Khamis, Ogos 18, 2011

WARGA INDONESIA DAHULUI SENARAI PENDAFTARAN BIOMETRIK DENGAN 896,643 ORANG ATAU 46 PERATUS DARIPADA 1,935,048 ORANG SETAKAT INI

Warga Asing Indonesia Dahului Senarai Pendaftaran Biometrik

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Warga asing Indonesia mendahului senarai pendaftaran biometrik dengan 896,643 orang atau 46 peratus daripada 1,935,048 orang membabitkan 12 kewarganegaraan setakat ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, seramai 535,181 atau 60 peratus daripada warga asing Indonesia adalah pekerja/pendatang tanpa izin (PATI).

"Mereka didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bangladesh berada pada kedudukan kedua dengan 233,938 orang PATI dan pekerja sah seramai 119,960, diikuti Nepal (25,307 PATI, 199,416 pekerja sah), Myanmar (101,483 PATI, 100,421 pekerja sah), India (37,780 PATI, 48,383 pekerja sah).

Filipina pula seramai 43,787 PATI dan 4,175 pekerja sah, Vietnam (9,301 PATI, 37,707 pekerja sah), Pakistan (16,202 PATI, 10,662 pekerja sah), Kemboja (19,442 PATI, 5,232 pekerja sah), Thailand (5,279 PATI, 4,179 pekerja sah), China (1,634 PATI, 4,391 pekerja sah), Sri Lanka (3,505 PATI, 2,483 pekerja sah) dan lain-lain negara (2,555 PATI, 1,171 pekerja sah).

Daripada jumlah itu, lapan daripada 12 kewarganegaraan didapati merekodkan jumlah PATI lebih tinggi berbanding pekerja asing sah, katanya.

"Filipina mencatatkan peratus terbesar dengan rekod 91 peratus PATI berbanding pekerja asing sah diikuti Kemboja 78 peratus, Bangladesh 66 peratus, Pakistan 60 peratus, Sri Lanka 58 peratus, Thailand 56 peratus, Myanmar 50 peratus dan Indonesia 40 peratus".

Baki empat kewarganegaraan lain pula didapati merekodkan jumlah pekerja asing sah lebih tinggi berbanding PATI dengan Nepal mendahului senarai dengan 89 peratus pekerja asing sah lebih tinggi berbanding PATI, diikui Vietnam 80 peratus, China 73 peratus dan India 56 peratus.

12 ulasan:

  1. Harap masalah pendatang tanpa izin dapat diselesaikan setelah Program pemutihan ini dijalankan.

    BalasPadam
  2. Harap lebih banyak PATI akan tampil ke hadapan untuk mendaftarkan diri dibawah program ini sebelum tarikh penutupan.

    BalasPadam
  3. mana2 PATI yang belum mmendaftar tu segeralah mendaftar.

    BalasPadam
  4. PATI Filipina paling ramai. apa tindakan yang boleh dilakukan oleh Filipina untuk selesaikan masalah PATI dari negara mereka? konsul meraka di Sabah pun masih belum ditubuhkan.

    BalasPadam
  5. kalau semua PATI tu dihantar balik dan yang mempunyai status sebagai pekerja sah saja yang dibiarkan tinggal di negara ini sudah pasti keadaan agak lega dan rasa sedikit aman. tapi rasanya terlalu besar kos untuk menghantar mereka semua sekali balik.

    BalasPadam
  6. harap program ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektifnya.

    BalasPadam
  7. Tengoklah. Filipina paling menang kalau jadi PATI. Yang jadi pekerja sah berapa kerat saja. Jadi apa tu PATI Filipina buat sini? Buat KACAU saja.

    BalasPadam
  8. Ini statistik yang pergi mendaftar saja. Bagaimana dengan mereka yang masih ingakr untuk mendaftar?

    BalasPadam
  9. saya harap jumlah yang balik ke negara asal juga ramai seperti yang telah direkodkan..

    BalasPadam
  10. Senangnya mereka ni masuk ke M'sia.

    BalasPadam
  11. Banyak kes2 jenayah melibatkan PATI, ini sangat2 merbahaya.

    BalasPadam
  12. Harap masalah pati ini akan dapat diselesaikan. Tidak kira siapa pun yang mendahului yang pasti mereka akan balik kehalaman mereka dengan segera.

    BalasPadam