Kerajaan Perlu Hadapi Serangan Melalui Media Baru
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Pendekatan konvensional menjawab tohmahan atau menangani isu menerusi akhbar, televisyen dan radio tidak lagi berkesan bagi kerajaan terutama dalam menghadapi serangan pembangkang yang lebih proaktif menerokai dunia siber, menurut dua cendekiawan tempatan hari ini.
Ketua Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND) Norizan Sharif berkata kerajaan harus mempertingkatkan kehadiran mereka di internet, khususnya dengan menguasai media baru seperti 'Facebook dan 'Twitter' yang kini cukup dekat di hati rakyat, khususnya generasi muda.
"Kerajaan kena respons kepada media (baru), sekarang tidak respons... kerajaan tak jawab, dalam politik boleh tuduh apa sahaja, jika tak jawab orang anggap ia benar.
"(Ketika ini) Kita tidak nampak kerajaan jawab dalam Facebook, kita tidak nampak inisiatif untuk jawab dalam blog dan Twitter. Kita boleh bandingkan berapa ramai MP (Anggota Parlimen) pembangkang ada dalam Twitter tetapi bagi pihak kerajaan, jumlahnya boleh dibilang dengan jari," katanya kepada Bernama.
Norizan mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Selasa bahawa pembangkang menggunakan media baru untuk menghasut rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka walaupun pada hakikatnya berita yang dipaparkan tidak benar.
Hishammuddin berkata kerajaan juga sukar menerangkan keadaan sebenar mengenai perhimpunan haram 9 Julai lepas walaupun pelbagai saluran media sedia ada digunakan berikutan meluasnya penggunaan media baru oleh pembangkang.
Norizan, yang turut menulis blog http://www.nobisha.com berkata ketiadaan kerajaan melibatkan diri dalam media sosial telah mewujudkan 'kecacatan' di pihak kerajaan hinggakan isu-isu berbangkit berkaitan perhimpunan haram sukar dijawab dan diperjelas.
Sementara itu, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abd Ghapa Harun berkata penggerak media arus perdana juga perlu mengikis perasaan bahawa mereka masih kuasa dalam memonopoli penyebaran maklumat sedangkan pada hakikatnya monopoli itu telah lama dipecahkan.
"Jadi, yang penting bagi kerajaan kalau berhadapan dengan sesuatu isu, yang pertama mestilah ada ketelusan dalam mengeluarkan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu isu kerana kalau maklumat yang dikeluarkan itu betul, maka ini akan menanamkan kepercayaan masyarakat kepada saluran media yang digunakan oleh pihak kerajaan.
"Untuk melawan media alternatif, peningkatan integriti di pihak media arus perdana perlu dilaksanakan sebab mereka kena terima hakikat dalam konteks media hari ini, akhbar-akhbar arus perdana seolah-olah menghadapi krisis kepercayaan atau integriti dan keadaan inilah yang menyuburkan perkembangan media alternatif," katanya.
Kerajaan juga ada menggunakan media online seperti Facebook, Twitter dan blog untuk mendekati rakyat dan memberi pandangan mereka.
BalasPadamTapi rakyat sendiri perlulah pandai menilai maklumat-maklumat daripada media alternatif kerana bukan semuanya adalah betul dan berfakta.
BalasPadamkerajaan juga kena lebih medekati media alternatif seperti blog dan laman sosial untuk mendekati rakyat.
BalasPadamsekarang ni ramai yang meminati media alternatif, memang wajar jika kerajaan juga menggunakan media alternatif ini.
BalasPadamselari dengan kemajuan teknologi, cara pihak2 tertentu menyerang kerajaan juga semakin moden. jadi,kerajaan pun kena ubah pendekatan.
BalasPadamsekarang sudah media alternatif & semakin aktif.
BalasPadamMedia alternatif semakin berkembang tapi setiap info yang diperolehi perlu dinilai sebaik mungkin.
BalasPadamKerajaan perlu juga ikut rentak pembangkang jika mahu menjawab tohmahan atau menangani isu-isu semasa. Sekarang lebih ramai yang memilih media alternatif seperti blog etc.
BalasPadamInilah masa sekarang semakin hari semakin moden dan bertambah maju peralatan kita apatah lagi untuk mencari maklumat. Maka kita cuma mahu biarlah maklumat yang diberikan adalah fakta sebenar dan bukannya rekaan semata-mata.
BalasPadamMedia memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Namun ada yang menyalahgunakannya untuk kepentingan tertentu. Kerajaan harus bijak dalam menangani tohmahan yang dilemparkan ke atasnya. Buat anjakan paradigma. Pendekatan secara konvensional saja tidak berapa memadai.
BalasPadamkenapa lebih ramai MP pembangkang aktif dengan twitter dan blog sedangkan pemimpin kerajaan tidak?? sebabnya pembangkang tidak terikat dengan tugas2 mentadbir negara ini. sudah tentulah mereka mempunyai banyak masa berkempen di laman sosial.. itupun masih belum cukup sampai minta kempen pilihanraya dipanjangkan kepada 21 hari..
BalasPadam