar penggajian pekerja asing sehingga membuat mereka memilih untuk bekerja secara tidak sah,” katanya.
------
Ikhlas dakwa warga asing kuasai perniagaan
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa lebih 50 peratus perniagaan kecil dan sederhana (IKS) di sekitar ibu negara dikuasai warga asing.
"Mengikut pengamatan Ikhlas, warga Indonesia paling ramai berniaga di ibu negara terutamanya di Masjid India, selain Bangladesh. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana kawasan terbabit seolah-olah menjadi milik mereka.
Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah
Mereka yang sudah mendaftar dalam program 6P itu perlulah mengikuti semua langkah supaya tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.
BalasPadamPATI ni harus balik, mereka tak sayang ke pada tanah air mereka?
BalasPadampendatang asing tanpa izin perlu balik ke negara mereka..semua peraturan perlulah dipatuhi dengan sebaiknya.
BalasPadamMereka tidak mahu pulang? Jadi apa yang kerajaan perlu lakukan untuk memastikan pekerja asing ini dapat pulang dengan sukarela.
BalasPadamPATI sudah merasa selesa di negara ni. negara asal mereka mungkin sudah tiada tarikan lagi untuk mereka.
BalasPadampasti ini akan membawa masalah yang besar kepada negara. harap kerajaan dapat mengambil langkah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah keenganan PATI balik ke negara asal mereka.
BalasPadamKenapa mereka ini berdegil tidak mahu balik? sedangkan program pengampunan telah dilakukan. Seharusnya mereka menghargainya.
BalasPadamini menunjukkan negara kita sebenarnya aman makmur dan banyak peluang ekonomi. cuma rakyat tempatan sahaja yang tidak melihat semua kebaikan itu..
BalasPadamsaya rasa PATI ini hanya akan balik ke negara asal sekiranya mereka memperolehi seperti apa yang telah mereka perolehi di negara ini.. oleh itu kerajaan di negara mereka sendiri perlu memainkan peranan menarik PATI ini untuk pulang ke negara asal masing2.
BalasPadam